Peringatan daripada ALLAH

Sudah lama blog ini tidak diupdate...


 

Tanggal 17 Febuari 2010, merupakan satu tarikh kedukaan bagi saya dan keluarga kerana pada tarikh tersebut, kekanda sulongku memulakan perjalanan menuju Illahi...meninggalkan alam dunia menuju alam akhirat yang kekal abadi. Peristiwa yang amat mengejutkan kami sekeluarga. Abang saya pergi dalam keadaan yang mengejut, meninggal akibat serangan jantung setelah bermain futsal bersama pelajar didikannya di Politeknik.Saya tak mau menulis cerita sedih sepanjang peristiwa tersebut tetapi saya lebih suka melihat ibrahnya..

Abang pergi dalam keadaan yang senyum yang amat luarbiasa sehingga ketika saya melihat jenazah arwah,terfikir dalam hati " seolah sedang tidur aje ni". Alangkah bahagianya melihat muka arwah dan suasana ketika itu, seolah-olah memberikan khabar "inilah hambaku, sedang gembira menujuku".Saya akui abang Mi sentiasa tahajud di kala malam dan berjuang di bawah cerahan mentari, dan beliau sentiasa menjadi sumber inspirasi saya dalam mencari redha ILlahi. ( kisah perjalanan hidup beliau boleh dibaca melalui blog http://ilasyahid.blogspot.com/, http://misabah.blogspot.com/2010/02/jazmi-zuhri-b-syahar-mursyid-bekas-exco.html, http://puterisenja.blogspot.com/2009/07/reda.html.. dan lain2)


 

Namun pemergian Abang Mi banyak membawa ibrah kepada saya...

  1. Sentiasa bersedia untuk dijemput Allah dengan amalan dan akhlak mulia
  2. Jangan bertangguh dalam mengerjakan kebaikkan
  3. Mencari keredhaan illahi dengan bersungguh2.


 


 

Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah SAW " cukuplah bagimu kematian sebagai peringatan"..

Harapnya saya dapat istiqamah dengan perubahan ini.

Road To Allah


Indahnya perjalanan menuju Allah andai ianya dipenuhi dengan sesuatu yang membawa kepada kebaikan. Setelah lama tiada post baru, saya memilih untuk berbicara tentang perjalanan yang kita lalui sekarang. Destinasi kita sudah pasti akhirat dan dikurniakan syurga yang kekal abadi. Persoalannya adakah kita semakin hampir dengan destinasi kita atau adakah kita masih berada dalam jalan yang lurus dan benar? Setiap kali kita berada dalam perjalanan kita dibekalkan GPS yang menunjukkan jalan yang benar, GPS tersebut adalah AL-QURAN , ASSUNNAH dan ULAMA..dengan berpandukannya manusia akan terus berada jalan yang benar dan andai tergelincir sedikit..sudah pasti akan ditegurnya.

Dalam mencari kekuatan untuk tabah dalam perjalanan ini, sahabat/keluargalah yang menguatkannya..andai sahabat kita sahabat yang membawa kepada kebaikkan maka baiklah kita, dan andai keluarga kita mendorong kepada agama maka beragamalah kita hendaknya.
Oleh kerana itu pemilihan sahabat dan teman hidup mestilah berhati-hati kerana kesannya pada kehidupan kita kelak. Di KMPP, banyak berlakunya keadaan pelajar cemerlang gugur lantaran bersahabat dengan sahabat "perosak", malah lebih buruk mereka dirosakkan oleh perosak. Jesteru pilihlah sahabat yang baik seperti pepatah arab " bersahabatlah dengan penjual minyak wangi, walaupun kamu tidak membelinya atau dia memberikan kepadamu, namun wanginya tetap melekat di bajumu...janganlah bersahabat dengan tukang besi,walau bajumu tidak terbakar oleh percikkan api, bajumu akan berbau asap." pilihlah sahabat pelajarku

Tahniah KMPP

Salam Aidiladha buat semua...

Dua hari sebelum hari raya aidiladha, semua warga matrikulasi menerima keputusan peperiksaan PSPM 1...Tahniah kepada KMPP kerana masih mengekalkan ranking teramai memperolehi PNGS 4.0....Bukan mudah untuk meletakkan nama KMPP kekal di atas...pelbagai pihak memainkan peranannya...daripada pelajar,pensyarah dan pengurusan,tidak dilupa jugak warga KMPP yang lain.

hanya 17 orang sahaja yang terpaksa meninggalkan program ini kerana berstatuskan GAGAL KELUAR, dan 10 daripadanya adalah pelajar yang meminta untuk GK. Tidak menghadiri kuliah/tutoran/amali serta tidak mencari keberkatan ilmu dari pensyarah. Malah ada dikalangan mereka menulis sms ringkas dengan pelbagai alasan untuk pensyarah apabila tidak hadir yang pastinya itu adalah penipuan yang membawa kepada ketidakberkat kehidupan mereka.

Yang berjaya bukan hanya dengan belajar bersungguh-sungguh tetapi ada nilai KEBERKATAN dalam ilmu mereka. Jangan kita kata kejayaan yang diperolehi kerana kita usaha yang bersungguh-sungguh sahaja,tetapi faktor-faktor lain seperti keberkatan ilmu,doa daripada ibubapa dan guru,hubungan dengan rabbuljalil dan banyak lagi.

Bravo KMPP...

KEM KEPIMPINAN PELAJAR KMPP




Kursus Kepimpinan Pelajar KMPP baru sahaja selesai, kursus yang berobjektifkan melahirkan kepimpinan gemilang sepatutnya berlangsung pada semester 1 telah diadakan di Putra Brasmana Hotel. Sepanjang kursus semua pemimpin pelajar di didedahkan dengan kemahiran seperti mengurus majlis,pengucapan umum,protokol, adat seorang pemimpin dan mengurus kertas kerja projek. Saya telah berkongsi pengalaman dengan mereka dari aspek kepimpinan, iaitu dari aspek akademik,sahsiah,teknik berfikir dan mengawal emosi.
Di akhir kursus, pelajar diberi tugasan untuk melaksanakan majlis penutup bengkel kepimpinan tersebut. Nampaknya mereka berjaya melaksanakan dengan 90 peratus sempurna, dan ini bermakna usaha para fasilitator membuahkan hasil....
inilah "pemimpin segera" yang diperlukan oleh negara







KEMBALI BERGELAR PENDIDIK

Minggu ini, saya kembali ke kelas untuk mencurah bakti kepada pelajar setelah satu semester berehat di dalam bilik mesyuarat dan hal-hal pengurusan pelajar. Agak sukar juga untuk mengajar semula dengan lidah yang sudah lama tidak diasah untuk berbahasa "english",namun bagi saya gelodak nafsu mengajar ini lebih tinggi hingga menenggelamkan segala rasa tidak selesa tersebut.

Walaupun baru dua praktikum saya masuk untuk minggu ni, satu cabaran bagi saya adalah mengubah pakaian dari seorang PPHEP yang tegas dengan displin kepada seorang pensyarah yang mampu untuk menarik perhatian pelajar untuk mereka mudah menerima P&P saya. Masuk sahaja ke kelas mereka merasakan satu makhluk ganas sedang bergerak masuk ke kelas mereka ( lawak rasanya) itulah hakikatnya....saya merencanakan satu sessi "ice breaking" dengan pelajar sebagai salam perkenalan dengan mereka...mereka dibekalkan coklat " Kisses" Langkawi waktu sessi ice breaking. Bagi saya PPHEP mempunyai cabaran yang besar...mendisplinkan pelajar bererti membentuk sahsiah pelajar supaya selari dengan agama...sedangkan tahun demi tahun pelajar makin sukar untuk dibentuk...kalau kita marah kitalah yang sakit ...naik darah tapi kalau tidak begitu mereka bersikap agar sukar dikawal. Sebagai pensyarah lebih senang kerana membentuk kefahaman kepada sesuatu subjek boleh melalui approach yang pelbagai. Membina kefahaman pelajaran lebih mudah berbanding membina kefahaman akhlak dan agama...itu pandangan sayalah....
Ya Allah, berikan kekuatan untuk menjadi pendidik yang berdidikasi dan berinovasi dalam membentuk kefahaman pelajar....Ya Allah berikan ketabahan dalam mendidik dan membentuk akhlak mereka seperti akhlak para ulama.......

Sambutan Aidilfitri KMPP

Perkara : Sambutan Aidilfitri dengan tema "Satu Malaysia "
Bertempat di dataran KMPP


selamat datang tuan...

Jom makan .....

depan khemah terbuka " Anjung Harmoni" khemah 4 untuk staf

Inilah konsep satu malaysia..

petugas belakang tabir

Mencari Biah yang hilang

Ketika dalam kesibukan pelajar-pelajar mutalaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, saya melihat suasana kolej semakin memeningkan. Saya cuma inginkan satu suasana yang aman dari maksiat dan tenang dari penderhakaan kepada Allah. Mengimbas kembali saat mereka mula menjejak kaki ke bumi KMPP, kami sepakat untuk memaku mereka dengan tazkirah, ceramah malah amaran atas tindakan membelakangkan syariah Illahi dengan harapan paku itu terbenam dilubuk hati dan di muara pemikiran agar tidak terdetik untuk melakukannya.

Dalam kesibukkan pelajar lain, saya terpaksa menguruskan 3 pasangan pelajar yang akan kehadapan tindak tanduk mereka. Saya muhasabah tindakan dari aspek pencegahan dan penegasan, adakah saya telah menjalankan tanggungjawab ini sepenuhnya? Suasana KMPP yang tidak menggambarkan biah solehah puncanya. Saya tidak mampu untuk marah dan tegur pelajar yang sedang berdua,pergaulan bebas atau berpakaian sesuka hati 24 jam...tapi setiap kali saya melakukan demikian , saya akan dituduh pertualang cinta mereka, manusia berfikiran ortodok dan sebagainya. saya tak kisah kerana bukan keredhaan mereka yang saya cari tapi keredhaan Illahi. Dalam lubuk hati saya, saya betul-betul inginkan satu biah solehah terbentuk di bumi kmpp ini agar pelajarnya juga akan diserapi dengan wangian dari biah solehah ini. Untuk mewujudkan suasana itu, semua pihak kena bertindak dan berusaha untuk membentuknya. From over to top, perlu sehati sejiwa dalam proses ini, jangan hanya seorang dua yang bertindak yang lain menyerahkan kepadanya tanpa memberi sumbangan untuk itu. Saya sentiasa berdoa agar biah solehah boleh wujud di bumi ini.

Mengapa ketika percintaan kepada berlawanan jantina, menyebabkan sirnanya cinta kepada pencipta perasaan cinta itu, mengapa cinta yang lestari menjadi kotor dan hina kerana penderhakaan kepada Rab? Mereka lupa dengan ibubapa hingga mereka menangis ketika saya maklumkan untuk memberitakan perihal mereka kepada ibubapa, kata mereka si ayah sakit jantung...si ibu darah tinggi dah sebagainya...kenapa tidak terlintas ketika mereka melakukannya. Itulah dunia percintaan ...kerana cinta ciptaan yang membutakan mata dari melihat keburukannya.
Labels: , 0 comments | edit post