Gamitan Ramadhan

Selamat datang Ramadhan…kedatanganmu memanglah dinanti-nanti oleh umat islam yang bertaqwa…kerana di bulan ini umpama pesta ibadah waktu untuk mengumpul sebanyak mana bonus yang diberikan oleh Rabbul-Jalil. Ramadhan kali ini dipenuhi dengan pelbagai dugaan seperti H1N1,pilihanraya Permatang Pasir,Exco Kedah keluar parti,ekonomi yang tidak stabil dan kesihatan , dugaan ini menguji ibadah kita.


 

Bukannya post ini untuk membincangkan dugaan tersebut tetapi ingin memaksa pembaca untuk membuat penilaian kepada kehidupan kita. Puasa merupakan menahan diri daripada melakukan perkara yang dibenarkan oleh Allah pada bulan yang lain seperti makan,minum,bersama isteri/suami dan banyak lagi…kalaulah yang halal pun diminta untuk kita menahannya…sudah pasti yang haram dijauh langsung dari kita. Cuba kita lihat dari luaran kita – adakah pakaian kita memenuhi suruhan agama untuk menutupnya….bukan waktu Ramadhan sahaja kita menitikberat perkara tersebut. Jangan pula kita jadi pelancong dari Jepun yang dipaksa untuk memakai selendang kepala oleh kerana ingin melawat masjid Putrajaya…jangan hanya waktu sembahyang sahaja kita menutup aurat tetapi waktu lain kita lupa akannya. Jangan hanya waktu berada di Masjid sahaja islam itu wujud atau hanya waktu solat sahaja kita kenal apa itu islam. Jangan hanya Ramdhan sahaja kita menjadi islam sedangkan 11 bulan yang lain islam itu disimpan. Harapannya ramadhan kali ini menjadi kekuatan kepada kita untuk berubah kepada yang lebih baik.


 

"Islam sentiasa di hati selagi kita bernyawa bukan diwaktu dan tempat tertentu"

Labels: edit post
0 Responses