Mencari Biah yang hilang

Ketika dalam kesibukan pelajar-pelajar mutalaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, saya melihat suasana kolej semakin memeningkan. Saya cuma inginkan satu suasana yang aman dari maksiat dan tenang dari penderhakaan kepada Allah. Mengimbas kembali saat mereka mula menjejak kaki ke bumi KMPP, kami sepakat untuk memaku mereka dengan tazkirah, ceramah malah amaran atas tindakan membelakangkan syariah Illahi dengan harapan paku itu terbenam dilubuk hati dan di muara pemikiran agar tidak terdetik untuk melakukannya.

Dalam kesibukkan pelajar lain, saya terpaksa menguruskan 3 pasangan pelajar yang akan kehadapan tindak tanduk mereka. Saya muhasabah tindakan dari aspek pencegahan dan penegasan, adakah saya telah menjalankan tanggungjawab ini sepenuhnya? Suasana KMPP yang tidak menggambarkan biah solehah puncanya. Saya tidak mampu untuk marah dan tegur pelajar yang sedang berdua,pergaulan bebas atau berpakaian sesuka hati 24 jam...tapi setiap kali saya melakukan demikian , saya akan dituduh pertualang cinta mereka, manusia berfikiran ortodok dan sebagainya. saya tak kisah kerana bukan keredhaan mereka yang saya cari tapi keredhaan Illahi. Dalam lubuk hati saya, saya betul-betul inginkan satu biah solehah terbentuk di bumi kmpp ini agar pelajarnya juga akan diserapi dengan wangian dari biah solehah ini. Untuk mewujudkan suasana itu, semua pihak kena bertindak dan berusaha untuk membentuknya. From over to top, perlu sehati sejiwa dalam proses ini, jangan hanya seorang dua yang bertindak yang lain menyerahkan kepadanya tanpa memberi sumbangan untuk itu. Saya sentiasa berdoa agar biah solehah boleh wujud di bumi ini.

Mengapa ketika percintaan kepada berlawanan jantina, menyebabkan sirnanya cinta kepada pencipta perasaan cinta itu, mengapa cinta yang lestari menjadi kotor dan hina kerana penderhakaan kepada Rab? Mereka lupa dengan ibubapa hingga mereka menangis ketika saya maklumkan untuk memberitakan perihal mereka kepada ibubapa, kata mereka si ayah sakit jantung...si ibu darah tinggi dah sebagainya...kenapa tidak terlintas ketika mereka melakukannya. Itulah dunia percintaan ...kerana cinta ciptaan yang membutakan mata dari melihat keburukannya.
Labels: , edit post
0 Responses