Road To Allah


Indahnya perjalanan menuju Allah andai ianya dipenuhi dengan sesuatu yang membawa kepada kebaikan. Setelah lama tiada post baru, saya memilih untuk berbicara tentang perjalanan yang kita lalui sekarang. Destinasi kita sudah pasti akhirat dan dikurniakan syurga yang kekal abadi. Persoalannya adakah kita semakin hampir dengan destinasi kita atau adakah kita masih berada dalam jalan yang lurus dan benar? Setiap kali kita berada dalam perjalanan kita dibekalkan GPS yang menunjukkan jalan yang benar, GPS tersebut adalah AL-QURAN , ASSUNNAH dan ULAMA..dengan berpandukannya manusia akan terus berada jalan yang benar dan andai tergelincir sedikit..sudah pasti akan ditegurnya.

Dalam mencari kekuatan untuk tabah dalam perjalanan ini, sahabat/keluargalah yang menguatkannya..andai sahabat kita sahabat yang membawa kepada kebaikkan maka baiklah kita, dan andai keluarga kita mendorong kepada agama maka beragamalah kita hendaknya.
Oleh kerana itu pemilihan sahabat dan teman hidup mestilah berhati-hati kerana kesannya pada kehidupan kita kelak. Di KMPP, banyak berlakunya keadaan pelajar cemerlang gugur lantaran bersahabat dengan sahabat "perosak", malah lebih buruk mereka dirosakkan oleh perosak. Jesteru pilihlah sahabat yang baik seperti pepatah arab " bersahabatlah dengan penjual minyak wangi, walaupun kamu tidak membelinya atau dia memberikan kepadamu, namun wanginya tetap melekat di bajumu...janganlah bersahabat dengan tukang besi,walau bajumu tidak terbakar oleh percikkan api, bajumu akan berbau asap." pilihlah sahabat pelajarku