Indahnya Hidup Bersyariat ( Aurat )- siri 1

Pernahkah kita melihat barang yang mahal dan berharga dibiarkan oleh pekedai tanpa disimpan dengan baik? Sudah pasti sesuatu yang baik perlulah dipelihara mengikut tatacara penjagaannya. Begitu juga dengan manusia, keindahan tubuh badan yang dicipta oleh Allah bukan untuk tayangan manusia yang tidak sepatutnya kerana tinggi harganya dan istimewa nilainya.

Pelbagai alasan selalu diberikan oleh insan yang tidak memelihara aurat ini seolah-olah alasan itu membolehkannya menderhaka kepada tuhan pencipta sehingga kadangkala alasan itu seolah-olah satu tiket yang akan menyelamatkan diri mereka dari siksaan yang dijanjikan oleh Allah [alasan dan jawapan untuk mereka]. Satu ketika terjadi satu kes rogol dan bunuh kepada seorang jurutera wanita yang bertudung, maka ada manusia-manusia berjiwa kotor mengeluarkan pandangan jijik mengatakan " siapa kata tudung (aurat) boleh menghalang dari perbuatan ini (rogol) ?" dalam erti kata yang lain ia merujuk kepada dakwah dan seruan para ulama' berkaitan tentang aurat. Allah mengungkapkan kalimah ini dalam Al-Furqan


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Al-Ahzab 59

Dalam ayat di atas,Allah telah mengariskan satu kewajiban iaitu menutup aurat bagi wanita yang di dalamnya ada 2 perkara yang lahir apabila kewajiban ini dilaksanakan.

1. "...cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik)....."

Satu jenama bagi orang yang baik, namun ada orang mengatakan "orang pakai tudung pun buat maksiat"
kepada siapakah yang ditujukan ungkapan itu?kepada orang yang pakai tudung atau kepada syariat memakai tudung itu?

Indah sebenarnya kewajiban ini. Kita tidak memerlukan satu tandanama di badan atau perlu bersuara untuk mengatakan kita islam kerana menutup aurat itu sudah mengambarkan kita islam. Dengan sendirinya apabila kita berpakaian begitu akan menjadi satu batu penghalang kepada perbuatan maksiat. Macam saya seorang pendidik, label pendidik menyebabkan saya agak berhati-hati dalam kehidupan.

Pernah sekali saya menghadiri satu kursus, seorang penceramah bertanya kepada kami " Orang pakai tudung bukan baik pun,tapi orang yang tak pakai tudung tak semestinya teruk,apa pandangan kamu semua?" senang soalannya tapi jawapannya susah.Ramai yang bersetuju dengan kenyataan itu berdasarkan persekitaran kita.Ada orang yang bertudung tetapi berkepit tanpa ikatan,berbonceng tanpa segan silu dan banyak lagi persekitaran mengajar kita tentang ungkapan tadi. Saya memberikan jawapan yang hampir sama cuma saya takrifkan bahawa bertudung bagaimana?ikut syariat ke tudung itu?atau tudung kerana fesyen?sekiranya tafsiran tudung itu ditukar kepada menutup aurat secara sempurna saya kurang bersetuju. Saya kira jawapan saya beri itu agak menyakinkan namun jawapan penceramah lagi memberangsangkan iaitu " kenapa perlu kita mengukur semua ini dengan ukuran manusia, kenapa kita tak mengikut ukuran ALLAH? , adakah Allah pandangan Allah sama dengan pandangan manusia??" beliau menambah lagi " dalam Al-Quran banyak mengatakan andainya kita melanggar apa yang diperintahkan oleh Allah, mereka adalah golongan yang tidak bersyukur,jahat dan menderhaka. Syariat aurat Allah suruh ke tak? kalau suruh orang ingkar maka jahat bagi pandangan Allah".


Benar dan bernas hujah beliau..kalau sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi melakukan perbuatan tak elok maka yang salah dan silap adalah diri dia yang gagal dalam ujian Allah bukan syariat yang dia sempurnakan itu.(bersambung pada siri 2)


Labels: edit post
0 Responses