Perginya tidak kembali

Al-Fatihah......buat Pak Ndak Dr Alias b Yatim yang baru pergi alam baru dalam perjalanan bertemu Rabbul-Izzati. Esok saya perlu ke kursus...jadi saya terpaksa tangguhkan kerana pak menakan saya pergi meninggalkan dunia ini...paling menyedihkan, mak saya baru sahaja berlepas ke Medan,Indonesia...bercuti dengan abang sulung..7.30pm - Penerbangan mak 8.00pm - dapat maklumat pak ndak meninggal...mak rapat dengan pak ndak...sebab abg mak ni tak jauh umur dari mak...

Moga Roh Pak Ndak digolongkan di kalangan orang yang beriman.....

Kerana Agama......Marwa Al-Sharbini

Ketika ini media massa sibuk membincangnya perginya Yasmin Ahmad, seorang pengarah berbakat besar atau membincangkan kematian raja pop dunia.....tidak banyak liputan tentang seorang pejuang maruah agama yang syahid ditikam dan diratah kejam manusia tidak bermoral di ruang mahkamah kota Dresden,Jerman. Malah saya tidak hairan kalau ditanya kepada anda atau kebanyakan daripada kita tentang Marwa,pasti jawapannya mendukacitakan kita. Siapa Marwa Al-Sharbini?mengapa kita perlu menganal beliau?apa istimewanya beliau?

Marwah as-Syarbini

Seorang warga negara Mesir yang berkelulusan Phd dalam bidang farmasi, mengambil cuti kerana mengikuti suami tercinta menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Berlin, Jerman. Ini membawa makna keluarga Marwah berada di Jerman adalah urusan ibadat kepada Allah kerana memperkasakan ilmu kejuruteraan yang terkadangnya tidak dikuasai oleh orang bukan islam,maka kewajiban bertaraf fardhu Kifayah. Di Jerman , Marwa mempertahankan maruah diri apabila beliau dihina dan dikeji oleh seorang ( mewakili pandangan umum mereka )warga Jerman,ungkapan "terrorist" , pengganas dan anti kerajaan dilemparkan kepada beliau. Dan kerana mempertahankan syariat Allah dan maruah islam,beliau mengemukakan saman di Mahkamah...namun disinilah nyawa seorang Syahidah direntap oleh manusia keji....Al-fatihah buat beliau..


Bagaimana dengan masyarakat kita? Jika Marwa syahid lantaran memperjuangkan syariat menutup aurat...kita bagaimana pula?. Lihat sahaja kenyataan dari SIS (memang patut kecaman dibuat kepada mereka) yang berkaitan dengan syariat menutup aurat... Di KMPP sendiri, ramai yang memandang mudah dengan syariat ini.....pengambilan tahun ni lagi mencabar dengan jumlah agak besar bilangan pelajar yang belum diberikan hidayah untuk menutup aurat. Paling menyedihkan hati kita apabila bukan sahaja mereka tidak mahu mengikut syariat, malah mereka mempersenda dengan pelbagai alasan dan celaan...


Kita belum diuji dengan nyawa untuk mempertahankan agama tetapi ujian kita adalah nafsu yang serakah menolak agama...

KAKOM 2009 - KMP

Sekali lagi dalam karnival Kokurikulum Matrikulasi ( KAKOM) , saya ditugaskan untuk membawa pasukan sepaktakraw KMPP. Sudah tentu sasaran takraw emas kerana selama ini takraw penyumbang emas KMPP. Tahun ni hanya ada wakil daerah sahaja, tu pun sorang aje...yang lain ada bakat cuma kita kena pertingkatkan mereka...terima kasih kepada Zaim atas pertolongan melatih pasukan KMPP.

Sampai kat KMP, rupanya banyak kolej ada pemain negeri terutama Perlis, Melaka , Perak dan Negeri Sembilan...gerun pemain KMPP...saya hanya mampu memberi semangat : Depa dengan kita sama aje...2 telinga , 2 tangan , 2 Kaki dan satu kepala...kita dah latih potensi kita..kita kena buktikan sahaja.



Dalam keputusan itu :

Peringkat pusingan :
KMPP lwn KMJ 2-0
KMPP lwn Perak 2-0
KMPP lwn KMP 2 -0

Pusingan 2
KMNS lwn KMPP 0-2
KMPP lwn KML 1-2 ( saya bagi simpanan masuk dan main enjoy sebab dah johan kumpulan )

Separuh akhir
KMPP lwn KMM 2-1

Akhir
KMPP lwn KMP 0-2

Perlawanan akhir, penyokong KMP ( tuan rumah ) 300 orang manakala KMPP 40 orang, kalah dengan bola servis kuda KMP ( peringkat pusingan servis kuda dia tak jadi ), Saya rasa bersalah kerana tahun ni tak mengajar guna raket tennis untuk "first ball " servis kuda..





KMPP dapat tempat ke-4 namun pencapaian memang antara yang terbaik...
Emas:
Catur Lelaki , Nyanyian tradisional dan Pingpong beregu
Perak
Sepaktakraw dan Tennis
Gangsa
Tennis, Pingpong,Bola keranjang lelaki, Pidato BI dan Bola Sepak.

tahun depan ...insyaallah akan dibuat di KML , kalau bukan KML ...KMPP menanti

Labels: 0 comments | edit post

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Hari Guru

KMPP menyambut hari guru 2009 selepas 2 bulan tarikh sebenar hari guru iaitu 16 Julai 2009. Sambutan kali ini meriah kerana terdapat 3 gabungan acara iaitu watikah JPP, Hari guru dan penyerahan bendera untuk kontigen KAKOM yang dibuat sehari selepas pelajar PST bertempur untuk UPS. Minggu tu KMPP ada pelbagai aktiviti seperti post saya sebelum ni. Bermula daripada JPP membaca ikrar hingga ke ucapan Pengarah KMPP semuanya diatur kemas. Nasib baik AJK saya ada pensyarah berpengalaman...walau sekejap sahaja perancangannya hari guru tahun ni nampak meriah.



JPP sedang membaca IKRAR yang saya karang......tanda bermulanya amanah
( teringat waktu jadi MPPUSM )



Dikir Barat sempena hari guru...teringat kat USM dulu...lagu untuk guru depa buat...classsss

Kami Guru Malaysia...berikrar dan berjanji.....

Atlit KAKOM bersemangat...chaiyok KMPP

Gadis Pan-Asia ( darah campur)...Depa yang tolong kami
Semoga Hidayah untuk depa tutup aurat

Geng PA system...thanks a lot ......

Barisan JPP KMPP 09/10


Terima Kasih atas segalanya buat AJK Program...tahun depan kita buat lagi

Labels: 1 comments | edit post

Minggu ini…

Hampir 4 hari blog ini tidak diupdatekan…kerana sibuk dengan urusan yang lebih penting. Semalam bumi Allah ini ditimba hujan sepanjang hari,bergembira segala makhluk Allah seperti tumbuhan dan haiwan setelah hampir 2 bulan panas terik. Inilah kasih sayang Allah kepada makhluknya. Minggu lepas banyak perkara yang terjadi dalam hidup, ditimba masalah dan dilonjak rasa gembira…semuanya dari Allah untuk kita menikmatinya.

Minggu ni pelajar ambil UPS,semoga kalian Berjaya dengan cemerlang..minggu ni juga ada hari guru peringkat KMPP berserta dua majlis lain…ISO pun nak mai minggu ni nak siasat pensijilan….kiranya minggu penting juga untuk kami di KMPP.

13/7/09

Mesyuarat APC
Kertas Kerja Ceramah
Latih Sepaktakraw KAKOM
UPS

14/7/09

Ceramah di MRSM Balik Pulau
UPS
Latihan KAKOM

15/7/09

Audit Sirim
UPS
Latihan KAKOM
Raptai Hari Guru
Kem Sorak KAKOM

16/7/09
Hari Guru/Watikah JPP/Serah Bendera KAKOM
audit SIRIM
Kem Sorak KAKOM
Ambil Mak Mentua di Chemor

17/7/09
Lawatan Sekolah dari Kelantan
audit SIRIM
KAKOM di Perlis

"Semoga Hari yang mendatang lebih baik dari hari yang dilalui"

Labels: 1 comments | edit post

PPSMI MANSUH 2012

Sebagai warga pendidik, saya melafaz kesyukuran atas keputusan kabinet yang memansuhkan PPSMI walaupun matrikulasi masih menggunakan BI. Itulah " berfikir sebelum bertindak". Warga pendidik yang selama ini akur dalam paksa, tersenyum kerana kenikmatan pengajaran akan kembali dalam kehidupan mereka. Warga matrikulasi dan tingkatan 6 akan terus berada dalam keadaan tertekan tetapi saya tetap yakin ia akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Mengapa perlu tunggu perhimpunan "mansuhkan PPSMI" untuk buat keputusan? Mengapa waktu nak buat polisi baru ini tiada meja bulat untuk rundingan?Mengapa pelajar kita lemah english, sains dan matematik dipersalahkan? Saya merasakan jawapan itu ada dalam diri pembuat polisi tetap ego mereka telah melenyapkan jawapan tersebut.
Guru English perlu berkerja kuat sebenarnya kerana bahasa adalah subjek tanpa sukatan. Saya lihat guru English tidak segagah guru sains dan matematik, seperti saya berada disekolah dahulu..Andai subjek Matematik dan Sains gagal atau teruk resultnya, maka berkerja keraslah guru tersebut .Di sekolah saya dulu guru matematik buat satu program "Program Skor A matematik" ( terima kasih cikgu ) untuk mempertingkat pencapaian kami. Andai English lemah , apa tindakan guru English? Jawapannya tanyalah guru-guru English tersebut..wallahualam


 

Labels: 1 comments | edit post

Isra’ dan Mikraj

Memandangkan Isra' dan Mikraj tahun ni berada dalam cuti KMPP, maka hasil perbincangan saya dan beberapa orang Ustaz memutuskan untuk menganjurkan satu talk berkaitan dengan peritiwa penting dalam islam. Dr Jamnul Azhar Mulkan yang baru pulang dari bumi Nabi di "isra' dan mikraj"kan menjadi pilihan agar pendedahan kezaliman Regim Israel laknatullah ke atas umat islam Palestin kepada pelajar KMPP.

Moga-moga cerita tentang peristiwa-peritiwa yang menggambarkan siksaan-siksaan ke atas penderhaka Allah sewaktu peristiwa Mikraj dapat melahirkan keinsafan dalam diri mereka. Semoga Khamis 16 Julai 2009 membawa satu lembayung hidayah buat mereka yang tergelincir.

Labels: 1 comments | edit post

Kuliah Maghrib

Semalam jadual saya untuk sessi pengajian di surau An-Nur, saya mulakan kuliah dengan muqadimah yang agak panjang berkaitan tentang ujian dari Allah. Kebetulan saya juga diuji Allah dalam minggu ini dengan kes kecurian. Apabila kita menyebut ujian atau dugaan terbayang dalam diri kita kesengsaraan dan kedukaan, sedangkan ujian dan dugaan juga merupakan kemewahan,kegembiraan dan keselesaaan.

Saya cuba mengaitkan ujuan itu dengan UPS yang bakal mereka hadapi iaitu keputusan yang kita perolehi itu merupakan tahap kedudukan kita. Sekiranya kita Berjaya dalam UPS dengan cemerlang adakah kita bersyukur kepadaNYA dengan melipatganda usaha dan membantu kawan-kawan kita yang diuji kegagalan atau dalam hati kita hanya riak yang tinggi. Dalam AlFurqan sentiasa memberitakan tentang hanya segelintir sahaja yang bersyukur kepada Allah, orang yang kaya dan senang sering melupakan Allah sedangkan Nabi Allah Sulaiman a.s lebih kaya dari kita tetap dengan ketaqwaan kepada Allah malah makin bertambah-tambah kesyukuran kepada Allah.

Untuk sessi buku "maza yakni " yang telah masuk bab ke 2,saya cuba kaitkan Ibadah dan Aqidah..Ustaz Fathi yakan telah mengariskan bab kedua ni bab ibadah selepas bab pertama berbincang berkisar keimanan dan aqidah. Setelah kita yakin dan beriman dengan apa yang diperintahkan oleh Allah maka bukti atas pengakuan kita adalah IBADAH dan ibadah bukanlah berkisar hanya ibadah khusus sahaja. Jangan kita mengasingkan setiap apa yang diaturkan dalam islam dengan kehidupan kita.

Labels: 1 comments | edit post

Indahnya Hidup Bersyariat ( Aurat )- siri 1

Pernahkah kita melihat barang yang mahal dan berharga dibiarkan oleh pekedai tanpa disimpan dengan baik? Sudah pasti sesuatu yang baik perlulah dipelihara mengikut tatacara penjagaannya. Begitu juga dengan manusia, keindahan tubuh badan yang dicipta oleh Allah bukan untuk tayangan manusia yang tidak sepatutnya kerana tinggi harganya dan istimewa nilainya.

Pelbagai alasan selalu diberikan oleh insan yang tidak memelihara aurat ini seolah-olah alasan itu membolehkannya menderhaka kepada tuhan pencipta sehingga kadangkala alasan itu seolah-olah satu tiket yang akan menyelamatkan diri mereka dari siksaan yang dijanjikan oleh Allah [alasan dan jawapan untuk mereka]. Satu ketika terjadi satu kes rogol dan bunuh kepada seorang jurutera wanita yang bertudung, maka ada manusia-manusia berjiwa kotor mengeluarkan pandangan jijik mengatakan " siapa kata tudung (aurat) boleh menghalang dari perbuatan ini (rogol) ?" dalam erti kata yang lain ia merujuk kepada dakwah dan seruan para ulama' berkaitan tentang aurat. Allah mengungkapkan kalimah ini dalam Al-Furqan


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Al-Ahzab 59

Dalam ayat di atas,Allah telah mengariskan satu kewajiban iaitu menutup aurat bagi wanita yang di dalamnya ada 2 perkara yang lahir apabila kewajiban ini dilaksanakan.

1. "...cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik)....."

Satu jenama bagi orang yang baik, namun ada orang mengatakan "orang pakai tudung pun buat maksiat"
kepada siapakah yang ditujukan ungkapan itu?kepada orang yang pakai tudung atau kepada syariat memakai tudung itu?

Indah sebenarnya kewajiban ini. Kita tidak memerlukan satu tandanama di badan atau perlu bersuara untuk mengatakan kita islam kerana menutup aurat itu sudah mengambarkan kita islam. Dengan sendirinya apabila kita berpakaian begitu akan menjadi satu batu penghalang kepada perbuatan maksiat. Macam saya seorang pendidik, label pendidik menyebabkan saya agak berhati-hati dalam kehidupan.

Pernah sekali saya menghadiri satu kursus, seorang penceramah bertanya kepada kami " Orang pakai tudung bukan baik pun,tapi orang yang tak pakai tudung tak semestinya teruk,apa pandangan kamu semua?" senang soalannya tapi jawapannya susah.Ramai yang bersetuju dengan kenyataan itu berdasarkan persekitaran kita.Ada orang yang bertudung tetapi berkepit tanpa ikatan,berbonceng tanpa segan silu dan banyak lagi persekitaran mengajar kita tentang ungkapan tadi. Saya memberikan jawapan yang hampir sama cuma saya takrifkan bahawa bertudung bagaimana?ikut syariat ke tudung itu?atau tudung kerana fesyen?sekiranya tafsiran tudung itu ditukar kepada menutup aurat secara sempurna saya kurang bersetuju. Saya kira jawapan saya beri itu agak menyakinkan namun jawapan penceramah lagi memberangsangkan iaitu " kenapa perlu kita mengukur semua ini dengan ukuran manusia, kenapa kita tak mengikut ukuran ALLAH? , adakah Allah pandangan Allah sama dengan pandangan manusia??" beliau menambah lagi " dalam Al-Quran banyak mengatakan andainya kita melanggar apa yang diperintahkan oleh Allah, mereka adalah golongan yang tidak bersyukur,jahat dan menderhaka. Syariat aurat Allah suruh ke tak? kalau suruh orang ingkar maka jahat bagi pandangan Allah".


Benar dan bernas hujah beliau..kalau sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi melakukan perbuatan tak elok maka yang salah dan silap adalah diri dia yang gagal dalam ujian Allah bukan syariat yang dia sempurnakan itu.(bersambung pada siri 2)


Labels: 0 comments | edit post

Hidup indah bila bersyariat

Saya didatangi oleh AJK surau KMPP untuk sesi 2009/2010 untuk berbincang tentang program dakwah yang boleh mereka aturkan untuk Surau An-nur KMPP. Meraka kata surau sebelum ni buat program tetapi tiada kesan seperti kempen tutup aurat,makin ramai pulak yang bukanya. Saya kurang setuju dengan indikatur keberkesanan dakwah yang cuba diunggap oleh mereka. Kerana kerja kita untuk mengatur dakwah dengan pelbagai uslub,bukan kuasa pendakwah untuk memastikan semua mad'u mengikut kita.

Mereka bersemangat untuk menterjemahkan apa yang meronta-ronta dalam diri mereka supaya KMPP sentiasa berada dalam keindahan islam. Mereka nak buat macam-macam program hingga saya rasa seperti muda seperti mereka dan bersemangat untuk menjayakan semangat ini. Saya mencadangkan tahun ni surau ada hadafnya...objektif yang jelas dan ada indikaturnya, mudah saya cadangkan " Indahnya hidup bersyariat".

Indahnya hidup bersyariat - mungkin ramai yang belum nampak apa yang indahnya hidup bersyariat. Mereka tak nampak yang menutup aurat tu satu keindahan,yang mereka nampak syariat tu menyusahkan. Saya cadangkan terangkan kepada mad'u apa indahnya bila kita menutup aurat..".bukankah pakaian itu telah menjaga diri mereka dari mangsa mata yang rakus" saya memberi contoh kepada mereka. Janganlah membuat "tagnama" kepada mereka yg gagal ujian aurat ini dgn istilah jahat,bodoh dan maksiat besar kerana itu hak Allah. sebab tu Allah memberikan celaan kepada mereka...kita sebagai pendakwah mesti bertindak sebagai kaunselor untuk membina insan walaupun kepada manusia penderhaka kepada tuhan...

harapnya sampailah maksud saya kepada mereka

Belajarlah dari Semut

Pagi tadi dalam sessi ceramah yang mengupas tentang intergriti, seorang penceramah membawa saya berfikir tentang musafir di bumi Allah. Katanya lihatlah semut yang kecil,walaupun kecil tetapi diberi penghargaan oleh Allah hingga dirakam dalam mukjizat Al-Quran. Malam tadi aku pun membuka tafsir meneliti surah Al-Naml iaitu surah semut..tidaklah banyak sangat kisahnya,namun membuatkan saya terfikir untuk membincangkannya dalam blog musafir di bumi Allah ini.

Kerjasama si semut
Lihatlah semut,kecil tetapi gagah...kenapa gagah..jawabnya seperti jawabnya wonderpet iaitu kerjasama...Saf yang mereka bina sangat utuh dan kukuh. Jarang malah tidak pernah kita bertemu dengan seekor semut hidup tanpa masyarakatnya melainkan mereka tersesat. Saf mereka tertib,umpama satu barisan yang diatur. "sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjihad dijalan Allah dalam keadaan yang tersusun rapi umpama bangunan yang tersergam kukuh" ...mereka melaksanakan tuntutan Allah sedangkan manusia sentiasa berpecah belah.

Tertibnya Si Semut
Kalau dilihat masyarakat semut yang sentiasa bertegur siapa ketika bertemu...mereka akan berbicara sesama mereka...walaupun kita tidak mendengarnya namun saya yakin kita boleh merasakannya. lihatlah andai 2 barisan semut yang bertemu...setiap semut itu akan menambil sedikit ruang untuk besalaman mungkin tanpa kira darjat,keturunan,parti politik dan warna. Sedangkan manusia penuh permusuhan.

Jujurnya Si Semut

Semut tidak menipu sentiasa beramanah. Mereka tahu akan erti amanah. Anadai makanan yang mereka bawa itu besar,tidak pula mereka kecilkan untuk disimpan oleh mereka melainkan akan mereka persembahkan kepada permaisuri tanpa sebarang cacat tak cela. Manusia?
Labels: 0 comments | edit post