Kuliah Maghrib

Semalam jadual saya untuk sessi pengajian di surau An-Nur, saya mulakan kuliah dengan muqadimah yang agak panjang berkaitan tentang ujian dari Allah. Kebetulan saya juga diuji Allah dalam minggu ini dengan kes kecurian. Apabila kita menyebut ujian atau dugaan terbayang dalam diri kita kesengsaraan dan kedukaan, sedangkan ujian dan dugaan juga merupakan kemewahan,kegembiraan dan keselesaaan.

Saya cuba mengaitkan ujuan itu dengan UPS yang bakal mereka hadapi iaitu keputusan yang kita perolehi itu merupakan tahap kedudukan kita. Sekiranya kita Berjaya dalam UPS dengan cemerlang adakah kita bersyukur kepadaNYA dengan melipatganda usaha dan membantu kawan-kawan kita yang diuji kegagalan atau dalam hati kita hanya riak yang tinggi. Dalam AlFurqan sentiasa memberitakan tentang hanya segelintir sahaja yang bersyukur kepada Allah, orang yang kaya dan senang sering melupakan Allah sedangkan Nabi Allah Sulaiman a.s lebih kaya dari kita tetap dengan ketaqwaan kepada Allah malah makin bertambah-tambah kesyukuran kepada Allah.

Untuk sessi buku "maza yakni " yang telah masuk bab ke 2,saya cuba kaitkan Ibadah dan Aqidah..Ustaz Fathi yakan telah mengariskan bab kedua ni bab ibadah selepas bab pertama berbincang berkisar keimanan dan aqidah. Setelah kita yakin dan beriman dengan apa yang diperintahkan oleh Allah maka bukti atas pengakuan kita adalah IBADAH dan ibadah bukanlah berkisar hanya ibadah khusus sahaja. Jangan kita mengasingkan setiap apa yang diaturkan dalam islam dengan kehidupan kita.

Labels: edit post
1 Response
  1. saLAm...
    ape khabar Datuk....
    mmg betull....

    sejauh mane kita bersyukur kepada ALLAH la yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan kita pada masa akan datang.....

    dalam kamus... doa datang dahulu sebelum kejayaan....