Tazkirah Ramadhan 2 : Mengikut perasaan atau iman

Dalam melaksanakan segala hukum atau perintah Allah , kekuatan dan momentum iman yang akan mengerakkan segala anggota badan agar mematuhi dan mengikutinya. Tidak hairanlah ramai di kalangan kita tidak dapat melakukannya kerana tidak ada momentum iman yang mengarahkan anggota badan melakukan.

Semalam, saya sempat berbicara dengan seorang senior sewaktu membantu beliau dengan tugasan… dia memberikan satu contoh bahawa keyakinan iman yang ada dalam tubuh badan kita amat berbeza dengan perasaan..sambil dia berseloroh " Kenapa kalau kita kentut kena ambil sembahyang?" kenapa kita tak basuh tempat keluar kentut aje?" dia menambah lagi " itulah beza antara perasaan dan keyakinan iman..kalau ikutkan perasaan mestilah di situ kita akan basuh sebab muka dan seluruh anggota wuduk yang lain tidak terlibat dengan " kentut"…. Tetapi keyakinan imanlah yang menyebabkan kita mengambil wudhuk semula tanpa pernah mempersoalnya." . Amat tertarik saya dengan Hujahnya, Kalau ikut perasaan sudah pasti wanita akan memberikan alasan panas,rambut akan kusut, sakit kepala dan pelbagai alasan lagi apabila diminta untuk bertudung,tetapi apabila kita mempunyai momentum iman, itu semua hanyalah satu dugaan.

Dalam Ramadhan ini, marilah kita membina sebanyak mungkin momentum agar diwaktu lain momentum ini akan mengerakkan seluruh anggota untuk mentaati Allah…


 

Pongsu Seribu

11.35 AM

Labels: 0 comments | edit post

Tazkirah Ramadhan 1 :Pelajarku ...Kalianlah Pewaris Kepimpinan Negara

Ketika ini dunia semakin ketandusan kepimpinan yang melafazkan ketaatan secara ikhlas dan sempurna kepada Rabbul Jalil hinggakan dunia semakin lari dari landasan petunjuk darinya. Ramadhan ini merupakan satu " universiti " iman dan taqwa yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bersifat membina kerapatan dengan Allah dan mencipta akhlak dan peribadi dari acuan agama, maka pelajarku...seruanku kepada kalian jadilah ramadhan kali ini sebagai permulaan untuk kalian membina segala komponen akhlak,sikap dan peribadi seperti yang digariskan oleh Allah agar ia akan menjadi bunga yang sentiasa menguntum dan mewangi dalam hidup kalian.

Lihatlah dunia sekarang, pemimpin semakin lari dari landasan agama...waktu saya membaca kisah seorang pemimpin Islam dari Republik Islam Iran iaitu Ahmedi Neejad daripada buku yang dihadiahkan seorang sahabat kepada saya, maka saya mula memuhasabah diri saya dan melihat pemimpin kita sekarang. Entah berapa ramai yang ikut acuan agama dalam memimpin?? Agak kurang nampaknya, mereka mewah dengan harta rakyat dan merompak segalanya. Bagaimana islam mahu memimpin sekiranya pemimpin islam sedemikian rupa? Lihat di bumi Haramain, pemimpin yang didalamnya 2 tanah haram juga menjadi pemimpin yang mewah.

Pelajarku...mulakan langkah hari ini, semoga kalian bakal memimpin Negara dengan ijazah akhlak dari university ramadhan. Andai kalian tidak sebagai pemimpin,maka kalian mesti berkerja dengan garisan Islam...kalian jadilah jurutera yang patuh agama jangan hingga roboh bumbung stadium angkara manusia tidak beramanah, andai kalian seorang Doktor, nasihatlah pesakit anda dengan nasihat agama dan janganlah hanya pentingkankan kekayaan sahaja.


 

Chemor
12.16 PM

Labels: 0 comments | edit post

Gamitan Ramadhan

Selamat datang Ramadhan…kedatanganmu memanglah dinanti-nanti oleh umat islam yang bertaqwa…kerana di bulan ini umpama pesta ibadah waktu untuk mengumpul sebanyak mana bonus yang diberikan oleh Rabbul-Jalil. Ramadhan kali ini dipenuhi dengan pelbagai dugaan seperti H1N1,pilihanraya Permatang Pasir,Exco Kedah keluar parti,ekonomi yang tidak stabil dan kesihatan , dugaan ini menguji ibadah kita.


 

Bukannya post ini untuk membincangkan dugaan tersebut tetapi ingin memaksa pembaca untuk membuat penilaian kepada kehidupan kita. Puasa merupakan menahan diri daripada melakukan perkara yang dibenarkan oleh Allah pada bulan yang lain seperti makan,minum,bersama isteri/suami dan banyak lagi…kalaulah yang halal pun diminta untuk kita menahannya…sudah pasti yang haram dijauh langsung dari kita. Cuba kita lihat dari luaran kita – adakah pakaian kita memenuhi suruhan agama untuk menutupnya….bukan waktu Ramadhan sahaja kita menitikberat perkara tersebut. Jangan pula kita jadi pelancong dari Jepun yang dipaksa untuk memakai selendang kepala oleh kerana ingin melawat masjid Putrajaya…jangan hanya waktu sembahyang sahaja kita menutup aurat tetapi waktu lain kita lupa akannya. Jangan hanya waktu berada di Masjid sahaja islam itu wujud atau hanya waktu solat sahaja kita kenal apa itu islam. Jangan hanya Ramdhan sahaja kita menjadi islam sedangkan 11 bulan yang lain islam itu disimpan. Harapannya ramadhan kali ini menjadi kekuatan kepada kita untuk berubah kepada yang lebih baik.


 

"Islam sentiasa di hati selagi kita bernyawa bukan diwaktu dan tempat tertentu"

Labels: 0 comments | edit post

Berbicara dengan Anak


Seperti lagu Halim Yazid yang mengisahkan perihal anak-anak yang sering bertanya kepada tentang pelbagai hal.
" Anak Hambo tanyo nak buat ghapo peti sejuk?" hambo groyak kat dio tok seh buwi ike busok"

Ini baru tanya perihal barangan atau alatan belum lagi bertanya tentang aqidah dan tauhid...mesti susah untuk kita menjawabnya.

Sabtu yang lepas, saya melihat astro 611- ceria ruangan Abg Kush bercerita..dalam ruangan tersebut Kush bercerita tentang malaikat. Anak saya , Najihah bertanya kepada saya " Abah..kenapa kita tak boleh tengok malaikat?" puas juga saya memikirkan jawapannya...saya menjawab " malaikat dibuat dari cahaya...jadi kita tak leh nampak" ..( betulkah jawapan ni) Najihah angguk dan menambah lagi dengan nada dia " ohh.. Malaikat ni macam Allah kan abah...kita tak boleh tengok Allah, tapi Allah boleh tengok kita". Terkejut juga dengan jawapan dia, mungkin ummi ada mengajar tentang perihal ini kepadanya dan dia mengaitkan dengan usul malaikat ni.

Ketika dalam perjalanan pulang ke KMPP, dalam kereta Najihah bertanya lagi, kali ni Qada' dan Qadar selepas dia mendengar nasyid "rukun Iman" dari cd yang disukainya. Kali ni , saya terdiam dan kelu nak menjawabnya...nasib baik ummi beri jawapan " Najihah ada tok wan tak?tok wan Shahar dan tok wan Mokhtar pi mana?Mati tu antara qada' dan qadar Allahlah. Tak pasti Najihah faham atau tidak dia terus menangis, katanya teringat tok wan. Ummi minta dia bacakan fatihah untuk disedekahkan kepada Arwah, Najihah teruskan persoalan " kalau dah baca doa, tokwan mai balik ker?" Ummi jawab " kita jumpalah kat syurga tetapi kita kena jadi orang baik dulu"

Mungkin inilah cabaran kita dalam mendidik anak-anak..Ia bergantung kepada jawapan kita kepada mereka.

Al-Fatihah Buat Ustaz ASRI RABBANI

Pergi Tak Kembali

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


 

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


 


 

Rasa sedih pemergian seorang yang berdakwah dengan hiburan….baru 3 hari lepas arwah memberi nasihat agar artis perlu menjaga solat untuk ia menjaga diri.

Panggilan Dari Pelajar





Dalam perjalanan ke Hospital untuk bersama dengan ummi, saya menerima satu panggilan dari seorang bekas pelajar. Bekas pelajar PDT yang kini belajar di UMK ( Alhamdulillah....saya agak rapat dengan pelajar PDT). Secara ringkasnya...perbualan berkisar tentang keadaan KMPP dan UMK namun dihujung talian pelajar tersebut bertanya tentang baju t-shirt labuh yang pernah AJK surau jual....dia maklumkan nak pakai baju tersebut.

T-shirt ini makin popular nampaknya, alhamdulillah semakin tinggi rasa keinginan untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Waktu saya menjual baju tersebut saya hanya ambil untung RM2 sehelai baju kerana bagi saya ianya adalah fardhu kifayah...menyedarkan para muslimah bahawa inilah baju yang menjaga auratmu...dan kepada pelajar tersebut,teruskan usaha anda untuk bertekad memelihara aurat. Minggu depan saya akan usahakan baju t-shirt muslimah tu diambil dari kilang untuk dipasarkan .

.
Labels: 0 comments | edit post

Dugaan Buat ku dan Ummi


Sekali lagi satu dugaan yang melanda hidup saya dalam melayari bahtera indah perkahwinan. Pada hari ahad yang lalu, saya terpaksa membawa ummi ke Hospital Pantai kerana suhu badan yang tinggi. Denagn tanda-tanda H1N1 maka langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelak berlakunya penyebaran. Ummi terpaksa memakai facemask walaupun berada di rumah.
Semalam pagi suhu ummi mencecah 39.5 teruk juga....saya bergegas bawa ummi ke Hospital; memandangkan saya yakin hospital kerajaan mengambil masa yang lama dan sudah pasti layanan yang diberikan agak kurang baik lantaran tanggungjawab yang berat mereka tanggung,saya membawa ummi ke hospital pakar. Ummi tidak ditanggung oleh insurans memandangkan ummi hanya mengambil insurans Takaful Sihat dan Keluarga...tapi apa sangatlah duit berbanding kesihatan insan yang dikasihi (moral : Silalah ambil insurans perubatan seperti Pre-med )

Abang sentiasa doakan ummi cepat sembuh...

Dalam 3 hari ummi sakit, sayalah tangan kanan ummi untuk menjaga anak-anak...penat dan letih,namun ia baru sedikit berbanding pengorbanan seorang ibu yang mengandung dan melahirkan mereka. Dalam kereta sewaktu pulang dari nurseri, saya memberitahu Najihah yang ummi sakit dan ummi kena tidur di hospital...Najihah nampak macam faham lalu puteri sulongku ini melafazkan " Ya Allah ya Tuhanku...baikkan ummiku, ku sayang ummiku"...sebak juga hati saya....Inilah kali pertama putera bongsuku ( setakat ini ) berjauhan dengan ummi..harapnya ummi cepat sembuh untuk kita sama-sama sambut Ramadhan bersama-sama...

Ya Allah....sembuhkan ummi agar dia mampu untuk membantu agamamu

Jawapan menarik

Saya menerima email dari seorang sahabat lama yang sekarang mengajar di UPSI sebagai pensyarah...saya amat tertarik dan ingin berkongsi dengan semua../


Ini kisah benar...

Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?" Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik,saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Labels: 0 comments | edit post

Islam Pengganas???

Semalam berita mengatakan pihak berkuasa indonesia telah membunuh seorang suspek pengganas Nordin Mat Top. Saya terkenangkan perbualan saya bersama beberapa orang rakan berkaitan dengan Nordin Mat Top, perbualan itu bermula dengan pujian daripada rakan saya kepada Nordin atas pengeboman bom tersebut. Saya terus memberikan pandangan saya " nabi suruh kita buat macam tu ke?". Seingat saya dalam peperang sekalipun orang awam,kanak-kanak, orang tua mahupun haiwan tidak boleh disentuh, adakah kita membenarkan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh Nabi? dia menambah lagi " bagaimana dengan palestine?"....anda tertipu dengan perasaan anda...palestin jauh berbeza daripada ini...israel dalam diri mereka sentiasa membenci Islam malah rahim yang berada dalam kandungan wanita mereka adalah anak yang bakal membunuh umat islam...bagiamana kita tahu? lihatlah sejarah...

Adakah benar islam itu pengganas? jawapannya tidak kerana aslim taslim....islam itu selamat....umat islam yang tidak memahami islam secara mendalam akan menggunakan hujah yang salah dalam menghalalkan cara mereka..

"ini adalah pemikiran saya bukan satu fatwa"
Labels: 0 comments | edit post

H1N1-GEMPUR KAMPUS

Saya ditugaskan untuk mengetuai AJK bertindak H1N1 bagi KMPP..Seminggu ni banyak yang berlaku dalam sejarah KMPP. Bermula dari 3 Ogos 2009- bilangan pelajar yang mempunyai tanda-tanda H1N1 semakin bertambah dan tiap-tiap hari pelajar ini akan dikuarantinkan.

Kita kuarantin makhluk bernyawa, memang susah kerana kebanyakkan mereka tidak mempunyai kesedaran sivik sebagai warganegara yang baik. Semalam saya mendapatkan maklumat dari bilik gerakan H1N1 di sini mengenai ujian darah pelajarKMPP,dukacita sebenarnya apabila satu daripada sampel tersebut telah dikenalpasti positif, 2 belum diketahui. Kita boleh mengangarkan 30 peratus yang lain juga menjangkitinya.

Semalam mesyuarat tergempar felo bersama pengarah tamat jam 1.30 pagi telah membuat ketetapan :
1. pelajar yang mempunyai tanda H1N1 diarahkan pulang ke rumah masing-masing dengan waris masing-masing.
2. Sekiranya waris tidak berkesempatan untuk ambil, kmpp akan hantar mereka.
3. Peralatan kebersihan untuk felo ditambah.


hari ini gempur kolej untuk memaksa pelajar ini balik ke rumah.
Labels: 1 comments | edit post

H1N1 - SATU DUGAAN AQIDAH

Salam Ukhwah buat semua ......

Agak lama tidak berkesempatan untuk post baru untuk blog ini. Kesibukan berkursus dan berjuang menyebabkan masa untuk saya mencoretkan sedikit artikel tidak tercapai.

Minggu ini adalah dugaan bagi seluruh warga matrikulasi disebabkan H1N1 yang semakin parah. Sebagai orang yang bertanggungjawab hal ehwal pelajar,saya mengambil langkah bersama rakan-rakan felo untuk membuat saringan suhu badan pada hari ahad yang lalu.









persoalannya mengapa kita begitu bimbang dengan H1N1? sudah pasti kegerunan kita timbul lantaran virus "maut" yang mudah untuk dijangkiti. Mungkin kerana H1N1 membawa maut maka kita terus berusaha untuk memastikan kita dan keluarga tidak dijangkiti virus ini. Usaha itu diperintah agama cumanya kita bimbang kita takutkan wabak ini sehingga lupa kepada yang mencipta wabak tersebut. Tak mustahil jugak semua aktiviti tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang H1N1 tetapi mereka ini tidak bimbang dengan suruhan Allah...hairan makhluk ( wabak) itu yang ditakuti sedangkan khaliq ( Allah ) dilupai....
Labels: 0 comments | edit post