Dugaan Buat ku dan Ummi


Sekali lagi satu dugaan yang melanda hidup saya dalam melayari bahtera indah perkahwinan. Pada hari ahad yang lalu, saya terpaksa membawa ummi ke Hospital Pantai kerana suhu badan yang tinggi. Denagn tanda-tanda H1N1 maka langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelak berlakunya penyebaran. Ummi terpaksa memakai facemask walaupun berada di rumah.
Semalam pagi suhu ummi mencecah 39.5 teruk juga....saya bergegas bawa ummi ke Hospital; memandangkan saya yakin hospital kerajaan mengambil masa yang lama dan sudah pasti layanan yang diberikan agak kurang baik lantaran tanggungjawab yang berat mereka tanggung,saya membawa ummi ke hospital pakar. Ummi tidak ditanggung oleh insurans memandangkan ummi hanya mengambil insurans Takaful Sihat dan Keluarga...tapi apa sangatlah duit berbanding kesihatan insan yang dikasihi (moral : Silalah ambil insurans perubatan seperti Pre-med )

Abang sentiasa doakan ummi cepat sembuh...

Dalam 3 hari ummi sakit, sayalah tangan kanan ummi untuk menjaga anak-anak...penat dan letih,namun ia baru sedikit berbanding pengorbanan seorang ibu yang mengandung dan melahirkan mereka. Dalam kereta sewaktu pulang dari nurseri, saya memberitahu Najihah yang ummi sakit dan ummi kena tidur di hospital...Najihah nampak macam faham lalu puteri sulongku ini melafazkan " Ya Allah ya Tuhanku...baikkan ummiku, ku sayang ummiku"...sebak juga hati saya....Inilah kali pertama putera bongsuku ( setakat ini ) berjauhan dengan ummi..harapnya ummi cepat sembuh untuk kita sama-sama sambut Ramadhan bersama-sama...

Ya Allah....sembuhkan ummi agar dia mampu untuk membantu agamamu
0 Responses