PPSMI MANSUH 2012

Sebagai warga pendidik, saya melafaz kesyukuran atas keputusan kabinet yang memansuhkan PPSMI walaupun matrikulasi masih menggunakan BI. Itulah " berfikir sebelum bertindak". Warga pendidik yang selama ini akur dalam paksa, tersenyum kerana kenikmatan pengajaran akan kembali dalam kehidupan mereka. Warga matrikulasi dan tingkatan 6 akan terus berada dalam keadaan tertekan tetapi saya tetap yakin ia akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Mengapa perlu tunggu perhimpunan "mansuhkan PPSMI" untuk buat keputusan? Mengapa waktu nak buat polisi baru ini tiada meja bulat untuk rundingan?Mengapa pelajar kita lemah english, sains dan matematik dipersalahkan? Saya merasakan jawapan itu ada dalam diri pembuat polisi tetap ego mereka telah melenyapkan jawapan tersebut.
Guru English perlu berkerja kuat sebenarnya kerana bahasa adalah subjek tanpa sukatan. Saya lihat guru English tidak segagah guru sains dan matematik, seperti saya berada disekolah dahulu..Andai subjek Matematik dan Sains gagal atau teruk resultnya, maka berkerja keraslah guru tersebut .Di sekolah saya dulu guru matematik buat satu program "Program Skor A matematik" ( terima kasih cikgu ) untuk mempertingkat pencapaian kami. Andai English lemah , apa tindakan guru English? Jawapannya tanyalah guru-guru English tersebut..wallahualam


 

Labels: edit post
1 Response
  1. saLAm....
    Datuk...
    alhamdulillah...
    tekanan demi tekanan yang kita usahakan semata2 untuk mengembalikan kelestarian Bahasa Melayu sbg pengantar bg subjek Sains dan Matematik menjadi kenyataan....
    moga2 ianya kekal ngan keputusan tersebut sehingga terlaksana.....

    juga alfatihah kepada Allahyarham Ustaz Halim Ramli....aktivis Pas yang banyak menabur bakti kepada perjuangan Islam sepanjang hidupnya..