Wahai Pengawal Cinta

Masih bermain dalam memoriku ketika mengendalikan satu program buat mahasiswa baru USM, dalam satu sesi LDK yang membincangkan perihal "salahlaku" mahasiswa yang menghuni taman budi dan ilmu ni. Ketika perbincangan berkisar tentang pengurusan cinta, ramai yang memberikan pandangan yang baik....tiada sorang pun memberikan pandangan kontra dalam isu ini. Mereka seringkali mengatakan "couple itu haram","Mereka terpedaya" malah ada yang lebih sinis mengatakan " tak takut neraka ke?". Sebagai seorang Fasilitator,aku kena memecah fikiran mereka sebagai persiapan untuk pemikiran da'ie. Kenapa anda dengki kepada mereka...sedangkan mereka ingin dikasihi dan mengasihi?, Anda yang tiada peminat...aku mula memainkan isu yang kontra bagi mereka..Makin hangat perbincangan makin tinggi motivasi aku untuk memecah fikiran mereka.
Aku memulakan dengan membawa mereka memikirkan bahawa mereka berada di tempat orang yang ber"couple"? hmm,jijik...minta simpang malaikat 44. Benarkah begitu? Kesalahan mereka hanya kerana mereka dibuai keindahan yang dicipta nafsu dan syaitan. Mereka kalah malah gagal dalam ujian ini..aku tanya lagi kepada adik LDK ku....faham ke??mereka mula nak berbahas dengan aku...mungkin mereka katakan aku ni membawa islam liberal. KALAU KORANG DIUJI MACAM NI...AGAK KORANG LULUS TAK??...soalan ini yang membawa persoalan kepada sikap dan matlamat seorang pendakwah. Aku membuat simulasi " andainya seorang perempuan yang cantik dan digilai oleh seluruh USM datang dan ajak kamu pi makan KFC kat depan USM untuk meluahkan rasa hati atau dia sms kata sayang dan nak dating dengan kamu??kamu terima tak?...yakin ke kamu akan tolak.....
Akhirnya mereka terima bahawa mereka belum diuji...persoalannya takkan dan biar aje....
inilah persoalan yang aku tunggu..Bukan maksud aku suruh mereka berhenti membenci perbuatan itu...malah tanggungjawab mereka untuk menegur ,membimbing mereka yang gagal dalam ujian itu ke pangkal jalan seperti seorang guru membimbing pelajarnya yang gagal peperiksaan,pelbagai kaedah,latih tubi dan sebagainya...tapi aku nak mereka faham,dalam menjalankan dakwah sentiasalah berdoa agar tidak diberikan ujian yang sama atau jika diberikan berdoalah agar lulus ujian itu diberikan Allah kekuatan menghadapinya....

ingatlah....pendakwah mesti berdakwah...doalah kita kekal dalam kerja perjuangan ini.
1 Response
  1. ummu najihah Says:

    dakwah mesti diteruskan..kerana kerja dakwah tiada noktahnya...janganlah terus menghukum mereka yang diuji dengan perkara-perkara dosa..kerana ada kalanya ada sejarah silam yang melakar kehidupan mereka kini...Rasulullah SAW sendiri tidak pernah putus-putus berdoa untuk umatnya..tambahan pula kita sebagai da'i yang kadang-kadang turut leka dan alpa..tidak padan untuk kita menghukum dan menuding jari kepada mereka..pengalaman mendidik anak-anak di smk perai cukup mengajar realiti kehidupan sebenar sebagai da'i..mereka dahagakan perhatian...minta dimarah kerana nak ustazah tegur dan bercakap dengan mereka...syukran kerana menyuntik ruh dakwah dalam diri ini..