Ada Apa pada buku?

Inilah satu slogan yang aku pinjam dari kedai buku "Qalam Minda", "Ada apa pada buku" yang memberikan makna yang mendalam kepada sanubariku. Umat islam kini lemah lantaran layunya minat membaca,bosan pada buku,kedekut untuk membayar harga sebuah buku walaupun sanggup beribu-ribu dihabiskan untuk perkara lain.

Waktu aku kat Universiti dulu,majalah paling aku suka adalah "muslimah" dan "MASSA". Muslimah kerana dalamnya terdapat bacaan ilmu untuk membina tarbiah diri,hingga pernah ditanya sahabat kenapa muslimah yang aku pilih... jawabku sebab belum ada majalah "muslimin". Cuma apa yang aku nak bawa adalah majalah massa yang terbitannya ketika itu mingguan. Aku rasa dari kulit depan hingga belakangnya "MASSA" dipenuhi dengan ilmu dan maklumat. Waktu aku memegang jawatan YDP MPPUSM, aku menjadikan "MASSA" sebagai sumber pengetahuan dan rujukan sebelum kenyataan dilontarkan. Anda tahu dimana majalah "MASSA" sekarang?? jawapannya mudah di tong sampah masyarakat,lantaran minat membaca dan mengejar ilmu yang rendah pada masyarakat kita. Massa adalah majalah versi melayu bagi "Time", tetapi time masih wujud sebab golongan lain suka membaca.

Masih aku ingat ketika massa ingin dikafani oleh masyarakat,editornya menulis sedih dengan air mata kerana teringatkan nasib "massa" dihumban ke lembah hina oleh masyarakat. Masyarakat bertamadun sepatutnya mengutamakan majalah ilmiah daripada majalah picisan yang mengarut dan membuka pintu nafsu. Mangga yang lucah dan seksi hingga tiada akal iman menerimanya...tetapi kitalah yang membayar untuk mereka kekal merosakkan masyarakat kita.
1 Response
  1. ummu najihah Says:

    tahniah dalam mesej dakwah yang disampaikan. moga makin ramai menerokai blog mu.teruskan perjuangan.