Bertemu Sahabat Lama

Gathering for ExSMKASRians 1994-1998



Isteri tercinta bersama Ahmad Fudhail Murshidi menunggu abah bersukan



cantik tak bantal saya...ni bantal jadi tumpuan kawan-kawan
diperbuat dari kain baju batik sekolah dulu




Menunggu program seterusnya




Bergambar ramai-ramai sambil menanti kawan-kawan lain sampai



Menuju ke pantai Teluk Batik


Naik kuda dengan Najihah ( kaklong)


Antara gadis-gadis comel


Najihah dan Fudhail mandi bersama Super Dad



Pergi Tak Kembali

Hari ini,Pn Faridah Jabit telah meninggalkan dunia yang fana ini..Alfatihah...
Labels: 3 comments | edit post

Bermusafir untuk menuntut ilmu

Musafir kali ini bukanlah diri sendiri tetapi seorang sahabat seperjuangan di bumi Minden. Baru-baru ni kat Shah Alam dapat bertemu dengan dia walaupun hanya seketika sebelum beliau berangkat ke bumi asing. Paling kagum dengan dia adalah semangat dia dalam menuntut ilmu...bermula dengan Diploma Teknologi Makmal ( DTM ) kemudian sambung juga di USM dalam Sains Kajihayat...kemudian sambung sarjana..sekarang berada di US bagi PHD. Untung belia kerana dapat penajaan untuk tenaga pengajar USM...ini bermakna USM juga untung bakal mendapat pensyarah yang komited, bermotivasi dan beragama...bagi saya satu persoalan timbul..
." tak bosan ker belajar lama?" awabnya mudah... kata Junjungan " Minnal Mahdi Ilallahdi"...dari lahir hingga ke liang lahad...kiranya dia ni ikut saranan nabi. Dia selalu lepak kat bilik waktu di 1st year ( saya time tu 3rd year ) umur sama tapi semangat dia lebih dan sayang dia pada ilmu lebih . Banyak pengalaman bersama dia ni..termasuk minum air feri-feri ( nama lain bagi air dari cafe harapan yang dibeli untuk disedekahkan dalam bilik) dan berbincang soal perjuangan.

untuk Wan Zaki:Moga terus berjaya dan terus istiqamah dengan perjuangan..





buat pelajarku : jadikan sahabat saya sebagai satu bentuk motivasi kepada anda..

IPTA menanti ...

Setiap kali saya memberi taklimat kepada pelajar sekolah menengah yang membuat lawatan ke KMPP, saya akan menyatakan objektif program matrikulasi adalah untuk membekalkan tenaga manusia dalam pelbagai jurusan di IPTA. Ini bermaksud tujuan kami adalah membekalkan insan yang bersedia dari segala aspek untuk meneruskan perjuangan yang lebih besar di dunia kampus. Persoalannya bersediakah mereka???

Jumaat lalu, peti SMS saya dipenuhi dengan SMS bekas pelajar KMPP yang mengucapkan terima kasih atas budi bakti pensyarah sehingga mereka ditawarkan ke sesuatu jurusan di IPTA. Tak kiralah mereka akan menempuh kehidupan di IPT unggul seperti UKM,UM,USM,UTM,UPM dan UUM atau mereka ke IPT praktikal seperti Unimap,UMT dan UMP...mereka akan menempuh hidup sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang begitu mencabar. Post ini ditujukan kepada pelajar KMPP yang akan menempuh kehidupan sebagai warga IPTA

Atas pengalaman saya yang sekelumit di bumi kampus,banyak perkara yang bakal anda tempuhi...samada ianya manis , pahit atau pedas. Kehidupan anda di kampus sebenarnya melatih diri anda selepas dunia belajar iaitu dunia kerjaya. Tiada siapa yang akan menjaga anda..tiada siapa yang meminta anda untuk menunaikan solat,tak siapa akan mengongkong anda dan terpulanglah kepada anda untuk menghadiri atau tidak program yang berbentuk membina tarbiah diri....semua itu terpulang kepada anda. Atas kebebaan inilah ramai yang kecundang dalam mengatur kebebasan itu ke jalan yang sepatutnya.

Bagaimana untuk anda hadapinya .
1. tanamkan dalam diri , Allah dan petugasNya sentiasa memerhatikan kalian
2. Cari-cari tempat mandi,
pertama teluk kedua pantai
cari-cari teman sejati
pertama elok kedua pandai
bertemanlah dengan sahabat yang baik, yang meletakkan Allah sebagai Illah dan Petunjuk Rasulullah. Bergabunglah dengan manusia yang layak digelar sebagai sahabat.
3. Jadikanlah solat itu pengawal kepada anda..jangan tinggal solat...tambahlah dengan sunatnya
4. Latih diri untuk mematuhi masa kerana pada masalah manusia itu selalu rugi.

salam perjuangan
Labels: 4 comments | edit post

Selamat Hari Bapa...

Selamat Hari Bapa...My Hero is my father...

Inilah ucapan-ucapan sempena hari bapa, melahirkan kata-kata ikhlas untuk menyatakan terima kasih kepada bapa yang banyak berkorban untuk kita..Bukan ucapan itu yang diminta dari kasihnya bapa dan bukan balasan itu yang mereka pohon atas pengorbanan mereka...

Bulan ini hari bapa dan bulan ini jugalah mengingatkan pemergian abah tercinta setahun yang lalu. Pengorbanan abah tidak dapat ku balas. Abah pergi ketika kami belum dapat menyempurnakan tanggungjawab kami sebagai anak. Ketika di tingkatan 2, abah jatuh kena serangan "ahmar", dan sejak itu abah tidak dapat meneruskan tugasnya yang bagi kami hebat dan sangat memberangsangkan. masih ingat dalam minda , abah belikan kereta control waktu pulang dari haji walaupun sumber kewangan abah bukanlah mewah ketika itu. Kalau nak ditulis kenangan-kenangan abah sudah pasti penuh blog ni dan basah baju dengan airmata..tapi yang paling penting, doa dan amalan yang mampu dikirimkan buat insan bergelar abah yang setahun meninggalkan kami......

"Al-Fatihah buat abah tercinta Shahar Murshid b Abu bakar

Selamat Hari Lahir Sayangku

21.6.09 - Ulangtahun kelahiran isteriku tercinta :

Selamat Hari Lahir buat Sayangku...
Agar dirimu akan sentiasa dipayungi rahmat Illahi
Agar fikiranmu makin matang dalam perjuangan
Agar dirimu menjadi pemangkin kepada diri ini
dalam perjuangan,ibadah dan pengorbanan..

Selamat Hari Lahir buat mu yang sentiasa bertakhta di hati..


Makan di SR sambut birthday ummi


Happy Birthday Ummi!!

Terima Kasih Fasilitator

Semalam ketika majlis penutup MPPB PDT 09/11 , saya dapat rasakan betapa besarnya sumbangan fasilitator kepada KMPP. Mana tidaknya, adik-adik PDT sanggup mengeluarkan airmata atas perpisahan yang ditempah ini, adik-adik PDT sanggup menahan telinga untuk mendengar nasihat terakhir dari kalian dan saya dapat melihat motivasi mereka seolah melonjak-lonjak untuk meneruskan perjuangan di sini. Seperti kata saya tempoh hari, usah kalian jadikan perpisahan tempoh hari sebagai perpisahan sebenar kerana perpisahan sebenar hanya ketika kita meninggalkan dunia fana ini, mereka masih memerlukan suntikan motivasi dari kalian agar berkuntum kejayaan dalam hidup mereka. Terima kasih Fasilitator atas sumbangan kalian untuk KMPP ini dan terima kasih kerana KMPP sentiasa di hati kalian.

Kalau ada sumur di ladang,
tempat kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita bertemu lagi
Pengarah melangkah ke dewan Al-Farabi
Pelajar bersemangat melafazkan ikrar



Fasilitator yang banyak memberi sumbangan kepada KMPP






Labels: 0 comments | edit post

PDT : SATU KAJIAN

HAri ni adalah hari terakhir MPPB bagi PDT 2009-2011, semalam saya telah membuat post moterm atas LDK yang dikendalikan oleh Fasilitator yang berpengalaman dan "berkalibar". Setiap praktikum diwajibkan untuk memaklumi saya tentang masalah PDT yang telah menyebabkan mereka gagal cemerlang dalam SPM yang lepas ( pada pandangan mereka ). Paling jelas keluarga yang tidak bahagia@penceraian merupakan perkara paling banyak memberik kesan kepada mereka.

Ini merupakan satu ujian dan dugaan buat warga pendidik yang ditugaskan sebagai pensyarah PDT. Keprihatinan kalian akan membuahkan satu kekuatan dalaman bagi mereka mengharungi hidup dan berteduh nasib di KMPP,mereka memberikan harapan yang tinggi buat kita. Saya akan membuat laporan penuh minggu hadapan buat mentor.
Labels: 0 comments | edit post

Pilihanraya JPP

Sepatutnya 13 Jun 2009 adalah pilihanraya JPP untuk melantik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk KMPP...namun setelah dibuka percalonan calon-calon hanya mencukupi kabinet JPP..Ini bermakna tiada pilihanraya akan diadakan..Mungkin inilah pandangan anak muda sekarang yang tidak melihat betapa indahnya demokrasi dan pilihanraya. Dalam hati rasanya nak push mereka ini untuk bertanding..namun berfikir juga kalau asyik push bila pelajar nak faham apa itu pilihanraya dan demokrasi.

Negara malaysia memerlukan pemuda dan pemudi yang berkepimpinan..seperti mana yang digariskan oleh anak nabi Allah Zakaria ketika memberitahu Baginda untuk mengambil Nabi Yahya iaitu kekuatan dan amanah. Kekuatan bererti ilmu kepimpinan,kemahiran dalam diri tentang sesuatu...Amanah bererti akhlak yang baik seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W.
Ilmu kepimpinan bukannya ada dalam dewan-dewan kuliah atau mana kursus di KMPP mahupun di Universiti...ianya diperolehi daripada pengalaman...bagaimana nak berpengalaman kalau kita tidak melaluinya sendiri..
Labels: 2 comments | edit post

Nasihat Anda - Saya terima

Nasihat anda kepada saya : anta perlu tukar nama blog anta...guna nama sebenar...susah nak cerita tentang urusan jemaah dan usrah...tambah-tambah anta nak bincang politik...ana cadang anta guna nama lain...yang ni guna untuk cerita tentang keluarga anta sudahlah....

bukan sikit nasihat ni aku terima..setiap kali mereka memberikan input ini aku akan berfikir...berani kerana benar....itulah pegangan aku...

Nasihat Anda lagi : kalau kena tindakan dengan buktinya blog anda ini..bukan itu pejuang yang bodoh...


betul juga tu...mesti berstrategi untuk memantapkan urusan dakwah...

aku mengambil keputusan untuk menukar blog ini kepada satu blog lain :
www.langitdakwah.blogspot.com

blog ini aku akan kekalkan untuk menjadi catatan biasa hidup aku...

Maaf kepada semua follower....moga dapat melayari blog kedua aku untuk perihal dakwah dan tarbiah

Perginya Ustaz Fathi Yakan


Aku menggunakan buka yang ditulis oleh Ustaz Fathi Yakan untuk sesi kuliah maghrib di Surau AnNur..Buku "Kenapa aku menganut agama Islam" yang sering dijadikan sebagai sumber rujukan atau teks usrah..tapi tiga 3 hari lepas aku terima sms mengatakan beliau pergi menemui maha pencipta..Al-Fatihah...

Dia pergi meninggalkan bekalan yang tidak akan terhenti untuknya...bukunya sahaja cukup untuk menunjukkan sayangnya dia kepada agama dan perjuangan..Inilah perkara yang kita lakukan yang amalannya tidak terhenti walaupun nadi kita berhenti. Moga makin ramai akan lahir sepertinya.
Labels: 0 comments | edit post

Aurat : Apa Alasan Anda?

Sepuluh Alasan Untuk Tidak Memakai Jilbab
Oleh : Dr. Huwayda Ismaeel (Diterjemahkan dari artikel berbahasa Inggris)
ALASAN I : Saya belum benar-benar yakin akan fungsi/kegunaan jilbab

Kami kemudian menanyakan
dua pertanyaan kepada saudari ini; Pertama, apakah ia benar-benar percaya dan mengakui kebenaran agama Islam? Dengan alami ia berkata, Ya, sambil kemudian mengucap Laa Ilaa ha Illallah! Yang menunjukkan ia taat pada aqidahnya dan Muhammadan rasullullah! Yang menyatakan ia taat pada syariahnya. Dengan begitu ia yakin akan Islam beserta seluruh hukumnya. Kedua, kami menanyakan; Bukankah memakai jilbab termasuk hukum dalam Islam? Apabila saudari ini jujur dan dan tulus dalam ke-Islamannya, ia akan berkata; Ya, itu adalah sebagian dari hukum Islam yang tertera di Al-Quran suci dan merupakan sunnah Rasulullah SAWW yang suci. Jadi kesimpulannya disini, apabila saudari ini percaya akan Islam dan meyakininya, mengapa ia tidak melaksanakan hukum dan perintahnya?
ALASAN II : Saya yakin akan pentingnya jilbab namun Ibu saya melarangnya, dan apabila saya melanggar ibu, saya akan masuk neraka.

Yang telah menjawab hal ini adalah ciptaan Allah Azza wa Jalla termulia, Rasulullah SAWW dalam nasihatnya yang sangat bijaksana; “Tiada kepatuhan kepada suatu ciptaan diatas kepatuhan kepada Allah SWT.” (Ahmad) Sesungguhnya, status orangtua dalam Islam, menempati posisi yang sangat tinggi dan terhormat. Dalam sebuah ayat disebutkan; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang Ibu Bapak . . “ (QS. An-Nisa:36). Kepatuhan terhadap orangtua tidak terbatas kecuali dalam satu aspek, yaitu apabila berkaitan dengan kepatuhan kepada Allah SWT. Allah berfirman; “ dan jika keduanya memaksam
u untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…(QS. Luqman : 15) Berbuat tidak patuh terhadap orangtua dalam menjalani perintah Allah SWT tidak menyebabkan kita dapat berbuat seenaknya terhadap mereka. Kita tetap harus hormat dan menyayangi mereka sepenuhnya. Allah berfirman di ayat yang sama; “dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik. Kesimpulannya, bagaimana mungkin kamu mematuhi ibumu namun melanggar Allah SWT yang menciptakan kamu dan ibumu.
ALASAN III : Posisi dan lingkungan saya tidak membolehkan saya memakai jilbab.
Saudari ini mungkin sati diantara dua tipe: dia tulus dan jujur, atau sebaliknya, ia seorang penipu yang mengatasnamakan lingkungan pekerjaannya untuk tidak memakai jilbab. Kita akan memulai dengan menjawab tipe dia adalah wanita yang tulus dan jujur. “Apakah anda tidak tidak menya
dari saudariku tersayang, bahwa wanita muslim tidak diperbolehkan untuk meninggalkan rumah tanpa menutupi auratnya dengan hijab dan adalah kewajiban bagi setiap muslim untuk mengetahuinya? Apabila engkau, saudariku, menghabiskan banyak waktu dan tenagamu untuk melakukan dan mempelajari berbagai macam hal di dunia ini, bagaimana mungkin engkau dapat sedemikian cerobohnya untuk tidak mempelajari hal-hal yang akan menyelamatkanmu dari kemarahan Allah dan kematianmu?” Bukankah Allah SWT telah berfirman; “maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui (QS An-Nahl : 43). Belajarlah untuk mengetahui hikmah menutup auratmu. Apabila kau harus keluar rumahmu, tutupilah auratmu dengan jilbab, carilah kesenangan Allah SWT daripada kesenangan syetan. Karena kejahatan dapat berawal dari pemandangan yang memabukkan dari seorang wanita. Saudariku tersayang, apabila kau benar-benar jujur dan tulus dalam menjalani sesuatu dan berusaha, kau akan menemukan ribuan tangan kebaikan siap membantumu, dan Allah SWT akan membuat segala permasalahan mudah untukmu. Bukankah Allah SWT telah berfirman; “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rizki dari arah yang tiada disangka-sangkanya..”(QS. AtTalaq :2-3). Kedudukan dan kehormatan adalah sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT. Dan tidak bergantung pada kemewahan pakaian yang kita kenakan, warna yang mencolok, dan mengikuti trend yang sedang berlaku. Kehormatan dan kedudukan lebih kepada bersikap patuh pada Allah SWT dan Rasul-Nya SAWW, dan bergantung pada hukum Allah SWT yang murni. Dengarkanlah kalimat Allah; “sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa diantara kamu..”(QS. Al-Hujurat:13).Kesimpulannya, lakukanlah sesuatu dengan mencari kesenangan dan keridhoan Allah SWT, dan berikan harga yang sedikit pada benda-benda mahal yang dapat menjerumuskanmu.

ALASAN IV : Udara di daerah saya amatlah panas dan saya tidak dapat menahannya. Bagaimana mungkin saya dapat mengatasinya apalagi jika saya memakai jilbab.
Allah SWT memberikan perumpamaan dengan mengatakan; “api neraka jahannam itu lebih lebih sangat panas(nya) jikalau mereka mengetahui..”(QS At-Taubah : 81)Bagaimana mungkin kamu dapat membandingkan panas di daerahmu dengan panas di neraka jahannam? Sesungguhnya saudariku, syetan telah mencoba membuat talli besar untuk menarikmud ari panasnya bumi ini kedalam panasnya suasana neraka. Bebaskan dirimu dari jeratannya dan cobalah untuk melihat panasnya matahari sebagai anugerah, bukan kesengsaraan. Apalagi mengingat bahwa intensitas hukuman dari Allah SWT akan jauh lebih berat dari apa yang kau rasakan sekarang di dunia fana ini. Kembalilah pada hukum Allah SWT dan berlindunglah dari hukuman-Nya, sebagaimana tercantum dalam ayat; “mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah”(QS. AN-NABA 78:24-25). Kesimpulannya, surga yang Allah SWT janjikan, penuh dengan cobaan dan ujian. Sementara jalan menuju neraka penuh dengan kesenangan, nafsu dan kenikmatan.

ALASAN V : Saya takut, bila saya memakai jilbab sekarang, di lain hari saya akan melepasnya kembali, karena saya melihat banyak sekali orang yang begitu.

Kepada saudari itu saya berkata, “apabila semua orang mengaplikasikan logika anda tersebut, mereka akan meninggalkan seluruh kewajibannya pada akhirnya nanti! Mereka akan meninggalkan shalat lima waktu karena mereka takut tidak dapat melaksanakan satu saja waktu shalat itu. Mereka akan meninggalkan puasa di bulan ramadhan, karena mereka tekut tidak dapat menunaikan satu hari ramadhan saja di bulan puasa, dan seterusnya. Tidakkah kamu melihat bagaimana syetan telah menjebakmu lagi dan memblokade petunju bagimu? Allah SWT menyukai ketaatan yang berkesinambungan walaupun hanya suatu ketaatan yang sangat kecil atau dianjurkan. Lalu bagaimana dengan sesuatu yang benar-benar diwajibkan sebagaimana kewajiban memakai jilbab? Rasulullah SAWW bersabda; “Perbuatan yang paling dicintai Allah adalah perbuatan mulia yang terus menerus, yang mungkin orang lain anggap kecil.” Mengapa kamu saudariku, tidak melihat alasan mereka yang dibuat-buat untuk menanggalkan kembali jilbab mereka dan menjauhi mereka? Mengapa tidak kau buka tabir kebenaran dan berpegang teguh padanya? Allah SWT sesungguhnya telah berfirman; “maka kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang dimasa itu, dan bagi mereka yang datang di masa kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa”(QS. AL BAQARAH 2:66) Kesimpulannya, apabila kau memgang teguh petunjuk dan merasakan manisnya keimanan, kau tidak akan meninggalkan sekali pun perintah Allah SWT setelah kau melaksanakannya.

ALASAN VI : Apabila saya memakai jilbab, maka jodohku akan sulit, jadi aku akan memakainya nanti setelah menikah.

Saudariku, suami mana pun yang lebih menyukaimu tidak memakai jilbab dan membiarkan auratmu di depan umum, berarti dia tidak mengindahkan hukum dan perintah Allah SWT dan bukanlah suami yang berharga sejak semula. Dia adalah suami yang tidak memiliki perasaan untuk melindungi dan menjaga perintah Allah SWT, dan jangan pernah berharap tipe suami seperti ini akan menolongmu menjauhi api neraka, apalagi memasuki surga Allah SWT. Sebuah rumah yang dipenuhi dengan ketidak-taatan kepada Allah SWT, akan selalu menghadapi kepedihan dan kemalangan di dunia kini dan bahkan di akhirat nanti. Allah SWT bersabda; “dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”(QS. TAHA 20:124) Pernikahan adalah sebuah pertolongan dan keberkahan dari Allah SWT kepada siapa saja yang Ia kehendaki. Berapa banyak wanita yang ternyata menikah sementara mereka yang tidak memakai jilbab tidak?
Apabila kau, saudariku tersayang, mengatakan bahwa ketidak-tertutupanmu kini adalah suatu jalan menuju sesuatu yang murni, asli, yaitu pernikahan. Tidak ada ketertutupan. Saudariku, suatu tujuan yang murni, tidak akan tercapai melalui jalan yang tidak murni dan kotor dalam Islam. Apabila tujuannya bersih dan murni, serta terhormat, maka jalan menuju kesana pastilah harus dicapai dengan bersih dan murni pula. Dalam syariat Islam kita menyebutnya : Alat atau jalan untuk mencapai sesuatu, tergantung dari peraturan yang ada untuk mencapai tujuan tersebut. Kesimpulannya, tidak ada keberkahan dari suatu perkawinan yang didasari oleh dosa dan kebodohan.

ALASAN VII : Saya tidak memakai jilbab berdasarkan perkataan Allah SWT : “dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)”(QS.Ad-Dhuhaa 93: 11). Bagaimana mungkin saya menutupi anugerah Allah berupa kulit mulus dan rambutku yang indah?

Jadi saudari kita ini mengacu pada Kitab Allah selama itu mendukung kepentingannya dan pemahamannya sendiri ! ia meninggalkan tafsir sesungguhnya dibelakang ayat itu apabila hal itu tidak menyenangkannya. Apabila yang saya katakan ini salah, mengapa saudari kita ini tidak mengikuti ayat : “janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang nampak daripadanya”(QS An-Nur 24: 31] dan sabda Allah SWT: “katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin; hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya..” (QS Al-Ahzab 33:59). Dengan pernyataan darimu itu, saudariku, engkau telah membuat syariah sendiri bagi dirimu, yang sesungguhnya telah dilarang oleh Allah SWT, yang disebut at-tabarruj dan as-sufoor. Berkah terbesar dari Allah SWT bagi kita adalah iman dan hidayah, yang diantaranya adalah menggunakan hijab. Mengapa kamu tidak mempelajari dan menelaah anugerah terbesar bagimu ini? Kesimpulannya, apakah ada anugerah dan pertolongan terhadap wanita yang lebih besar daripada petunjuk dan hijab?


ALASAN VIII : Saya tahu bahwa jilbab adalah kewajiban, tapi saya akan memakainya bila saya sudah merasa terpanggil dan diberi petunjuk oleh-Nya.

Saya bertanya kepada saudariku ini, rencana atau langkah apa yang ia lakukan selama menunggu hidayah, petunjuk dari Allah SWT seperti yang dia katakan? Kita mengetahui bahwa Allah SWT dalam kalimat-kalimat bijak-Nya menciptakan sebab atau cara untuk segala sesuatu. Itulah mengapa orang yang sakit menelan sebutir obat untuk menjadi sehat, dan sebagainya. Apakah saudariku ini telah dengan seluruh keseriusan dan usahanya mencari petunjuk sesungguhnya dengan segala ketulusannya, berdoa, sebagaimana dalam surah Al-Fatihah 1:6 “Tunjukilah kami jalan yang lurus” serta berkumpul mencari pengetahuan kepada muslimah-muslimah lain yang lebih taat dan yang menurutnya telah diberi petunjuk dengan menggunakan jilbab? Kesimpulannya, apabila saudariku ini benar-benar serius dalam mencari atau pun menunggu petunjuk dari Allah SWT, dia pastilah akan melakukan jalan-jalan menuju pencariannya itu.

ALASAN IX : Belum waktunya bagi saya. Saya masih terlalu muda untuk memakainya. Saya pasti akan memakainya nanti seiring dengan penambahan umur dan setelah saya pergi haji.


Malaikat kematian, saudariku, mengunjungi dan menunggu di pintumu kapan saja Allah SWT berkehendak. Sayangnya, saudariku, kematian tidak mendiskriminasi antara tua dan muda dan ia mungkin saja datang disaat kau masih dalam keadaan penuh dosa dan ketidaksiapan Allah SWT bersabda; “tiap umat mepunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya” (QS Al-An’aam 7:34] saudariku tersayang, kau harus berlomba-lomba dalam kepatuhan pada Allah SWT; “berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumu..”(QS Al-Hadid 57:21) saudariku, jangan melupakan Allah SWT atau Ia akan melupakanmu di dunia ini dan selanjutnya. Kau melupakan jiwamu sendiri dengan tidak memenuhi hak jiwamu untuk mematuhi-Nya. Allah mengatakan tentang orang-orang yang munafik, “dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri” (QS Al-Hashr 59: 19) saudariku, memakai jilbab di usiamu yang muda, akan memudahkanmu. Karena Allah SWT akan menanyakanmu akan waktu yang kau habiskan semasa mudamu, dan setiap waktu dalam hidupmu di hari pembalasan nanti.Kesimpulannya, berhentilah menetapkan kegiatanmu dimasa datang, karena tidak seorang pun yang dapat menjamin kehidupannya hingga esok hari.

ALASAN X : Saya takut, bila saya memakai jilbab, saya akan di-cap dan digolongkan dalam kelompok tertentu! Saya benci pengelompokan!

Saudariku, hanya ada dua kelompok dalam Islam. Dan keduanya disebutkan dalam Kitabullah. Kelompok pertama adalah kelompok / tentara Allah (Hizbullah) yang diberikan pada mereka kemenangan, karena kepatuhan mereka. Dan kelompok kedua adalah kelompok syetan yang terkutuk (hizbush-shaitan) yang selalu melanggar Allah SWT. Apabila kau, saudariku, memegang teguh perintah Allah SWT, dan ternyata disekelilingmu adalah saudara-saudaramu yang memakai jilbab, kau tetap akan dimasukkan dalam kelompok Allah SWT. Namun apabila kau memperindah nafsu dan egomu, kau akan mengendarai kendaraan Syetan, seburuk-buruknya teman.


KESIMPULAN
Tubuhmu, dipertontonkan di pasar para syetan dan merayu hati para pria. Model rambut, pakaian ketat yang mempertontonkan setiap detail tubuhmu, pakaian-pakaian pendek yang menunjukkan keindahan kakimu, dan semua yang dapat membangkitkan amarah Allah SWT dan menyenangkan syetan. Setiap waktumu yang kau habiskan dalam kondisi ini, akan terus semakin menjauhkanmu dari Allah SWT dan semakin membawamu lebih dekat pada syetan. Setiap waktu kutukan dan kemarahan menuju kepadamu dari surga hingga kau bertaubat. Setiap hari membawamu semakin dekat kepada kematian. “tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain dari kesenangan yang memperdayakan”(QS Ali ‘Imran 3:185). Naikilah kereta untuk mengejar ketinggalan, saudariku, sebelum kereta itu melewati stasiunmu. Renungkan secara mendalam, saudariku, apa yang terjadi hari ini sebelum esok datang. Pikirkan tentang hal ini, saudariku, sekarang, sebelum semuanya terlambat !
Labels: 0 comments | edit post

Lelaki Pilihan Allah




Lelaki Pilihan Allah,
ialah lelaki yang beriman,
Yang hatinya bersalut rasa takqwa,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam ,
Yang sentiasa dahagakan ilmu,
Yang haus akan pahala,

Di mana solat adalah maruah dirinya,
yang tidak pernah takut berkata benar,
yang tidak gentar melawan nafsu
yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan ALlah,


Lelaki Pilihan Allah ,
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
yang tidak megah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tidak angkuh dengan harta yang dicarinya,
yang sentiasa membuat kebajikan kerana hatinya yang penyayang.

Lelaki pilihan Allah..
Sentiasa sedia untuk menjadi imam,
yang masjid dijadikan rumahnya
Yang hidup dibawah naugan Al-Quran
serta sentiasa mencontohi Rasulullah,
yang boleh dibawa berbicang dan berbicara,
yang menjaga matnya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran


Lelaki Pilihan Allah...
Adalah lelaki yang tidak pernah membazir masa,
matanya penat kerana membaca,
suaranya lesu kerana berzikir dan mengingati Allah,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunya pada subuh dengan penuh kecerdasan,
usia bertambah selari dengan kematangan,


Lelaki pilihan Allah,
sentiasa mengingati mati,
yang baginya dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian ,

Lelaki pilihan Allah...
adalah yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana mengimpikan syurga
dan merindui redha Illahi
kerana itulah matlamat akhirnya.....

( Ya Allah...jadikan aku lelaki pilihan MU )
Labels: 0 comments | edit post