Showing posts with label KMPP. Show all posts
Showing posts with label KMPP. Show all posts

Mencari Biah yang hilang

Ketika dalam kesibukan pelajar-pelajar mutalaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, saya melihat suasana kolej semakin memeningkan. Saya cuma inginkan satu suasana yang aman dari maksiat dan tenang dari penderhakaan kepada Allah. Mengimbas kembali saat mereka mula menjejak kaki ke bumi KMPP, kami sepakat untuk memaku mereka dengan tazkirah, ceramah malah amaran atas tindakan membelakangkan syariah Illahi dengan harapan paku itu terbenam dilubuk hati dan di muara pemikiran agar tidak terdetik untuk melakukannya.

Dalam kesibukkan pelajar lain, saya terpaksa menguruskan 3 pasangan pelajar yang akan kehadapan tindak tanduk mereka. Saya muhasabah tindakan dari aspek pencegahan dan penegasan, adakah saya telah menjalankan tanggungjawab ini sepenuhnya? Suasana KMPP yang tidak menggambarkan biah solehah puncanya. Saya tidak mampu untuk marah dan tegur pelajar yang sedang berdua,pergaulan bebas atau berpakaian sesuka hati 24 jam...tapi setiap kali saya melakukan demikian , saya akan dituduh pertualang cinta mereka, manusia berfikiran ortodok dan sebagainya. saya tak kisah kerana bukan keredhaan mereka yang saya cari tapi keredhaan Illahi. Dalam lubuk hati saya, saya betul-betul inginkan satu biah solehah terbentuk di bumi kmpp ini agar pelajarnya juga akan diserapi dengan wangian dari biah solehah ini. Untuk mewujudkan suasana itu, semua pihak kena bertindak dan berusaha untuk membentuknya. From over to top, perlu sehati sejiwa dalam proses ini, jangan hanya seorang dua yang bertindak yang lain menyerahkan kepadanya tanpa memberi sumbangan untuk itu. Saya sentiasa berdoa agar biah solehah boleh wujud di bumi ini.

Mengapa ketika percintaan kepada berlawanan jantina, menyebabkan sirnanya cinta kepada pencipta perasaan cinta itu, mengapa cinta yang lestari menjadi kotor dan hina kerana penderhakaan kepada Rab? Mereka lupa dengan ibubapa hingga mereka menangis ketika saya maklumkan untuk memberitakan perihal mereka kepada ibubapa, kata mereka si ayah sakit jantung...si ibu darah tinggi dah sebagainya...kenapa tidak terlintas ketika mereka melakukannya. Itulah dunia percintaan ...kerana cinta ciptaan yang membutakan mata dari melihat keburukannya.
Labels: , 0 comments | edit post

KAKOM 2009 - KMP

Sekali lagi dalam karnival Kokurikulum Matrikulasi ( KAKOM) , saya ditugaskan untuk membawa pasukan sepaktakraw KMPP. Sudah tentu sasaran takraw emas kerana selama ini takraw penyumbang emas KMPP. Tahun ni hanya ada wakil daerah sahaja, tu pun sorang aje...yang lain ada bakat cuma kita kena pertingkatkan mereka...terima kasih kepada Zaim atas pertolongan melatih pasukan KMPP.

Sampai kat KMP, rupanya banyak kolej ada pemain negeri terutama Perlis, Melaka , Perak dan Negeri Sembilan...gerun pemain KMPP...saya hanya mampu memberi semangat : Depa dengan kita sama aje...2 telinga , 2 tangan , 2 Kaki dan satu kepala...kita dah latih potensi kita..kita kena buktikan sahaja.



Dalam keputusan itu :

Peringkat pusingan :
KMPP lwn KMJ 2-0
KMPP lwn Perak 2-0
KMPP lwn KMP 2 -0

Pusingan 2
KMNS lwn KMPP 0-2
KMPP lwn KML 1-2 ( saya bagi simpanan masuk dan main enjoy sebab dah johan kumpulan )

Separuh akhir
KMPP lwn KMM 2-1

Akhir
KMPP lwn KMP 0-2

Perlawanan akhir, penyokong KMP ( tuan rumah ) 300 orang manakala KMPP 40 orang, kalah dengan bola servis kuda KMP ( peringkat pusingan servis kuda dia tak jadi ), Saya rasa bersalah kerana tahun ni tak mengajar guna raket tennis untuk "first ball " servis kuda..





KMPP dapat tempat ke-4 namun pencapaian memang antara yang terbaik...
Emas:
Catur Lelaki , Nyanyian tradisional dan Pingpong beregu
Perak
Sepaktakraw dan Tennis
Gangsa
Tennis, Pingpong,Bola keranjang lelaki, Pidato BI dan Bola Sepak.

tahun depan ...insyaallah akan dibuat di KML , kalau bukan KML ...KMPP menanti

Labels: 0 comments | edit post

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Hari Guru

KMPP menyambut hari guru 2009 selepas 2 bulan tarikh sebenar hari guru iaitu 16 Julai 2009. Sambutan kali ini meriah kerana terdapat 3 gabungan acara iaitu watikah JPP, Hari guru dan penyerahan bendera untuk kontigen KAKOM yang dibuat sehari selepas pelajar PST bertempur untuk UPS. Minggu tu KMPP ada pelbagai aktiviti seperti post saya sebelum ni. Bermula daripada JPP membaca ikrar hingga ke ucapan Pengarah KMPP semuanya diatur kemas. Nasib baik AJK saya ada pensyarah berpengalaman...walau sekejap sahaja perancangannya hari guru tahun ni nampak meriah.



JPP sedang membaca IKRAR yang saya karang......tanda bermulanya amanah
( teringat waktu jadi MPPUSM )



Dikir Barat sempena hari guru...teringat kat USM dulu...lagu untuk guru depa buat...classsss

Kami Guru Malaysia...berikrar dan berjanji.....

Atlit KAKOM bersemangat...chaiyok KMPP

Gadis Pan-Asia ( darah campur)...Depa yang tolong kami
Semoga Hidayah untuk depa tutup aurat

Geng PA system...thanks a lot ......

Barisan JPP KMPP 09/10


Terima Kasih atas segalanya buat AJK Program...tahun depan kita buat lagi

Labels: 1 comments | edit post

Minggu ini…

Hampir 4 hari blog ini tidak diupdatekan…kerana sibuk dengan urusan yang lebih penting. Semalam bumi Allah ini ditimba hujan sepanjang hari,bergembira segala makhluk Allah seperti tumbuhan dan haiwan setelah hampir 2 bulan panas terik. Inilah kasih sayang Allah kepada makhluknya. Minggu lepas banyak perkara yang terjadi dalam hidup, ditimba masalah dan dilonjak rasa gembira…semuanya dari Allah untuk kita menikmatinya.

Minggu ni pelajar ambil UPS,semoga kalian Berjaya dengan cemerlang..minggu ni juga ada hari guru peringkat KMPP berserta dua majlis lain…ISO pun nak mai minggu ni nak siasat pensijilan….kiranya minggu penting juga untuk kami di KMPP.

13/7/09

Mesyuarat APC
Kertas Kerja Ceramah
Latih Sepaktakraw KAKOM
UPS

14/7/09

Ceramah di MRSM Balik Pulau
UPS
Latihan KAKOM

15/7/09

Audit Sirim
UPS
Latihan KAKOM
Raptai Hari Guru
Kem Sorak KAKOM

16/7/09
Hari Guru/Watikah JPP/Serah Bendera KAKOM
audit SIRIM
Kem Sorak KAKOM
Ambil Mak Mentua di Chemor

17/7/09
Lawatan Sekolah dari Kelantan
audit SIRIM
KAKOM di Perlis

"Semoga Hari yang mendatang lebih baik dari hari yang dilalui"

Labels: 1 comments | edit post

Hidup indah bila bersyariat

Saya didatangi oleh AJK surau KMPP untuk sesi 2009/2010 untuk berbincang tentang program dakwah yang boleh mereka aturkan untuk Surau An-nur KMPP. Meraka kata surau sebelum ni buat program tetapi tiada kesan seperti kempen tutup aurat,makin ramai pulak yang bukanya. Saya kurang setuju dengan indikatur keberkesanan dakwah yang cuba diunggap oleh mereka. Kerana kerja kita untuk mengatur dakwah dengan pelbagai uslub,bukan kuasa pendakwah untuk memastikan semua mad'u mengikut kita.

Mereka bersemangat untuk menterjemahkan apa yang meronta-ronta dalam diri mereka supaya KMPP sentiasa berada dalam keindahan islam. Mereka nak buat macam-macam program hingga saya rasa seperti muda seperti mereka dan bersemangat untuk menjayakan semangat ini. Saya mencadangkan tahun ni surau ada hadafnya...objektif yang jelas dan ada indikaturnya, mudah saya cadangkan " Indahnya hidup bersyariat".

Indahnya hidup bersyariat - mungkin ramai yang belum nampak apa yang indahnya hidup bersyariat. Mereka tak nampak yang menutup aurat tu satu keindahan,yang mereka nampak syariat tu menyusahkan. Saya cadangkan terangkan kepada mad'u apa indahnya bila kita menutup aurat..".bukankah pakaian itu telah menjaga diri mereka dari mangsa mata yang rakus" saya memberi contoh kepada mereka. Janganlah membuat "tagnama" kepada mereka yg gagal ujian aurat ini dgn istilah jahat,bodoh dan maksiat besar kerana itu hak Allah. sebab tu Allah memberikan celaan kepada mereka...kita sebagai pendakwah mesti bertindak sebagai kaunselor untuk membina insan walaupun kepada manusia penderhaka kepada tuhan...

harapnya sampailah maksud saya kepada mereka

IPTA menanti ...

Setiap kali saya memberi taklimat kepada pelajar sekolah menengah yang membuat lawatan ke KMPP, saya akan menyatakan objektif program matrikulasi adalah untuk membekalkan tenaga manusia dalam pelbagai jurusan di IPTA. Ini bermaksud tujuan kami adalah membekalkan insan yang bersedia dari segala aspek untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar di dunia kampus. Persoalannya bersediakah mereka???

Jumaat lalu, peti SMS saya dipenuhi dengan SMS bekas pelajar KMPP yang mengucapkan terima kasih atas budi bakti pensyarah sehingga mereka ditawarkan ke sesuatu jurusan di IPTA. Tak kiralah mereka akan menempuh kehidupan di IPT unggul seperti UKM,UM,USM,UTM,UPM dan UUM atau mereka ke IPT praktikal seperti Unimap,UMT dan UMP...mereka akan menempuh hidup sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang begitu mencabar. Post ini ditujukan kepada pelajar KMPP yang akan menempuh kehidupan sebagai warga IPTA

Atas pengalaman saya yang sekelumit di bumi kampus,banyak perkara yang bakal anda tempuhi...samada ianya manis , pahit atau pedas. Kehidupan anda di kampus sebenarnya melatih diri anda selepas dunia belajar iaitu dunia kerjaya. Tiada siapa yang akan menjaga anda..tiada siapa yang meminta anda untuk menunaikan solat,tak siapa akan mengongkong anda dan terpulanglah kepada anda untuk menghadiri atau tidak program yang berbentuk membina tarbiah diri....semua itu terpulang kepada anda. Atas kebebaan inilah ramai yang kecundang dalam mengatur kebebasan itu ke jalan yang sepatutnya.

Bagaimana untuk anda hadapinya .
1. tanamkan dalam diri , Allah dan petugasNya sentiasa memerhatikan kalian
2. Cari-cari tempat mandi,
pertama teluk kedua pantai
cari-cari teman sejati
pertama elok kedua pandai
bertemanlah dengan sahabat yang baik, yang meletakkan Allah sebagai Illah dan Petunjuk Rasulullah. Bergabunglah dengan manusia yang layak digelar sebagai sahabat.
3. Jadikanlah solat itu pengawal kepada anda..jangan tinggal solat...tambahlah dengan sunatnya
4. Latih diri untuk mematuhi masa kerana pada masalah manusia itu selalu rugi.

salam perjuangan
Labels: 4 comments | edit post

Terima Kasih Fasilitator

Semalam ketika majlis penutup MPPB PDT 09/11 , saya dapat rasakan betapa besarnya sumbangan fasilitator kepada KMPP. Mana tidaknya, adik-adik PDT sanggup mengeluarkan airmata atas perpisahan yang ditempah ini, adik-adik PDT sanggup menahan telinga untuk mendengar nasihat terakhir dari kalian dan saya dapat melihat motivasi mereka seolah melonjak-lonjak untuk meneruskan perjuangan di sini. Seperti kata saya tempoh hari, usah kalian jadikan perpisahan tempoh hari sebagai perpisahan sebenar kerana perpisahan sebenar hanya ketika kita meninggalkan dunia fana ini, mereka masih memerlukan suntikan motivasi dari kalian agar berkuntum kejayaan dalam hidup mereka. Terima kasih Fasilitator atas sumbangan kalian untuk KMPP ini dan terima kasih kerana KMPP sentiasa di hati kalian.

Kalau ada sumur di ladang,
tempat kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita bertemu lagi
Pengarah melangkah ke dewan Al-Farabi
Pelajar bersemangat melafazkan ikrar



Fasilitator yang banyak memberi sumbangan kepada KMPP






Labels: 0 comments | edit post

PDT : SATU KAJIAN

HAri ni adalah hari terakhir MPPB bagi PDT 2009-2011, semalam saya telah membuat post moterm atas LDK yang dikendalikan oleh Fasilitator yang berpengalaman dan "berkalibar". Setiap praktikum diwajibkan untuk memaklumi saya tentang masalah PDT yang telah menyebabkan mereka gagal cemerlang dalam SPM yang lepas ( pada pandangan mereka ). Paling jelas keluarga yang tidak bahagia@penceraian merupakan perkara paling banyak memberik kesan kepada mereka.

Ini merupakan satu ujian dan dugaan buat warga pendidik yang ditugaskan sebagai pensyarah PDT. Keprihatinan kalian akan membuahkan satu kekuatan dalaman bagi mereka mengharungi hidup dan berteduh nasib di KMPP,mereka memberikan harapan yang tinggi buat kita. Saya akan membuat laporan penuh minggu hadapan buat mentor.
Labels: 0 comments | edit post

Pilihanraya JPP

Sepatutnya 13 Jun 2009 adalah pilihanraya JPP untuk melantik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk KMPP...namun setelah dibuka percalonan calon-calon hanya mencukupi kabinet JPP..Ini bermakna tiada pilihanraya akan diadakan..Mungkin inilah pandangan anak muda sekarang yang tidak melihat betapa indahnya demokrasi dan pilihanraya. Dalam hati rasanya nak push mereka ini untuk bertanding..namun berfikir juga kalau asyik push bila pelajar nak faham apa itu pilihanraya dan demokrasi.

Negara malaysia memerlukan pemuda dan pemudi yang berkepimpinan..seperti mana yang digariskan oleh anak nabi Allah Zakaria ketika memberitahu Baginda untuk mengambil Nabi Yahya iaitu kekuatan dan amanah. Kekuatan bererti ilmu kepimpinan,kemahiran dalam diri tentang sesuatu...Amanah bererti akhlak yang baik seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W.
Ilmu kepimpinan bukannya ada dalam dewan-dewan kuliah atau mana kursus di KMPP mahupun di Universiti...ianya diperolehi daripada pengalaman...bagaimana nak berpengalaman kalau kita tidak melaluinya sendiri..
Labels: 2 comments | edit post

Apabila Kenangan Berbicara

Salam kepada kenangan,

Semalam kenangan perjuangan mula dimainkan dalam otak dan hati aku,
teringat kawan-kawan yang sama fikrah bergerak dalam satu tanzim haraki
kenangan ini membayangkan satu kekuatan dalam diri
bicara kenangan ini membuahkan rasa kecintaan kepada perjuangan


Semalam juga kenangan usrah/tanzim yang aku dipertanggungjawabkan...
Ismi yang tercinta yang mengajar aku bagaimana untuk membina diri
dalam banyak-banyak kenangan ismi paling aku teringat G5 dan G8...
kenapa ye? bukan aku lupakan langsung G yang lain...
namun , mungkin juga ada istimewanya mereka sehingga kenangan itu berbicara.
ada nama-nama dari G yang lain juga bermain dalam minda ini...
aku kira mungkin kerana mereka rapat aku...tak jemu bertanya khabar.
Inilah hakikat ukhwah....

Semalam juga, kenangan bersama arwah abah berbicara...kenapa ye...mungkin bulan 6 nanti hari ayah atau bulan 6 tahun 2008 telah tercatit ketentuan illahi...abah pergi menemuiNya..apa yang aku rugi adalah tiada lagi nasihat abah untuk ku...tiada lagi pahala menjaga abah yang uzur sejak aku tingkatan 2 itu dapat aku lakukan...paling aku teringat adalah ajakan abah untuk melihat dunia ciptaan Allah setiap kali aku pulang ke Kampung...paling aku ingat 4 hari sebelum abah meninggalkan kami,aku membawa abah bersiar...dalam kereta abah berkata " jadilah seperti wan...berkerja untuk islam...jaga kesihatan kalau sakit macam abah susah nak berjuang" aku pendam perkataan itu....sampai sekarang.Hanya rindu padamu,abah
Labels: 3 comments | edit post

Tahniah Kalian...

"Selamat pagi Cikgu" alunan kartun popular tempatan "upin-ipin" telah memecah kehangatan malam ini.Siapa pula SMS malam-malam ni? terdetik hati aku bertanya

"salam... ana dapat USM untuk kursus Sains Gunaan (Fizik Perubatan)" from Atiqah.

Berita gembira rupanya, anak buahku bakal menempuh alam perjuangan yang baru dan lebih mencabar.Buat Atikah,tahniah kerana memperolehi tawaran ke USM,Universiti APEX dalam jurusan yang sangat baik dan memberangsangkan.

Selamat menempuh alam perjuangan yang lebih mencabar dan menyeronokkan.Mencabar kerana ia banyak meminta agar kita berkorban untuk membawa mesej agama...bukan semua manusia sukakannya. Seronok kerana inilah kemanisan dalam perjuangan. Belajarlah dengan niat yang suci dan tanamkan benih-benih Iman dan Islam dalam diri, siramilah dengan usrah dan halaqah , bajalah dengan ibadat yang kudus agar tumbuh dalam diri sifat hamba yang sentiasa bersyukur.
Inilah keuntungan hasil perniagaan akhirat yang digariskan dalam Al-Furqan

" Wahai orang yang beriman, Hendakkah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang untungnya bebas dari Neraka . Berimanlah kepada Allah dan Rasul serta berjuanglah di jalanNya dengan harta dan diri kamu,Itulah yang terbaik untuk kamu,sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya"

Bersatulah (berintima')dengan gerakan islam yang di dalamnya terdapat proses tarbiah yang membentuk hati pejuang dan membina ukhwah islam yang mantap.

Buat yang lain, di manakah bumi kampus yang akan kalian jejaki??.....
Labels: 1 comments | edit post

Sifat Guru Cemerlang

Waktu menyambut hari guru 16 Mei 2009 , hati aku terdetik untuk bertanya layakkah aku untuk digelar pendidik?Pengajar mungkin ia mudah,namun untuk digelar pendidik bagi aku susah tambah untuk lahir sebagai murabbi. Tarikh keramat ini juga merupakan detik persaraan Timbalan Pengarah KMPP, Tn Hj Khalid b Ashari yang merupakan insan yang aku sangat kagumi kerana dalam diri beliau terjelma sifat-sifat murabbi. Aku menghormati dan akan terus menghormati diri beliau yang betul-betul memberi kesan kepada aku. Itulah dia..perpisahan beliau telah menitiskan airmata para pengajar dan pendidik di KMPP. kalau nak aku lakarkan setiap peribadinya mungkin tak termampu aku...cuma dalam diriku dialah idolaku dalam menjadi guru berjiwa murabbi.

buat Tn Hj Khalid...engkaulah mutiara yang sentiasa menyinar...
selamat bersara

Selamat Hari Guru

Hari ni aku pun seorang guru...
Dulu aku didik oleh guru..
Betul kata SN Usman Awang,
semua perkerjaan pernah kenal siapa guru.
guru pun dididik oleh guru

Buat Guruku
terima kasih kerana mendidikku
terima kasih kerana mengajarku
terima kasih kerana membimbingku
terima kasih kerana mengenalkan aku pada ilmu

Kata orang, guru ibarat lilin
kerana mengorbankan diri demi pelajarnya,
tapi bagi aku lilin akan cair bila semakin lama,
guru tidak begitu...semakin lama dia.semakin pengalaman dia
semakin tahu liku dia, semakin besarlah jiwanya

( buat guru/cikgu/teacher/sir/ustaz/ustazah/mudir/pensyarah/Tutor yang pernah mengajar diri aku
Tadika Islam,SKGS,SMKASR,MatrikUSM dan USM....Selamat Hari Guru)
Labels: 0 comments | edit post

Dilema Aku??

Minggu lepas, aku diberitakan bahawa Penolong Pengarah tidak perlu mengajar hanya menumpukan kepada kerja pengurusan. Berita ini aku sambut dengan perasaan yang bercampur-campur,antara suka dan risau. Dilema ini membawa aku terfikir, jalan yang mana harus aku ikut kekal sebagai PP atau kembali sebagai pensyarah.
Mengapa persoalan ini timbul? Sememangnya ada kerisauan andai aku terus terjun dalam dunia pengurusan ini,ilmu matematik yang aku tuntut makin berkurangan malah kerisauan makin tinggi,kalau ianya terus hilang dari kotak kepala aku ni. Aku akan idamkan memiliki pelajar sendiri yang dibentuk oleh aku. mana mungkin pelajar akan mengenali aku sedangkan ketika ini hanya pelajar yang aku ajar kenal siapa aku,kenal perangai aku malah mereka mampu bergelak ketawa dan" loyer buruk" dengan aku,yang lain terus menyimpan ketakutan dan kerisauan berhadapan dengan aku kerana ketegasan dalam title " PP" ini. Mungkin mereka tak tahu prinsip aku " yang salah perlu dibetulkan yang lain hidup gembira" ketika aku mula berkecimpung dengan dunia displin pelajar.
Suka jugak aku sebab aku tak payah nak fikir tentang Rancangan mengajar. Aku memang tak suka langsung bab dokumentasi ni...bagi aku mengajar untuk memastikan anak didik aku berjaya. Keduanya, aku tidak terus berdosa kepada anak didik aku...PPSMI,aku terpaksa ikut andai aku mengajar..aku tidak setuju pun dengan dasar ini..namun sebagai "petugas" aku kena patuh..jadi aku terlepas daripada bebanan dosa ni. Satu perkara lagi,aku kena tahu..tak ramai yang sanggup memikul beban PP ni...dibenci,dihina,dicaci oleh manusia bernama pelajar lantaran sikap kita yang lebih banyak menegur tentang tatsusila adat dan agama. tapi hina pada manusia tak membebankan kita...kalau hina depan Allah itu yang bermasalah.
Labels: 0 comments | edit post

Nasihat Buat Pelajar

Esok kalian akan meninggalkan bumi KMPP , ini bermakna kalian akan menempuh dunia baru dalam hidup kalian..sekarang kalian adalah siswa/siswi kmpp kurang 3 bulan nanti kalian agar bergelar mahasiswa/i yang membawa erti cabaran/dugaan yang makin besar. Saya sering menasihati kalian untuk kekallah dalam kehidupan dalam displin agama,carilah sahabat yang membina diri dan menegur andai kita tergelincir.

Cari-cari tempat mandi
pertama teluk kedua pantai
cari-cari teman sejati
pertama elok kedua pandai

pelajarku,
apasahaja lapangan yang kalian akan ceburi,ingatlah di dada kalian sematkan untuk berbakti kepada masyarakat dan agama..Jadilah duta agama dan bangsa dan buktikan islam sentiasa cemerlang.....

Pelajarku,
kalau ikut matematik, bulatan apapun jejarinya,di manapun pusatnya, ia tetap mempunyai 360 darjah/2 pie sudutnya...begitulah islam...ia sentiasa syumul,sempurna walaupun siapa kita dan di mana kita...islam tetap dijulang


"islam itu tinggi,tiada yang lebih tinggi darinya"
Labels: 0 comments | edit post