Ujian Ramadhan

Sekali lagi ujian Ramadhan buat saya dan keluarga….dalam minggu ni, Allah menguji kami sekeluarga bermula dengan Kak Long yang muntah-muntah start hari sabtu ….kemudian adik Fudhail mula muntah dan cirit-birit mengikuti jejak Kak Long…Alhamdulillah nampaknya anak-anak saya semakin elok…semalam giliran saya dan ummi kena dugaan virus tersebut…virus ni datangnya dari nursery anak..sebab tu ramai kawan-kawan saya yang terkena juga penyakit ini…

Saya hanya terkenangkan satu nasyid ketika kanak-kanak dahulu…

" Sayang-sayang orang kaya tak sembahyang…Nabi Sulaiman lagi kaya lagi Sembahyang
sayang-sayang orang tampan tak sembahyang…Nabi Yusof lagi tampan lagi sembahyang
sayang-sayang orang sakit tak sembahyang…Nabi Ayub lagi sakit lagi sembahyang……"

Benarlah maksud lagu tersebut…saya rasa waktu diuji Allah dengan sakit ini menyebabkan aku tak mampu untuk mendirikan ibadah untuk mangimarahkan ramadhan….Dalam diri hanya mampu berdoa untuk Allah berikan kekuatan dalam diri sebagai momentum kepada ibdah ramadhan

1 Response
  1. afiqah azumi Says:

    assalamualaikum
    moga en mahfuz dan family sehat sntiasa dan di bwh jagaan Allah, insyaAllah

    ..."dan Kami pasti akn menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gmbira kpd org2 yg sbar. iaitu org yg apabila ditimpa musibah, mereka berkata, ' innalillahi wainna ilaihi rajiun"... al-baqarah 155,156