"Kita benci kepada apa yang kita tidak tahu??

Pagi tadi ana terima 6 email yang berkaitan dengan pemboikotan KFC relevan atau tidak?? Dalam email tersebut terdapat satu surat dari beberapa "orang kuat" KFC. Ana tidak berminat untuk membincangkan isi email tersebut,ana hanya ingin mengajak kita semua berfikir. Waktu awal serangan Regim Zionis terhadap israel,ana maklumkan kepada pelajar ketika kuliah maghrib bahawa apa yang kita nak buat kena pastikan dahulu kebenarannya. Ana pernah terima msg bertulis tentang Lina Joy menang kes mahkamah dan mohon ana menyebarkannya...sebelum sebar ana pun check keshohihannya,rupanya salah..Jadi kalau aku sebarkan maka aku sebarkan benda yang salah...apa hukumnya ye???

fikir-fikirkan

Coretan Awal 2009


Awal 2009,tahun baru yang memberi makna kepada hidup kita. Kita semakin menghampiri ajal yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Aku sempat coretkan beberapa "perkara" yang menarik dan menyedihkan

1. Dunia makin sedar bahawa kita selama ini dikuasai oleh virus regim Israel. Kenapa aku kata begitu?jawapannya mudah sebab waktu pengistiharan boikot barangan yang memberi sumbangan kepada Israel,kita rasa sukar sebab ada yang jadi darah daging kita. Paling terasa anak kecil kita,mereka tak tahu apa yang MILO,KITKAT dan Macdonald buat hingga ibubapa ( termasuk aku) mengatakan mereka jahat dan teruk. Mereka mungkin tak yakin bila kita kata Mickey Mouse yang comel tu JAHAT.

2. Dunia Islam perlu bangun untuk mewujudkan barangan Alternative kepada barangan yang kita boikot. Nak boikot Intel ( aku pun guna Intel sekarang) kita kena ada alternative agar kita tak ketinggalan dalam kemodenan..Apple pun mesti terlibat jugak dengan Regim. kalau KFC, gantinya RFC,Huggies ada Drypers jadi barangan ni mesti kita boikot secara total


3.Dunia terlalu jauh dengan agama dan budaya. Aku cerita masyarakat kita kat Malaysia. Aku bimbang tambah geram apabila sambutan tahun baru di Sunway Lagoon dipenuhi remaja yang memakai pakaian GILA dan jauh terpesong dari jalan budaya. Tak sensitive atau sengaja tak sensitif.

Israel,bangsa dilaknat Allah dicaci Makhluk

Ketika aku menulis tajuk ini, sudah hampir 2 minggu lebih , tentera Laknat Israel menyerang Palestin. Dari kaca mata astro awani dan Bernama-TV,aku selalu mengikuti perkembangan Bumi suci Umat islam yang ketiga itu. Kadang-kadang membaca blog atau website yang menceritakan kisah duka Palestin dan kekejaman tentera Israel. Aku ternanti-nanti kesatuan umat islam yang utuh umpama yang digambarkan dalam Surah Asshaf bergerak membantu Palestin namun yang aku dapat kekecewaan pada Mesir, Arab Saudi dan negara arab lain. Mereka takut dan tunduk kepada Israel dan Amerika. Dalam astro awani memberitahu tentang US bagi 300 tan peluru ke Israel. Mahmud Abas ( PA ) sama dengan pemimpin Arab yang lain..malu kepada PM Venezuela sahaja kita ni.

Semalam waktu layari palestinkini.com,aku gembira sebab aku boleh tahu perkembangan mereka dalam bahasa Melayu,namun aku kecewa apabila dalam ruangan chat ada yang menunjukkan kematangan palsu/kurang cerdik kerana mencaci malah menkafirkan umat islam yang lain. Hizbullah- kumpulan pejuang dari Lubnan dicaci kerana mereka Shiah. Inilah dunia islam,aku mungkin tak mahu sangat respon sebab bukan tahu sangat hal-hal ni..mungkin kita ada sikap yang mengatakan kita sahaja yang betul yang lain, salah.Bagi aku mudah,daripada aku menghukum perkara yang aku tak tahu baik aku mendiamkan diri supaya aku tak di"claim" sesiapa di Akhirat kelak. Aku menunggu setiap saat bilalah HAMAS dan HIZBULLAH akan memenangi peperangan ini..supaya ianya menjadi BOM ATOM kepada negara pengecut Arab yang lain.

"MinMakhlukIlalMakhluk"