Mencari yang halal

Pagi-pagi lagi saya telah ke market Kepala Batas mencari bahan untuk bulan puasa dan jamuan keluarga sempena birthday Najihah. Hari ini berlainan sikit berbanding dengan hari-hari sebelumnya kerana saya dapat melihat bagaimana lalainya umat islam sekarang mencari makanan yang halal. Bagaimana umat islam mengambil fishball,fishcake,mee dan kuehtaw yang dibuat oleh bukan islam sedangkan di Kepala Batas ni banyak bahan-bahan yang dibuatoleh bumiputera islam berbanding dengan tempat lain.

Makanan yang dibuat oleh orang cina sudah pasti tidak halal kerana mereka tidak tahu apa itu halal bagi umat islam. Daging yang halal bukan sahaja bergantung kepada jenis daging tetapi juga total prosesnya. Apabila makanan yang tidak halal ini diproses oleh enzim-enzim di dalam badan untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan zat yang lain, maka akan lahir tenaga yang dihasilkan dari makanan yang halal maka tiada keberkatan...inilah lahirnya akhlak yang buruk.

Makanan ( Haram ) --> Enzim dirembeskan untuk proses pencernaan -->tenaga ( tiada keberkatan)

oleh itu saya menyeru kepada semua yang membaca blog ini agar berusaha membeli yang halal, tunjukkan bahawa kita betul-betul menjaganya misalnya saya di Perak selalu bertanya kepada pemilik kedai makan sebelum saya membuat pesanan...sekiranya jawapan yang diberikan mee/kuehtaw yg meragukan maka saya akan beredar...biar mereka sedar, bahawa ini adalah tanggungjawab semua.
1 Response
  1. semekasrian Says:

    aku suka entry hang ni..dlm satu ceramah Dr Badrul Amin, aku mgambil nilai positif yg diberikan beliau iaitu mcari yg diyakini halal,mbeli makanan sedia masak yg dijual/dimasak oleh jenis org yg mjaga agama (aurat pakaian,akhlak,etc)dan menilai dri sgala aspek kerna dari situ lahir darah daging yg berkat dan dpt mbentuk nurani yg lebih bersih. Kita sering lalai dan kadangkala tlupa, namun paling tidak kita cuba meminimumkan sgala bntuk 'ketidakberkatan' sesuatu perkara itu sdaya mgkin..insyAllah. AJEN