Berbicara dengan Anak


Seperti lagu Halim Yazid yang mengisahkan perihal anak-anak yang sering bertanya kepada tentang pelbagai hal.
" Anak Hambo tanyo nak buat ghapo peti sejuk?" hambo groyak kat dio tok seh buwi ike busok"

Ini baru tanya perihal barangan atau alatan belum lagi bertanya tentang aqidah dan tauhid...mesti susah untuk kita menjawabnya.

Sabtu yang lepas, saya melihat astro 611- ceria ruangan Abg Kush bercerita..dalam ruangan tersebut Kush bercerita tentang malaikat. Anak saya , Najihah bertanya kepada saya " Abah..kenapa kita tak boleh tengok malaikat?" puas juga saya memikirkan jawapannya...saya menjawab " malaikat dibuat dari cahaya...jadi kita tak leh nampak" ..( betulkah jawapan ni) Najihah angguk dan menambah lagi dengan nada dia " ohh.. Malaikat ni macam Allah kan abah...kita tak boleh tengok Allah, tapi Allah boleh tengok kita". Terkejut juga dengan jawapan dia, mungkin ummi ada mengajar tentang perihal ini kepadanya dan dia mengaitkan dengan usul malaikat ni.

Ketika dalam perjalanan pulang ke KMPP, dalam kereta Najihah bertanya lagi, kali ni Qada' dan Qadar selepas dia mendengar nasyid "rukun Iman" dari cd yang disukainya. Kali ni , saya terdiam dan kelu nak menjawabnya...nasib baik ummi beri jawapan " Najihah ada tok wan tak?tok wan Shahar dan tok wan Mokhtar pi mana?Mati tu antara qada' dan qadar Allahlah. Tak pasti Najihah faham atau tidak dia terus menangis, katanya teringat tok wan. Ummi minta dia bacakan fatihah untuk disedekahkan kepada Arwah, Najihah teruskan persoalan " kalau dah baca doa, tokwan mai balik ker?" Ummi jawab " kita jumpalah kat syurga tetapi kita kena jadi orang baik dulu"

Mungkin inilah cabaran kita dalam mendidik anak-anak..Ia bergantung kepada jawapan kita kepada mereka.
1 Response
  1. NURUL AIN Says:

    salam...en. mahfuz sekeluarga apa khabar??? rindu kat najihah yang comel...sahabat2 mat g8 pun teringat kenangan bawak najihah jalan2.. Moga najihah menjadi anak yang solehah... uncle dan kak maziah juga doakan kami semua ya...amin