Hasrat Seorang Pendidik

" Perbaikilah rumah yang buruk itu kerana ada orang yang ingin berteduh,mungkin juga penghuninya akan mengubah nasibnya nanti..robohlah andai ianya tidak mampu diperbaiki supaya tidak jelek pandangannya"

Tidak ramai akan memahami ungkapan yang dilafazkan oleh thiatumpangsat, seorang sasterawan. Ungkapan khas untuk manusia bergelar pendidik.

Saya merupakan seorang pendidik yang dalam diri ingin mengapai bintang dan menyelusuri pelangi indah buat anak didikku. Dalam usia begini pelbagai harapan ditulis dalam lembaran hati untuk saya jadikan sebagai tujuan seorang pendidik yang bermusafir di bumi Allah ini. Melihat suasana pelajar kini cabaran "KAMI" semakin besar dan perit,namun keperitan itu tidak mungkin menandingi kepayahan manusia yang bergelar KEKASIH ALLAH dalam menyampaikan dakwahnya.

Hasratku yang pertama :
Biarlah saya mampu membawa pelajar saya berada di bawah langit ketaqwaan dan sentiasa berpijak pada bumi keimanan. Saya yakin dan percaya ia akan membawa kepada kejayaan yang gemilang di akhirat kelak. Thiatumpangsat mengatakan rumah itu adalah pelajar atau akhlak pelajar...andai ada dikalangan pelajar kita yang tercicir pada jalan perjuangan ilmu ini,maka kewajiban kepada kita untuk membina semula peribadi mereka kerana mungkin dengan usaha kita, mereka mampu berubah untuk membina kehidupan yang cintakan Allah. Tetapi inilah kita,insan biasa yang tidak mampu mengubah orang dengan sekelip mata...kita belum tentu berjaya...andailah pelajar kita ini sudah tidak mampu bagi kita dan ia menjadi barah kepada pelajar yang lain...maka jalannya adalah meroboh aje rumah itu.

Hasratku kedua
Mereka berjaya jauh lebih baik dariku..... Sebab itu saya acapkali mengatakan kepada mereka hanya ilmu akan mengubah kamu dari seorang petani kepada seorang pengusaha, dari juruteknik kepada jurutera, dari pelajar kepada pendidik dan kerani kepada pegawai. Biar mereka ini baik kerjanyabaik pula akhlaknya.

Hasratku ketiga.
Menjadi warganegara Islam dan Malaysia yang unggul..berterima kasih kepada manusia yang berbakti kepada kita dan bersyukur dan bertaqwa kepada urusan agama. Biarlah masyarakat kita merasai segala "sumbangan" pelajar-pelajar ini dalam membina negara. Berterima kasihlah kepada seluruh rakyat yang mengeluarkan cukai yang banyak menyara kehidupan pelajar...jangan kita hanya melihat kepada gaji yang besar tapi melihat pengorbanan ini...


pongsu 1000
0 Responses