Hidup indah bila bersyariat

Saya didatangi oleh AJK surau KMPP untuk sesi 2009/2010 untuk berbincang tentang program dakwah yang boleh mereka aturkan untuk Surau An-nur KMPP. Meraka kata surau sebelum ni buat program tetapi tiada kesan seperti kempen tutup aurat,makin ramai pulak yang bukanya. Saya kurang setuju dengan indikatur keberkesanan dakwah yang cuba diunggap oleh mereka. Kerana kerja kita untuk mengatur dakwah dengan pelbagai uslub,bukan kuasa pendakwah untuk memastikan semua mad'u mengikut kita.

Mereka bersemangat untuk menterjemahkan apa yang meronta-ronta dalam diri mereka supaya KMPP sentiasa berada dalam keindahan islam. Mereka nak buat macam-macam program hingga saya rasa seperti muda seperti mereka dan bersemangat untuk menjayakan semangat ini. Saya mencadangkan tahun ni surau ada hadafnya...objektif yang jelas dan ada indikaturnya, mudah saya cadangkan " Indahnya hidup bersyariat".

Indahnya hidup bersyariat - mungkin ramai yang belum nampak apa yang indahnya hidup bersyariat. Mereka tak nampak yang menutup aurat tu satu keindahan,yang mereka nampak syariat tu menyusahkan. Saya cadangkan terangkan kepada mad'u apa indahnya bila kita menutup aurat..".bukankah pakaian itu telah menjaga diri mereka dari mangsa mata yang rakus" saya memberi contoh kepada mereka. Janganlah membuat "tagnama" kepada mereka yg gagal ujian aurat ini dgn istilah jahat,bodoh dan maksiat besar kerana itu hak Allah. sebab tu Allah memberikan celaan kepada mereka...kita sebagai pendakwah mesti bertindak sebagai kaunselor untuk membina insan walaupun kepada manusia penderhaka kepada tuhan...

harapnya sampailah maksud saya kepada mereka
Labels: , edit post
3 Responses
  1. salam...
    saya melihat posting Dato kali ni amat bersahaja tapi berhikmah....
    mmg benar bahawa kita sebagai Daei merupakan alat untuk menyampaikan syariat kepada mad'u,,,,dan bukanlah alat untuk menjayakan syariat itu....
    kerana hidayah ini adalah hak ALLAH....
    maka tugas Daei adalah menyampaikan secara fleksibel dan hikmah sesuai dengan keadaan dan situasi mad'u itu sendiri kelebihan dan indahnya syariat yang ALLAH tetapkan....
    maka selebihnya kita hanya istiqamah dan bertawakkal kepadanya/....


  2. pali Says:

    salam.

    tajuk pun dah sentap sampai hati. benar, hidup ini redha Allah itu yang dicari.

    Dato' tak kenal saya tapi saya kenal dato'. paparazzi? :D wahaha


  3. salam... Alhamdulillah sekiranya legasi kelangsungan aktiviti Surau An-Nur disemarakkan lagi. Ana di UM merasa rindu bila terkenangkan KMPP yg tercinta. Al-maklumlah dari rahim KMPP, ana mendapat kekeuatan untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini selaku Daie. Di UM, keadaannya berbeza. Uslub dakwah pun berbeza. Daie perlu lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian dakwah kepada madu'. Namun kekangan pihak musuh tetap ada. Mehnahnya cukup besar. Sekada berkongsi.. wallahualam..