Ujian dan dugaan


Pelajar matrikulasi sessi 2008/9 menerima keputusan akhir mereka untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam minat masing-masing. Yang menempa kejayaan,sekalung tahniah buat kalian. Moga kalian bakal membawa panji kegemilangan Islam.
Baut yang tidak berjaya..ini bukan akhir buat kalian,masih ada waktu dan masa untuk kalian mampu berjaya.
" Maaf kerana saya telah memalukan islam" satu sms yang datang dari seorang pelajar yang aku kenal dan rapat dengannya. Anak usrah aku ni faham dengan ucapan aku " kita perlu buktikan pelajar islam berjaya berbanding pelajar bukan bumiputera..jangan malukan islam dengan kegagalan kita". Itulah kata-kata penaik semangat yang selalu aku lafazkan buat pelajar yang aku anggap sebagai ahli keluarga aku ( usrah ). Salahkah kalau selepas usaha dan berakhlak mulia namun kejayaan belum dikecapinya? Bagi mereka yang begini rupanya, perbincangan ini mungkin berbekas di hati.

Apabila diberikan ujian/ dugaan mahupun mehnah. Anggaplah ini merupakan satu pentas tarbiah yang mendidik kita.Lihatlah ujian ini dari :

1. kafaratul zunub-( penghapus dosa) ; kadangkala ujian yang diberikan merupakan satu medium oleh yang Maha Pencipta untuk menghapuskan dosa. Seperti mana yang diceritakan tentang Nabi Allah Yunus as dengan ikan yu. Nabi Allah Yunus diuji dengan peristiwa dibuang ke laut dan ditelan Yu.itulah ujian yang menghapuskan kesalahan

2. Satu peringatan ( amaran ) - ujian dan dugaan merupakan amaran kepada kita. misalnya lihatlah pesakit HIV,ujian menimba mereka merupakan amaran Allah kepada mereka berhentilah melakukan perkara yang lari dari syariat

3. Meningkatkan keimanan - acapkali apbila kita diuji oleh Allah ..kita akan sentiasa mengingatkan diri kita kepada Allah. Ini akan menambah keimanan dan mendekatkan diri kepadanya

4. Menguji manusia lain dan kita sebagai wasilahnya - sewaktu kita ditimba sesuatu maka ketika ini kita boleh menilai kawan-kawan dan saudara. "seribu kawan ketika senang, keseorangan ketika susah"

Besabarlah atas ujian dan berfikirlah untuk memilih untuk gembira atau berduka
2 Responses
  1. syukran utk artikel yg memberi smgat


  2. NURUL AIN Says:

    insyaAllah
    syukran kathiran..