Tazkirah Ramadhan 1 :Pelajarku ...Kalianlah Pewaris Kepimpinan Negara

Ketika ini dunia semakin ketandusan kepimpinan yang melafazkan ketaatan secara ikhlas dan sempurna kepada Rabbul Jalil hinggakan dunia semakin lari dari landasan petunjuk darinya. Ramadhan ini merupakan satu " universiti " iman dan taqwa yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bersifat membina kerapatan dengan Allah dan mencipta akhlak dan peribadi dari acuan agama, maka pelajarku...seruanku kepada kalian jadilah ramadhan kali ini sebagai permulaan untuk kalian membina segala komponen akhlak,sikap dan peribadi seperti yang digariskan oleh Allah agar ia akan menjadi bunga yang sentiasa menguntum dan mewangi dalam hidup kalian.

Lihatlah dunia sekarang, pemimpin semakin lari dari landasan agama...waktu saya membaca kisah seorang pemimpin Islam dari Republik Islam Iran iaitu Ahmedi Neejad daripada buku yang dihadiahkan seorang sahabat kepada saya, maka saya mula memuhasabah diri saya dan melihat pemimpin kita sekarang. Entah berapa ramai yang ikut acuan agama dalam memimpin?? Agak kurang nampaknya, mereka mewah dengan harta rakyat dan merompak segalanya. Bagaimana islam mahu memimpin sekiranya pemimpin islam sedemikian rupa? Lihat di bumi Haramain, pemimpin yang didalamnya 2 tanah haram juga menjadi pemimpin yang mewah.

Pelajarku...mulakan langkah hari ini, semoga kalian bakal memimpin Negara dengan ijazah akhlak dari university ramadhan. Andai kalian tidak sebagai pemimpin,maka kalian mesti berkerja dengan garisan Islam...kalian jadilah jurutera yang patuh agama jangan hingga roboh bumbung stadium angkara manusia tidak beramanah, andai kalian seorang Doktor, nasihatlah pesakit anda dengan nasihat agama dan janganlah hanya pentingkankan kekayaan sahaja.


 

Chemor
12.16 PM

Labels: edit post
0 Responses