KEMBALI BERGELAR PENDIDIK

Minggu ini, saya kembali ke kelas untuk mencurah bakti kepada pelajar setelah satu semester berehat di dalam bilik mesyuarat dan hal-hal pengurusan pelajar. Agak sukar juga untuk mengajar semula dengan lidah yang sudah lama tidak diasah untuk berbahasa "english",namun bagi saya gelodak nafsu mengajar ini lebih tinggi hingga menenggelamkan segala rasa tidak selesa tersebut.

Walaupun baru dua praktikum saya masuk untuk minggu ni, satu cabaran bagi saya adalah mengubah pakaian dari seorang PPHEP yang tegas dengan displin kepada seorang pensyarah yang mampu untuk menarik perhatian pelajar untuk mereka mudah menerima P&P saya. Masuk sahaja ke kelas mereka merasakan satu makhluk ganas sedang bergerak masuk ke kelas mereka ( lawak rasanya) itulah hakikatnya....saya merencanakan satu sessi "ice breaking" dengan pelajar sebagai salam perkenalan dengan mereka...mereka dibekalkan coklat " Kisses" Langkawi waktu sessi ice breaking. Bagi saya PPHEP mempunyai cabaran yang besar...mendisplinkan pelajar bererti membentuk sahsiah pelajar supaya selari dengan agama...sedangkan tahun demi tahun pelajar makin sukar untuk dibentuk...kalau kita marah kitalah yang sakit ...naik darah tapi kalau tidak begitu mereka bersikap agar sukar dikawal. Sebagai pensyarah lebih senang kerana membentuk kefahaman kepada sesuatu subjek boleh melalui approach yang pelbagai. Membina kefahaman pelajaran lebih mudah berbanding membina kefahaman akhlak dan agama...itu pandangan sayalah....
Ya Allah, berikan kekuatan untuk menjadi pendidik yang berdidikasi dan berinovasi dalam membentuk kefahaman pelajar....Ya Allah berikan ketabahan dalam mendidik dan membentuk akhlak mereka seperti akhlak para ulama.......
4 Responses
  1. asrar_qalbi Says:

    insyaAllah..uncle akan jd bukan setakat pengajar,namun pendidik anak bangsa..
    PPHEP juga satu kelebihan dalam mendalami jiwa pelajar..

    selamat berjaya uncle..


  2. cahaya mata Says:

    alhamdulillah..tercapai jua hasrat seorang pendidik... moga Allah terus memberkati dan mempermudahkan segala urusan lecturer kesayanganku... amin... insyaAllah... Selamat Berjuang,Guruku.... =)


  3. Saffuan Says:

    apa2 saya suka tugas sebagai pendidik... terima kasih buat semua guru. segala penat leh dicurahkan untuk mengisi kami dengan ilmu...


  4. NURUL AIN Says:

    alhamdulillah,...gembira mendengar berita gembira tersebut...
    selamat berjuang buat uncle...=)