Apabila Kenangan Berbicara

Salam kepada kenangan,

Semalam kenangan perjuangan mula dimainkan dalam otak dan hati aku,
teringat kawan-kawan yang sama fikrah bergerak dalam satu tanzim haraki
kenangan ini membayangkan satu kekuatan dalam diri
bicara kenangan ini membuahkan rasa kecintaan kepada perjuangan


Semalam juga kenangan usrah/tanzim yang aku dipertanggungjawabkan...
Ismi yang tercinta yang mengajar aku bagaimana untuk membina diri
dalam banyak-banyak kenangan ismi paling aku teringat G5 dan G8...
kenapa ye? bukan aku lupakan langsung G yang lain...
namun , mungkin juga ada istimewanya mereka sehingga kenangan itu berbicara.
ada nama-nama dari G yang lain juga bermain dalam minda ini...
aku kira mungkin kerana mereka rapat aku...tak jemu bertanya khabar.
Inilah hakikat ukhwah....

Semalam juga, kenangan bersama arwah abah berbicara...kenapa ye...mungkin bulan 6 nanti hari ayah atau bulan 6 tahun 2008 telah tercatit ketentuan illahi...abah pergi menemuiNya..apa yang aku rugi adalah tiada lagi nasihat abah untuk ku...tiada lagi pahala menjaga abah yang uzur sejak aku tingkatan 2 itu dapat aku lakukan...paling aku teringat adalah ajakan abah untuk melihat dunia ciptaan Allah setiap kali aku pulang ke Kampung...paling aku ingat 4 hari sebelum abah meninggalkan kami,aku membawa abah bersiar...dalam kereta abah berkata " jadilah seperti wan...berkerja untuk islam...jaga kesihatan kalau sakit macam abah susah nak berjuang" aku pendam perkataan itu....sampai sekarang.Hanya rindu padamu,abah
Labels: edit post
3 Responses
  1. en mahfuz,doakan kami berjaya dunia akhirat n mampu membawa Islam dalam perjuangan kami, Insyallah..


  2. iNSYAALLAH...doa ana buat kalian...ingatlah sentiasa berdoa untuk terus istiqamah


  3. adliadlan Says:

    "indah sungguh tika berikrar,
    tersungkur trus bila tak sedar"

    bnyak kelalaian yg menyelubungi diri sehingga terhantuk baru mampu untuk berdiri.....
    namun,selama mana dptku berdiri dengan sendiri......????????

    syukran untuk entum semua.......