Tahniah KMPP

Salam Aidiladha buat semua...

Dua hari sebelum hari raya aidiladha, semua warga matrikulasi menerima keputusan peperiksaan PSPM 1...Tahniah kepada KMPP kerana masih mengekalkan ranking teramai memperolehi PNGS 4.0....Bukan mudah untuk meletakkan nama KMPP kekal di atas...pelbagai pihak memainkan peranannya...daripada pelajar,pensyarah dan pengurusan,tidak dilupa jugak warga KMPP yang lain.

hanya 17 orang sahaja yang terpaksa meninggalkan program ini kerana berstatuskan GAGAL KELUAR, dan 10 daripadanya adalah pelajar yang meminta untuk GK. Tidak menghadiri kuliah/tutoran/amali serta tidak mencari keberkatan ilmu dari pensyarah. Malah ada dikalangan mereka menulis sms ringkas dengan pelbagai alasan untuk pensyarah apabila tidak hadir yang pastinya itu adalah penipuan yang membawa kepada ketidakberkat kehidupan mereka.

Yang berjaya bukan hanya dengan belajar bersungguh-sungguh tetapi ada nilai KEBERKATAN dalam ilmu mereka. Jangan kita kata kejayaan yang diperolehi kerana kita usaha yang bersungguh-sungguh sahaja,tetapi faktor-faktor lain seperti keberkatan ilmu,doa daripada ibubapa dan guru,hubungan dengan rabbuljalil dan banyak lagi.

Bravo KMPP...

KEM KEPIMPINAN PELAJAR KMPP




Kursus Kepimpinan Pelajar KMPP baru sahaja selesai, kursus yang berobjektifkan melahirkan kepimpinan gemilang sepatutnya berlangsung pada semester 1 telah diadakan di Putra Brasmana Hotel. Sepanjang kursus semua pemimpin pelajar di didedahkan dengan kemahiran seperti mengurus majlis,pengucapan umum,protokol, adat seorang pemimpin dan mengurus kertas kerja projek. Saya telah berkongsi pengalaman dengan mereka dari aspek kepimpinan, iaitu dari aspek akademik,sahsiah,teknik berfikir dan mengawal emosi.
Di akhir kursus, pelajar diberi tugasan untuk melaksanakan majlis penutup bengkel kepimpinan tersebut. Nampaknya mereka berjaya melaksanakan dengan 90 peratus sempurna, dan ini bermakna usaha para fasilitator membuahkan hasil....
inilah "pemimpin segera" yang diperlukan oleh negara







KEMBALI BERGELAR PENDIDIK

Minggu ini, saya kembali ke kelas untuk mencurah bakti kepada pelajar setelah satu semester berehat di dalam bilik mesyuarat dan hal-hal pengurusan pelajar. Agak sukar juga untuk mengajar semula dengan lidah yang sudah lama tidak diasah untuk berbahasa "english",namun bagi saya gelodak nafsu mengajar ini lebih tinggi hingga menenggelamkan segala rasa tidak selesa tersebut.

Walaupun baru dua praktikum saya masuk untuk minggu ni, satu cabaran bagi saya adalah mengubah pakaian dari seorang PPHEP yang tegas dengan displin kepada seorang pensyarah yang mampu untuk menarik perhatian pelajar untuk mereka mudah menerima P&P saya. Masuk sahaja ke kelas mereka merasakan satu makhluk ganas sedang bergerak masuk ke kelas mereka ( lawak rasanya) itulah hakikatnya....saya merencanakan satu sessi "ice breaking" dengan pelajar sebagai salam perkenalan dengan mereka...mereka dibekalkan coklat " Kisses" Langkawi waktu sessi ice breaking. Bagi saya PPHEP mempunyai cabaran yang besar...mendisplinkan pelajar bererti membentuk sahsiah pelajar supaya selari dengan agama...sedangkan tahun demi tahun pelajar makin sukar untuk dibentuk...kalau kita marah kitalah yang sakit ...naik darah tapi kalau tidak begitu mereka bersikap agar sukar dikawal. Sebagai pensyarah lebih senang kerana membentuk kefahaman kepada sesuatu subjek boleh melalui approach yang pelbagai. Membina kefahaman pelajaran lebih mudah berbanding membina kefahaman akhlak dan agama...itu pandangan sayalah....
Ya Allah, berikan kekuatan untuk menjadi pendidik yang berdidikasi dan berinovasi dalam membentuk kefahaman pelajar....Ya Allah berikan ketabahan dalam mendidik dan membentuk akhlak mereka seperti akhlak para ulama.......