Apabila Kenangan Berbicara

Salam kepada kenangan,

Semalam kenangan perjuangan mula dimainkan dalam otak dan hati aku,
teringat kawan-kawan yang sama fikrah bergerak dalam satu tanzim haraki
kenangan ini membayangkan satu kekuatan dalam diri
bicara kenangan ini membuahkan rasa kecintaan kepada perjuangan


Semalam juga kenangan usrah/tanzim yang aku dipertanggungjawabkan...
Ismi yang tercinta yang mengajar aku bagaimana untuk membina diri
dalam banyak-banyak kenangan ismi paling aku teringat G5 dan G8...
kenapa ye? bukan aku lupakan langsung G yang lain...
namun , mungkin juga ada istimewanya mereka sehingga kenangan itu berbicara.
ada nama-nama dari G yang lain juga bermain dalam minda ini...
aku kira mungkin kerana mereka rapat aku...tak jemu bertanya khabar.
Inilah hakikat ukhwah....

Semalam juga, kenangan bersama arwah abah berbicara...kenapa ye...mungkin bulan 6 nanti hari ayah atau bulan 6 tahun 2008 telah tercatit ketentuan illahi...abah pergi menemuiNya..apa yang aku rugi adalah tiada lagi nasihat abah untuk ku...tiada lagi pahala menjaga abah yang uzur sejak aku tingkatan 2 itu dapat aku lakukan...paling aku teringat adalah ajakan abah untuk melihat dunia ciptaan Allah setiap kali aku pulang ke Kampung...paling aku ingat 4 hari sebelum abah meninggalkan kami,aku membawa abah bersiar...dalam kereta abah berkata " jadilah seperti wan...berkerja untuk islam...jaga kesihatan kalau sakit macam abah susah nak berjuang" aku pendam perkataan itu....sampai sekarang.Hanya rindu padamu,abah
Labels: 3 comments | edit post

Tahniah Kalian...

"Selamat pagi Cikgu" alunan kartun popular tempatan "upin-ipin" telah memecah kehangatan malam ini.Siapa pula SMS malam-malam ni? terdetik hati aku bertanya

"salam... ana dapat USM untuk kursus Sains Gunaan (Fizik Perubatan)" from Atiqah.

Berita gembira rupanya, anak buahku bakal menempuh alam perjuangan yang baru dan lebih mencabar.Buat Atikah,tahniah kerana memperolehi tawaran ke USM,Universiti APEX dalam jurusan yang sangat baik dan memberangsangkan.

Selamat menempuh alam perjuangan yang lebih mencabar dan menyeronokkan.Mencabar kerana ia banyak meminta agar kita berkorban untuk membawa mesej agama...bukan semua manusia sukakannya. Seronok kerana inilah kemanisan dalam perjuangan. Belajarlah dengan niat yang suci dan tanamkan benih-benih Iman dan Islam dalam diri, siramilah dengan usrah dan halaqah , bajalah dengan ibadat yang kudus agar tumbuh dalam diri sifat hamba yang sentiasa bersyukur.
Inilah keuntungan hasil perniagaan akhirat yang digariskan dalam Al-Furqan

" Wahai orang yang beriman, Hendakkah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang untungnya bebas dari Neraka . Berimanlah kepada Allah dan Rasul serta berjuanglah di jalanNya dengan harta dan diri kamu,Itulah yang terbaik untuk kamu,sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya"

Bersatulah (berintima')dengan gerakan islam yang di dalamnya terdapat proses tarbiah yang membentuk hati pejuang dan membina ukhwah islam yang mantap.

Buat yang lain, di manakah bumi kampus yang akan kalian jejaki??.....
Labels: 1 comments | edit post

Bukankah mereka itu pejuang?

Ketika dalam kesibukkan menyelesaikan tugas dan tanggungjawab,tiba-tiba pembantu aku
(Kak Tie ) masuk ke bilik aku dan terpandang poster Saf kepimpinan PMIUSM 2001,sambil mencari gambar aku terpancul persoalan " semua ni masih berjuang??". Terkesima sebentar memikirkan persoalan dari Kak Tie,apakah jawaban yang harus aku berikan kepadanya yang kini aktif menggerakkan muslimat di kampungnya? adakah jawapan yang akan aku alaskan mampu menutup keadaan yang sebenar?.

Itulah hakikatnya, perkara ini sudah menjadi buah perbincangan saban tahun dan waktu... Hangat di kampus, dingin di luar..benarkah begitu rapuh pembinaan tarbiah yang diasas di kampus sehingga roboh hancur dipukul badai keselesaan yang mengasyikkan. Bukankah mereka itu pejuang? yang dahulunya tabah menghadapi cabaran dan dugaan...bukankah mereka yang mengajar kami gerak tari perjuangan dan merekalah yang memukul gendang perjuangan..bukankah mereka yang menyuntik kata-kata perangsang untuk menyentak semangat juang ketika dilambung badai perjuangan? bukankah mereka yang mengajar dan membahas hingga berminggu-minggu buku " golongan tercicir dalam dakwah" karya Sheikh Fathi Yakan untuk kami jadikan panduan??

Persoalan itu,tiada jawapannya. Kalau marhalah tarbiah yang diletakkan bermula dari takrif hingga ke tanfidz itu dibahaskan..agak-agak dimana kita berada? takrif?atau takwim atau sudah di puncak tanfiz? bagi aku tafsiran sahabat satu usrah JPM paling cantik aku ambil " kita di kampus hanya takrif...mengenal erti harakah islamiah, keluarga,alam pekerjaan dan kehidupan selepas kampus barulah takwin..andai masih mampu bertahan, layaklah kita bergelar tanfiz...

" Ya Allah , Istiqamahkan aku dengan perjuangan ini dengan hati yang ikhlas "

Buat Isteriku Tercinta


Isteriku....
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....
Apabila kurenung wajahmu....
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing...
Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.
Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...
Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....
Hanyasanya untuk Islam...
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...
Pelbagai hiasan yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...
Tatkala mereka berlumba-lumba mengejarpangkat dan nama..
Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...
Isteriku....
Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....
Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....
Aku termangu sendirian...
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...
Atau honeymoon di Kota Paris kah?..
Katakan... Aku mampu memberikan...
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...
Akhirnya...
Arghhh... Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...
Aku tergamam serta Kelu...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Saudara , Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua saudara?....
Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...
Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...
Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?..
Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...
Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....
Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....
Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara....
Dan... mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?...
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...
Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang
Islam ke persada agung....
Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam....
Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan...
Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku suri...
Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....
Cekalnya engkau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan...
Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..
Pasti beliau tersenyumbangga kerana masih ada srikandi Islam...
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU...

Bangun Malam


Malam tadi perlawanan akhir Barcalona vs ManU untuk merebut kejuaraan Piala Juara-Juara. Jam menunjukkan 3.00am, kekuatan apa ini yang membuatkan aku dan seluruh peminat bola bangun untuk melihat pasukan mereka beraksi. Keputusan menyebelahi pasukan kesukaan aku, Barca 2-0...

Kekuatan minat membawa kepada kesungguhan untuk mengerakkan seluruh anggota apabila menerima arahan dari otak melalui saraf. Itulah kekuatan ajaib yang menggerakkan seluruh peminat bolasepak semalam bangun untuk satu yang mereka SUKA. Sebagai seorang yang berkata "aku seorang da'ie atau aku cintakan Islam sudah pastinya kekuatan ini perlu ada dalam dirinya untuk bangun ber"dating" dengan Kekasihnya.


Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan di sini di mana lagi ...................

Jangan Bersedih

Kenapalah Aku diuji?

"Adakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan " kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta" Al-Ankabut (2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan?

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik buatmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Al-Baqarah ( 216)

Tak tertanggung ujian ini ?

" Allah tidak membebani sesorang itu melainkan yang termampu olehnya"
( al-Baqarah 286)

Kecewanya rasa hati ?

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman" Al-Imran 139

Siapa ingin aku kongsikan ujian ini?

" Dan Mintalah pertolongan ( kepada ALlah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang,dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" Al-Baqarah 45

Bagaimana aku harus laluinya ?

" Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan ) dan kuatlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh ( di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan) Al- Imran 139

Apa kesudahan ujian ini ?

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka " At-Taubah 111

Aku tidak dapat bertahan!

" .... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah melainkan kamu kafir ." Yusuf 12

Kepadalah Allahlah kita berharap ...

" cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selainnya. Hanya kepadaNya aku bertawakal" At-Taubah 129

Terima Kasih makhluk Allah

Aku ingin ucapkan terima kasih kepada tumbuhan-tumbuhan yang melata di bumi ini , tak lupa buat haiwan-haiwan yang hidup di alam ini...kerana denagn adanya kalian yang suci dari maksiat kepada Allah dan tidak menderhaka kepadanya telah memlambatkan bala Allah kepada semua manusia.
Dua malam yang lepas..haba kepanasan melanda bumi Pulau Pinang telah membawa fikiranku mengingatkan kepada maksiat yang dilakukan. Panas sebagai ujian Allah dan ia mengambil hanya sedikit kepanasan akhirat kepada penderhakaNya ( moga aku diselamatkannya). Tapi hari ini hujan dengan lebat turun membasahi bumi untuk makhluknya yang suci itu , kita manusia hanya tumpang mereka.

Sifat Guru Cemerlang

Waktu menyambut hari guru 16 Mei 2009 , hati aku terdetik untuk bertanya layakkah aku untuk digelar pendidik?Pengajar mungkin ia mudah,namun untuk digelar pendidik bagi aku susah tambah untuk lahir sebagai murabbi. Tarikh keramat ini juga merupakan detik persaraan Timbalan Pengarah KMPP, Tn Hj Khalid b Ashari yang merupakan insan yang aku sangat kagumi kerana dalam diri beliau terjelma sifat-sifat murabbi. Aku menghormati dan akan terus menghormati diri beliau yang betul-betul memberi kesan kepada aku. Itulah dia..perpisahan beliau telah menitiskan airmata para pengajar dan pendidik di KMPP. kalau nak aku lakarkan setiap peribadinya mungkin tak termampu aku...cuma dalam diriku dialah idolaku dalam menjadi guru berjiwa murabbi.

buat Tn Hj Khalid...engkaulah mutiara yang sentiasa menyinar...
selamat bersara

Ujian dan dugaan


Pelajar matrikulasi sessi 2008/9 menerima keputusan akhir mereka untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam minat masing-masing. Yang menempa kejayaan,sekalung tahniah buat kalian. Moga kalian bakal membawa panji kegemilangan Islam.
Baut yang tidak berjaya..ini bukan akhir buat kalian,masih ada waktu dan masa untuk kalian mampu berjaya.
" Maaf kerana saya telah memalukan islam" satu sms yang datang dari seorang pelajar yang aku kenal dan rapat dengannya. Anak usrah aku ni faham dengan ucapan aku " kita perlu buktikan pelajar islam berjaya berbanding pelajar bukan bumiputera..jangan malukan islam dengan kegagalan kita". Itulah kata-kata penaik semangat yang selalu aku lafazkan buat pelajar yang aku anggap sebagai ahli keluarga aku ( usrah ). Salahkah kalau selepas usaha dan berakhlak mulia namun kejayaan belum dikecapinya? Bagi mereka yang begini rupanya, perbincangan ini mungkin berbekas di hati.

Apabila diberikan ujian/ dugaan mahupun mehnah. Anggaplah ini merupakan satu pentas tarbiah yang mendidik kita.Lihatlah ujian ini dari :

1. kafaratul zunub-( penghapus dosa) ; kadangkala ujian yang diberikan merupakan satu medium oleh yang Maha Pencipta untuk menghapuskan dosa. Seperti mana yang diceritakan tentang Nabi Allah Yunus as dengan ikan yu. Nabi Allah Yunus diuji dengan peristiwa dibuang ke laut dan ditelan Yu.itulah ujian yang menghapuskan kesalahan

2. Satu peringatan ( amaran ) - ujian dan dugaan merupakan amaran kepada kita. misalnya lihatlah pesakit HIV,ujian menimba mereka merupakan amaran Allah kepada mereka berhentilah melakukan perkara yang lari dari syariat

3. Meningkatkan keimanan - acapkali apbila kita diuji oleh Allah ..kita akan sentiasa mengingatkan diri kita kepada Allah. Ini akan menambah keimanan dan mendekatkan diri kepadanya

4. Menguji manusia lain dan kita sebagai wasilahnya - sewaktu kita ditimba sesuatu maka ketika ini kita boleh menilai kawan-kawan dan saudara. "seribu kawan ketika senang, keseorangan ketika susah"

Besabarlah atas ujian dan berfikirlah untuk memilih untuk gembira atau berduka

Ada Apa pada buku?

Inilah satu slogan yang aku pinjam dari kedai buku "Qalam Minda", "Ada apa pada buku" yang memberikan makna yang mendalam kepada sanubariku. Umat islam kini lemah lantaran layunya minat membaca,bosan pada buku,kedekut untuk membayar harga sebuah buku walaupun sanggup beribu-ribu dihabiskan untuk perkara lain.

Waktu aku kat Universiti dulu,majalah paling aku suka adalah "muslimah" dan "MASSA". Muslimah kerana dalamnya terdapat bacaan ilmu untuk membina tarbiah diri,hingga pernah ditanya sahabat kenapa muslimah yang aku pilih... jawabku sebab belum ada majalah "muslimin". Cuma apa yang aku nak bawa adalah majalah massa yang terbitannya ketika itu mingguan. Aku rasa dari kulit depan hingga belakangnya "MASSA" dipenuhi dengan ilmu dan maklumat. Waktu aku memegang jawatan YDP MPPUSM, aku menjadikan "MASSA" sebagai sumber pengetahuan dan rujukan sebelum kenyataan dilontarkan. Anda tahu dimana majalah "MASSA" sekarang?? jawapannya mudah di tong sampah masyarakat,lantaran minat membaca dan mengejar ilmu yang rendah pada masyarakat kita. Massa adalah majalah versi melayu bagi "Time", tetapi time masih wujud sebab golongan lain suka membaca.

Masih aku ingat ketika massa ingin dikafani oleh masyarakat,editornya menulis sedih dengan air mata kerana teringatkan nasib "massa" dihumban ke lembah hina oleh masyarakat. Masyarakat bertamadun sepatutnya mengutamakan majalah ilmiah daripada majalah picisan yang mengarut dan membuka pintu nafsu. Mangga yang lucah dan seksi hingga tiada akal iman menerimanya...tetapi kitalah yang membayar untuk mereka kekal merosakkan masyarakat kita.

Selamat Hari Guru

Hari ni aku pun seorang guru...
Dulu aku didik oleh guru..
Betul kata SN Usman Awang,
semua perkerjaan pernah kenal siapa guru.
guru pun dididik oleh guru

Buat Guruku
terima kasih kerana mendidikku
terima kasih kerana mengajarku
terima kasih kerana membimbingku
terima kasih kerana mengenalkan aku pada ilmu

Kata orang, guru ibarat lilin
kerana mengorbankan diri demi pelajarnya,
tapi bagi aku lilin akan cair bila semakin lama,
guru tidak begitu...semakin lama dia.semakin pengalaman dia
semakin tahu liku dia, semakin besarlah jiwanya

( buat guru/cikgu/teacher/sir/ustaz/ustazah/mudir/pensyarah/Tutor yang pernah mengajar diri aku
Tadika Islam,SKGS,SMKASR,MatrikUSM dan USM....Selamat Hari Guru)
Labels: 0 comments | edit post

Wahai Pengawal Cinta

Masih bermain dalam memoriku ketika mengendalikan satu program buat mahasiswa baru USM, dalam satu sesi LDK yang membincangkan perihal "salahlaku" mahasiswa yang menghuni taman budi dan ilmu ni. Ketika perbincangan berkisar tentang pengurusan cinta, ramai yang memberikan pandangan yang baik....tiada sorang pun memberikan pandangan kontra dalam isu ini. Mereka seringkali mengatakan "couple itu haram","Mereka terpedaya" malah ada yang lebih sinis mengatakan " tak takut neraka ke?". Sebagai seorang Fasilitator,aku kena memecah fikiran mereka sebagai persiapan untuk pemikiran da'ie. Kenapa anda dengki kepada mereka...sedangkan mereka ingin dikasihi dan mengasihi?, Anda yang tiada peminat...aku mula memainkan isu yang kontra bagi mereka..Makin hangat perbincangan makin tinggi motivasi aku untuk memecah fikiran mereka.
Aku memulakan dengan membawa mereka memikirkan bahawa mereka berada di tempat orang yang ber"couple"? hmm,jijik...minta simpang malaikat 44. Benarkah begitu? Kesalahan mereka hanya kerana mereka dibuai keindahan yang dicipta nafsu dan syaitan. Mereka kalah malah gagal dalam ujian ini..aku tanya lagi kepada adik LDK ku....faham ke??mereka mula nak berbahas dengan aku...mungkin mereka katakan aku ni membawa islam liberal. KALAU KORANG DIUJI MACAM NI...AGAK KORANG LULUS TAK??...soalan ini yang membawa persoalan kepada sikap dan matlamat seorang pendakwah. Aku membuat simulasi " andainya seorang perempuan yang cantik dan digilai oleh seluruh USM datang dan ajak kamu pi makan KFC kat depan USM untuk meluahkan rasa hati atau dia sms kata sayang dan nak dating dengan kamu??kamu terima tak?...yakin ke kamu akan tolak.....
Akhirnya mereka terima bahawa mereka belum diuji...persoalannya takkan dan biar aje....
inilah persoalan yang aku tunggu..Bukan maksud aku suruh mereka berhenti membenci perbuatan itu...malah tanggungjawab mereka untuk menegur ,membimbing mereka yang gagal dalam ujian itu ke pangkal jalan seperti seorang guru membimbing pelajarnya yang gagal peperiksaan,pelbagai kaedah,latih tubi dan sebagainya...tapi aku nak mereka faham,dalam menjalankan dakwah sentiasalah berdoa agar tidak diberikan ujian yang sama atau jika diberikan berdoalah agar lulus ujian itu diberikan Allah kekuatan menghadapinya....

ingatlah....pendakwah mesti berdakwah...doalah kita kekal dalam kerja perjuangan ini.

Dilema Aku??

Minggu lepas, aku diberitakan bahawa Penolong Pengarah tidak perlu mengajar hanya menumpukan kepada kerja pengurusan. Berita ini aku sambut dengan perasaan yang bercampur-campur,antara suka dan risau. Dilema ini membawa aku terfikir, jalan yang mana harus aku ikut kekal sebagai PP atau kembali sebagai pensyarah.
Mengapa persoalan ini timbul? Sememangnya ada kerisauan andai aku terus terjun dalam dunia pengurusan ini,ilmu matematik yang aku tuntut makin berkurangan malah kerisauan makin tinggi,kalau ianya terus hilang dari kotak kepala aku ni. Aku akan idamkan memiliki pelajar sendiri yang dibentuk oleh aku. mana mungkin pelajar akan mengenali aku sedangkan ketika ini hanya pelajar yang aku ajar kenal siapa aku,kenal perangai aku malah mereka mampu bergelak ketawa dan" loyer buruk" dengan aku,yang lain terus menyimpan ketakutan dan kerisauan berhadapan dengan aku kerana ketegasan dalam title " PP" ini. Mungkin mereka tak tahu prinsip aku " yang salah perlu dibetulkan yang lain hidup gembira" ketika aku mula berkecimpung dengan dunia displin pelajar.
Suka jugak aku sebab aku tak payah nak fikir tentang Rancangan mengajar. Aku memang tak suka langsung bab dokumentasi ni...bagi aku mengajar untuk memastikan anak didik aku berjaya. Keduanya, aku tidak terus berdosa kepada anak didik aku...PPSMI,aku terpaksa ikut andai aku mengajar..aku tidak setuju pun dengan dasar ini..namun sebagai "petugas" aku kena patuh..jadi aku terlepas daripada bebanan dosa ni. Satu perkara lagi,aku kena tahu..tak ramai yang sanggup memikul beban PP ni...dibenci,dihina,dicaci oleh manusia bernama pelajar lantaran sikap kita yang lebih banyak menegur tentang tatsusila adat dan agama. tapi hina pada manusia tak membebankan kita...kalau hina depan Allah itu yang bermasalah.
Labels: 0 comments | edit post