Syawal seorang Pendidik

Tahun ni merupakan tahun pertama saya tidak mengajar mana-mana praktikum setelah BMKPM menyatakan semua penolong pengarah tidak mengajar dan hanya menumpukan kepada pengurusan. Tahun ini amat berbeza hidup saya, dari seorang berjiwa pendidik terpaksa mengubah " setting" ke mode mengurus,dari "tutorial room " ke " meeting room" dan dari matematik bertukar ke akta 174.

Dahulu ramai yang menghantar sms mengucapkan aidilfitri dan memohon restu ketika syawal sekarang hanya exstudent ( kalau diaorang masih ingat ) yang mengirimkannya. Seorang pendidik tidak mengharapkan balasan sebegitu dari pelajarnya tetapi balasan kejayaan pelajar samaada kejayaan dunia atau kejayaan akhirat. Namun itulah satu kehilangan yang saya rasai. Dahulu saya mengenali ramai pelajar dan mereka juga rapat dengan saya...mereka yang pernah dididik oleh saya pasti mereka tidak kekok bercakap dan bermesra dengan saya berbanding sekarang saya lebih dikenali sebagai seorang yang garang,bengis,brutal dan pemarah kerana tanggungjawab sebagai penolong pengarah HEP ini melayakkan status itu kepada saya. Kalau dahulu,bekas pelajar saya tahu prinsip saya " orang yang baik mesti diberi layanan kelas pertama, yang nakal perlu diubah dengan layanan kelas ketiga".

Semalam saya menerima jemputan FB daripada seorang pelajar yg kini berada di UK. Inilah pelajar kebanggaan saya..ketika mula masuk ke kelasnya...dia tanpa segan silu mengatakan " saya dilahirkan bersama darah yang membenci matematik" tetapi kini dia antara orang yang "bebas" dari subjek matematik setelah memperolehi markah yang tinggi dalam ujian matematik awal ketika berada di UK ( 10 daripada 200 orang). Saya bangga kerana dia antara pelajar yang saya asak untuk memahami matematik sekarang dia telah berjaya.

Bulan 11 nanti, saya akan mengajar semula setelah saya membuat rayuan untuk mengajar agar ilmu tidak berkurangan...jiwa guru..tetap guru
3 Responses
  1. semekasrian Says:

    stengah org dilahirkan utk suatu tgjwab t'tentu.meskipn dia cuba b'alih (atau keadaan skeliling yg memaksa)utk mlakukan sesuatu yg lain, dia tetap akhirnya akn cuba utk berada dlm lgkungan 'tgjwb tertentunya' itu..mulut bole bkata bohong, tetapi hati tidak! ---its about being your true self brader :-) (ajen)


  2. en. mahfuz,,slmt mengajar kembali...
    smga Allah sentiasa memberkati segala usha yng d curahkan..
    x lupa, salam syawal.slmt hari raye, maaf zahir n batin...


  3. NURUL AIN Says:

    Alhamdulillah...u r the best.. syukran jazilan,uncle