Afi dan Abah

Bagi sesiapa yang mempunyai ASTRO CERIA, satu drama komedi kanak-kanak yang agak popular di situ adalah Afi dan Abah. Kisah Afi yang sentiasa berlumba dengan jirannya tentang kehebatan ayah masing-masing. Semalam ketika saya menemani Najihah melihat cerita tersebut terdetik dalam diri saya mengenai " supermodel" yang dijadikan oleh anak-anak…bagi mereka " My Father is My Hero" dan ayah merekalah sumber kekuatan mereka.

Sekiranya Afi selalu menceritakan kehebatan ayahnya bercerita,menyanyi,bermain dan banyak lagi dalam filem tersebut,bagaimana anak kita nanti…adakah anak kita jugak akan menceritakan kehebatan seperti itu? Saya dan abah-abah yang lain adalah kehebatan mereka..alangkah baik sekiranya mereka menceritakan tentang kehidupan islam yang dibentuk dalam keluarga mereka…mungkin mereka bersaing untuk membaca Al-quran bersama keluarga mereka, bersaing solat bersama keluarga dan pelbagai lagi…

Kita adalah manusia biasa yang tidak mungkin dapat lari dari kesilapan…cumanya kita mesti cuba sedaya upaya kita untuk mendidik diri kita agar nanti anak-anak kita bangga dengan kita dari sudut islamnya .

Saya juga bangga dengan Arwah abah saya yang mengajar dan menunjukkan kepada kami sekeluarga jalan yang diajar oleh islam…walaupun abah bukanlah seorang ustaz hanya mengajar BI namun ajarannya cukup mudah…islam itu kan mudah..masih saya ingat ketika ditawarkan ke SBP di Kuala Pilah selepas UPSR…guru sekolah rendah saya datang untuk menghantar ke rumah…katanya hanya 2 orang sahaja dari sekolah itu yang dapat SBP….abah hanya senyum aje..saya tahu bahawa itu bukan tujuan saya kerana abah sentiasa ingin memastikan bahawa anak-anaknya mendapat didikan sekolah agama dahulu sebelum menceburi aliran lainnya…itulah ketegasan abah dalam memastikan kami sekluarga sentiasa berada dalam penghayatan islam.

1 Response
  1. semekasrian Says:

    kita adalah ketua kluarga, harus mjadi cth terbaik dlm mcorak anak2.agak berat juga tgjwab tsebu namun hakikat tersebut tidak harus diketepikan.Islam sememangnya garis pnduan tbaik utk m'asuh ank2.aku jga kagum dgn ayh aku, shingga kerapkali aku cuba mcontohi sifat kpimpinannya dlm mguruskan kluarga kami..ajen