Tahniah KMPP

Salam Aidiladha buat semua...

Dua hari sebelum hari raya aidiladha, semua warga matrikulasi menerima keputusan peperiksaan PSPM 1...Tahniah kepada KMPP kerana masih mengekalkan ranking teramai memperolehi PNGS 4.0....Bukan mudah untuk meletakkan nama KMPP kekal di atas...pelbagai pihak memainkan peranannya...daripada pelajar,pensyarah dan pengurusan,tidak dilupa jugak warga KMPP yang lain.

hanya 17 orang sahaja yang terpaksa meninggalkan program ini kerana berstatuskan GAGAL KELUAR, dan 10 daripadanya adalah pelajar yang meminta untuk GK. Tidak menghadiri kuliah/tutoran/amali serta tidak mencari keberkatan ilmu dari pensyarah. Malah ada dikalangan mereka menulis sms ringkas dengan pelbagai alasan untuk pensyarah apabila tidak hadir yang pastinya itu adalah penipuan yang membawa kepada ketidakberkat kehidupan mereka.

Yang berjaya bukan hanya dengan belajar bersungguh-sungguh tetapi ada nilai KEBERKATAN dalam ilmu mereka. Jangan kita kata kejayaan yang diperolehi kerana kita usaha yang bersungguh-sungguh sahaja,tetapi faktor-faktor lain seperti keberkatan ilmu,doa daripada ibubapa dan guru,hubungan dengan rabbuljalil dan banyak lagi.

Bravo KMPP...

KEM KEPIMPINAN PELAJAR KMPP




Kursus Kepimpinan Pelajar KMPP baru sahaja selesai, kursus yang berobjektifkan melahirkan kepimpinan gemilang sepatutnya berlangsung pada semester 1 telah diadakan di Putra Brasmana Hotel. Sepanjang kursus semua pemimpin pelajar di didedahkan dengan kemahiran seperti mengurus majlis,pengucapan umum,protokol, adat seorang pemimpin dan mengurus kertas kerja projek. Saya telah berkongsi pengalaman dengan mereka dari aspek kepimpinan, iaitu dari aspek akademik,sahsiah,teknik berfikir dan mengawal emosi.
Di akhir kursus, pelajar diberi tugasan untuk melaksanakan majlis penutup bengkel kepimpinan tersebut. Nampaknya mereka berjaya melaksanakan dengan 90 peratus sempurna, dan ini bermakna usaha para fasilitator membuahkan hasil....
inilah "pemimpin segera" yang diperlukan oleh negara







KEMBALI BERGELAR PENDIDIK

Minggu ini, saya kembali ke kelas untuk mencurah bakti kepada pelajar setelah satu semester berehat di dalam bilik mesyuarat dan hal-hal pengurusan pelajar. Agak sukar juga untuk mengajar semula dengan lidah yang sudah lama tidak diasah untuk berbahasa "english",namun bagi saya gelodak nafsu mengajar ini lebih tinggi hingga menenggelamkan segala rasa tidak selesa tersebut.

Walaupun baru dua praktikum saya masuk untuk minggu ni, satu cabaran bagi saya adalah mengubah pakaian dari seorang PPHEP yang tegas dengan displin kepada seorang pensyarah yang mampu untuk menarik perhatian pelajar untuk mereka mudah menerima P&P saya. Masuk sahaja ke kelas mereka merasakan satu makhluk ganas sedang bergerak masuk ke kelas mereka ( lawak rasanya) itulah hakikatnya....saya merencanakan satu sessi "ice breaking" dengan pelajar sebagai salam perkenalan dengan mereka...mereka dibekalkan coklat " Kisses" Langkawi waktu sessi ice breaking. Bagi saya PPHEP mempunyai cabaran yang besar...mendisplinkan pelajar bererti membentuk sahsiah pelajar supaya selari dengan agama...sedangkan tahun demi tahun pelajar makin sukar untuk dibentuk...kalau kita marah kitalah yang sakit ...naik darah tapi kalau tidak begitu mereka bersikap agar sukar dikawal. Sebagai pensyarah lebih senang kerana membentuk kefahaman kepada sesuatu subjek boleh melalui approach yang pelbagai. Membina kefahaman pelajaran lebih mudah berbanding membina kefahaman akhlak dan agama...itu pandangan sayalah....
Ya Allah, berikan kekuatan untuk menjadi pendidik yang berdidikasi dan berinovasi dalam membentuk kefahaman pelajar....Ya Allah berikan ketabahan dalam mendidik dan membentuk akhlak mereka seperti akhlak para ulama.......

Sambutan Aidilfitri KMPP

Perkara : Sambutan Aidilfitri dengan tema "Satu Malaysia "
Bertempat di dataran KMPP


selamat datang tuan...

Jom makan .....

depan khemah terbuka " Anjung Harmoni" khemah 4 untuk staf

Inilah konsep satu malaysia..

petugas belakang tabir

Mencari Biah yang hilang

Ketika dalam kesibukan pelajar-pelajar mutalaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, saya melihat suasana kolej semakin memeningkan. Saya cuma inginkan satu suasana yang aman dari maksiat dan tenang dari penderhakaan kepada Allah. Mengimbas kembali saat mereka mula menjejak kaki ke bumi KMPP, kami sepakat untuk memaku mereka dengan tazkirah, ceramah malah amaran atas tindakan membelakangkan syariah Illahi dengan harapan paku itu terbenam dilubuk hati dan di muara pemikiran agar tidak terdetik untuk melakukannya.

Dalam kesibukkan pelajar lain, saya terpaksa menguruskan 3 pasangan pelajar yang akan kehadapan tindak tanduk mereka. Saya muhasabah tindakan dari aspek pencegahan dan penegasan, adakah saya telah menjalankan tanggungjawab ini sepenuhnya? Suasana KMPP yang tidak menggambarkan biah solehah puncanya. Saya tidak mampu untuk marah dan tegur pelajar yang sedang berdua,pergaulan bebas atau berpakaian sesuka hati 24 jam...tapi setiap kali saya melakukan demikian , saya akan dituduh pertualang cinta mereka, manusia berfikiran ortodok dan sebagainya. saya tak kisah kerana bukan keredhaan mereka yang saya cari tapi keredhaan Illahi. Dalam lubuk hati saya, saya betul-betul inginkan satu biah solehah terbentuk di bumi kmpp ini agar pelajarnya juga akan diserapi dengan wangian dari biah solehah ini. Untuk mewujudkan suasana itu, semua pihak kena bertindak dan berusaha untuk membentuknya. From over to top, perlu sehati sejiwa dalam proses ini, jangan hanya seorang dua yang bertindak yang lain menyerahkan kepadanya tanpa memberi sumbangan untuk itu. Saya sentiasa berdoa agar biah solehah boleh wujud di bumi ini.

Mengapa ketika percintaan kepada berlawanan jantina, menyebabkan sirnanya cinta kepada pencipta perasaan cinta itu, mengapa cinta yang lestari menjadi kotor dan hina kerana penderhakaan kepada Rab? Mereka lupa dengan ibubapa hingga mereka menangis ketika saya maklumkan untuk memberitakan perihal mereka kepada ibubapa, kata mereka si ayah sakit jantung...si ibu darah tinggi dah sebagainya...kenapa tidak terlintas ketika mereka melakukannya. Itulah dunia percintaan ...kerana cinta ciptaan yang membutakan mata dari melihat keburukannya.
Labels: , 0 comments | edit post

Wajarkah aku??

Inilah tajuk satu sajak yang saya pernah nukilkan untuk satu program muslimah "kembali bersama islam" menjana muslimah penggerak haraki"....seingat saya sajak ini merupakan satu luahan rasa seorang lelaki yang memandang sedih wanita yang tidak menutup aurat dan tidak berpakaian dengan pakaian iman dan taqwa.

Wajarkah aku? ( buat wanita itu.....antara kata dan mata ...aku memilih kata dan biarlah ia pergi bersama ribut taufan)

Bukan aku membaitkan sajak-sajak ini
untukku pinta serangkap pujian
bukan juga untuk sekalung bunga penghargaan
tapi hanya sekadar lirikan dakwah kata
yang mungkin sukar difahami
tapi harus difikirkan dan diselami
kalau tidak mampu bagimu,
lihatlah melalui hati
bersama pejaman mata
umpama mentari yang kian membenamkan diri

Wajarkah aku...
kupakaikan kepada dirimu jubah itu
dengan warna-warna kesukaanku ( warna keimanan....)
biarlah ianya terus melekat ditubuhmu
menjadi benteng dari panahan mata dan nafsu durjana
dan izinkan aku mengulit rambut ikalmu
dengan jilbab-jilbab penenang jiwa
agar aku mampu tersenyum
memerhatikanmu ( berdosakah aku?)

Wajarkah aku
mempunyai perasaan yang lunak
kepadamu
memikirkan nasibmu nanti
menyeksa diri mengubah peribadimu

Wajarkah aku..
mengukir langkahmu dengan langkah serikandi syurga
segagah langkah Khatijah yang melangkah demi agama
atau kupahatkan peribadi Fatimah yang berkorban
setelah terkorban
atau ku solekkan wajah si Mashitah
dengan muka suci dan berani
walaupun di depannya Firaun, raja yang zalim
atau ku biarkan dirimu membentuk sendiri
peribadi Asiah....
mereka cinta dan rindu
pada pulau yang abdi.

wajarkah aku
terus mendiamkan diri melihatmu,
menerima hidayah dariNya
tanpa aku bergerak
walaupun sejari panjangnya..
tapi risikonya tinggi...
akan pasti jubah yang warnanya indah
akan kotor berdebu
jilbab akan tergantung keseorangan

kini lenaku tercalar
engkaulah mengelar
engkau masih engkar
aku tercabar....
biarlah kau temu kebenaran
dengan minhaj islam yang sebenar...

( cerianya jubahmu...ceria lagi hatiku
putih gebu jilbabmu..putih lagi hasratku)

bagi minggu"kembali Bersama Islam"

2002



Birthday Najihah ke 3

2 hari sebelum ulangtahun kelahiran puteri sulongku..saya dan isteri mula memikirkan tentang hadiah yang boleh membahagiakan hatinya. Kepetahan Najihah mengatur kata-kata dan menyusun setiap kata-katanya menyebabkan hati saya sentiasa terusik dengan Najihah. Pertanyaan dan kata-katanya kadang-kadang melebihi umurnya. Akhirnya kami sepakat untuk menghadiahkan sebuah basikal kepadanya memandangkan dia inginkan basikal seperti sepupu-sepupunya.

Walaupun usianya baru 3 tahun,saya mengimpikan dia bakal bergelar pakar dalam bidang-bidang kritikal dan bergelar seorang hafizah. Saya amat mengharapkan anak-anak saya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Allah dan ajaran Rasulullah. Biarlah benih-benih agama mula ditanam dalam diri Najihah. Tahun depan, insyaallah dia bakal belajar di PASTI..biarlah dia didedahkan dengan asas-asas islam.Selamat Hari Lahir Puteriku...Abah doakaa dirimu sentiasa berada dalam lindungan Allah

( dicatat dalam diari 13 september 2009)