Peringatan daripada ALLAH

Sudah lama blog ini tidak diupdate...


 

Tanggal 17 Febuari 2010, merupakan satu tarikh kedukaan bagi saya dan keluarga kerana pada tarikh tersebut, kekanda sulongku memulakan perjalanan menuju Illahi...meninggalkan alam dunia menuju alam akhirat yang kekal abadi. Peristiwa yang amat mengejutkan kami sekeluarga. Abang saya pergi dalam keadaan yang mengejut, meninggal akibat serangan jantung setelah bermain futsal bersama pelajar didikannya di Politeknik.Saya tak mau menulis cerita sedih sepanjang peristiwa tersebut tetapi saya lebih suka melihat ibrahnya..

Abang pergi dalam keadaan yang senyum yang amat luarbiasa sehingga ketika saya melihat jenazah arwah,terfikir dalam hati " seolah sedang tidur aje ni". Alangkah bahagianya melihat muka arwah dan suasana ketika itu, seolah-olah memberikan khabar "inilah hambaku, sedang gembira menujuku".Saya akui abang Mi sentiasa tahajud di kala malam dan berjuang di bawah cerahan mentari, dan beliau sentiasa menjadi sumber inspirasi saya dalam mencari redha ILlahi. ( kisah perjalanan hidup beliau boleh dibaca melalui blog http://ilasyahid.blogspot.com/, http://misabah.blogspot.com/2010/02/jazmi-zuhri-b-syahar-mursyid-bekas-exco.html, http://puterisenja.blogspot.com/2009/07/reda.html.. dan lain2)


 

Namun pemergian Abang Mi banyak membawa ibrah kepada saya...

  1. Sentiasa bersedia untuk dijemput Allah dengan amalan dan akhlak mulia
  2. Jangan bertangguh dalam mengerjakan kebaikkan
  3. Mencari keredhaan illahi dengan bersungguh2.


 


 

Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah SAW " cukuplah bagimu kematian sebagai peringatan"..

Harapnya saya dapat istiqamah dengan perubahan ini.

Road To Allah


Indahnya perjalanan menuju Allah andai ianya dipenuhi dengan sesuatu yang membawa kepada kebaikan. Setelah lama tiada post baru, saya memilih untuk berbicara tentang perjalanan yang kita lalui sekarang. Destinasi kita sudah pasti akhirat dan dikurniakan syurga yang kekal abadi. Persoalannya adakah kita semakin hampir dengan destinasi kita atau adakah kita masih berada dalam jalan yang lurus dan benar? Setiap kali kita berada dalam perjalanan kita dibekalkan GPS yang menunjukkan jalan yang benar, GPS tersebut adalah AL-QURAN , ASSUNNAH dan ULAMA..dengan berpandukannya manusia akan terus berada jalan yang benar dan andai tergelincir sedikit..sudah pasti akan ditegurnya.

Dalam mencari kekuatan untuk tabah dalam perjalanan ini, sahabat/keluargalah yang menguatkannya..andai sahabat kita sahabat yang membawa kepada kebaikkan maka baiklah kita, dan andai keluarga kita mendorong kepada agama maka beragamalah kita hendaknya.
Oleh kerana itu pemilihan sahabat dan teman hidup mestilah berhati-hati kerana kesannya pada kehidupan kita kelak. Di KMPP, banyak berlakunya keadaan pelajar cemerlang gugur lantaran bersahabat dengan sahabat "perosak", malah lebih buruk mereka dirosakkan oleh perosak. Jesteru pilihlah sahabat yang baik seperti pepatah arab " bersahabatlah dengan penjual minyak wangi, walaupun kamu tidak membelinya atau dia memberikan kepadamu, namun wanginya tetap melekat di bajumu...janganlah bersahabat dengan tukang besi,walau bajumu tidak terbakar oleh percikkan api, bajumu akan berbau asap." pilihlah sahabat pelajarku

Tahniah KMPP

Salam Aidiladha buat semua...

Dua hari sebelum hari raya aidiladha, semua warga matrikulasi menerima keputusan peperiksaan PSPM 1...Tahniah kepada KMPP kerana masih mengekalkan ranking teramai memperolehi PNGS 4.0....Bukan mudah untuk meletakkan nama KMPP kekal di atas...pelbagai pihak memainkan peranannya...daripada pelajar,pensyarah dan pengurusan,tidak dilupa jugak warga KMPP yang lain.

hanya 17 orang sahaja yang terpaksa meninggalkan program ini kerana berstatuskan GAGAL KELUAR, dan 10 daripadanya adalah pelajar yang meminta untuk GK. Tidak menghadiri kuliah/tutoran/amali serta tidak mencari keberkatan ilmu dari pensyarah. Malah ada dikalangan mereka menulis sms ringkas dengan pelbagai alasan untuk pensyarah apabila tidak hadir yang pastinya itu adalah penipuan yang membawa kepada ketidakberkat kehidupan mereka.

Yang berjaya bukan hanya dengan belajar bersungguh-sungguh tetapi ada nilai KEBERKATAN dalam ilmu mereka. Jangan kita kata kejayaan yang diperolehi kerana kita usaha yang bersungguh-sungguh sahaja,tetapi faktor-faktor lain seperti keberkatan ilmu,doa daripada ibubapa dan guru,hubungan dengan rabbuljalil dan banyak lagi.

Bravo KMPP...

KEM KEPIMPINAN PELAJAR KMPP




Kursus Kepimpinan Pelajar KMPP baru sahaja selesai, kursus yang berobjektifkan melahirkan kepimpinan gemilang sepatutnya berlangsung pada semester 1 telah diadakan di Putra Brasmana Hotel. Sepanjang kursus semua pemimpin pelajar di didedahkan dengan kemahiran seperti mengurus majlis,pengucapan umum,protokol, adat seorang pemimpin dan mengurus kertas kerja projek. Saya telah berkongsi pengalaman dengan mereka dari aspek kepimpinan, iaitu dari aspek akademik,sahsiah,teknik berfikir dan mengawal emosi.
Di akhir kursus, pelajar diberi tugasan untuk melaksanakan majlis penutup bengkel kepimpinan tersebut. Nampaknya mereka berjaya melaksanakan dengan 90 peratus sempurna, dan ini bermakna usaha para fasilitator membuahkan hasil....
inilah "pemimpin segera" yang diperlukan oleh negara







KEMBALI BERGELAR PENDIDIK

Minggu ini, saya kembali ke kelas untuk mencurah bakti kepada pelajar setelah satu semester berehat di dalam bilik mesyuarat dan hal-hal pengurusan pelajar. Agak sukar juga untuk mengajar semula dengan lidah yang sudah lama tidak diasah untuk berbahasa "english",namun bagi saya gelodak nafsu mengajar ini lebih tinggi hingga menenggelamkan segala rasa tidak selesa tersebut.

Walaupun baru dua praktikum saya masuk untuk minggu ni, satu cabaran bagi saya adalah mengubah pakaian dari seorang PPHEP yang tegas dengan displin kepada seorang pensyarah yang mampu untuk menarik perhatian pelajar untuk mereka mudah menerima P&P saya. Masuk sahaja ke kelas mereka merasakan satu makhluk ganas sedang bergerak masuk ke kelas mereka ( lawak rasanya) itulah hakikatnya....saya merencanakan satu sessi "ice breaking" dengan pelajar sebagai salam perkenalan dengan mereka...mereka dibekalkan coklat " Kisses" Langkawi waktu sessi ice breaking. Bagi saya PPHEP mempunyai cabaran yang besar...mendisplinkan pelajar bererti membentuk sahsiah pelajar supaya selari dengan agama...sedangkan tahun demi tahun pelajar makin sukar untuk dibentuk...kalau kita marah kitalah yang sakit ...naik darah tapi kalau tidak begitu mereka bersikap agar sukar dikawal. Sebagai pensyarah lebih senang kerana membentuk kefahaman kepada sesuatu subjek boleh melalui approach yang pelbagai. Membina kefahaman pelajaran lebih mudah berbanding membina kefahaman akhlak dan agama...itu pandangan sayalah....
Ya Allah, berikan kekuatan untuk menjadi pendidik yang berdidikasi dan berinovasi dalam membentuk kefahaman pelajar....Ya Allah berikan ketabahan dalam mendidik dan membentuk akhlak mereka seperti akhlak para ulama.......

Sambutan Aidilfitri KMPP

Perkara : Sambutan Aidilfitri dengan tema "Satu Malaysia "
Bertempat di dataran KMPP


selamat datang tuan...

Jom makan .....

depan khemah terbuka " Anjung Harmoni" khemah 4 untuk staf

Inilah konsep satu malaysia..

petugas belakang tabir

Mencari Biah yang hilang

Ketika dalam kesibukan pelajar-pelajar mutalaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan, saya melihat suasana kolej semakin memeningkan. Saya cuma inginkan satu suasana yang aman dari maksiat dan tenang dari penderhakaan kepada Allah. Mengimbas kembali saat mereka mula menjejak kaki ke bumi KMPP, kami sepakat untuk memaku mereka dengan tazkirah, ceramah malah amaran atas tindakan membelakangkan syariah Illahi dengan harapan paku itu terbenam dilubuk hati dan di muara pemikiran agar tidak terdetik untuk melakukannya.

Dalam kesibukkan pelajar lain, saya terpaksa menguruskan 3 pasangan pelajar yang akan kehadapan tindak tanduk mereka. Saya muhasabah tindakan dari aspek pencegahan dan penegasan, adakah saya telah menjalankan tanggungjawab ini sepenuhnya? Suasana KMPP yang tidak menggambarkan biah solehah puncanya. Saya tidak mampu untuk marah dan tegur pelajar yang sedang berdua,pergaulan bebas atau berpakaian sesuka hati 24 jam...tapi setiap kali saya melakukan demikian , saya akan dituduh pertualang cinta mereka, manusia berfikiran ortodok dan sebagainya. saya tak kisah kerana bukan keredhaan mereka yang saya cari tapi keredhaan Illahi. Dalam lubuk hati saya, saya betul-betul inginkan satu biah solehah terbentuk di bumi kmpp ini agar pelajarnya juga akan diserapi dengan wangian dari biah solehah ini. Untuk mewujudkan suasana itu, semua pihak kena bertindak dan berusaha untuk membentuknya. From over to top, perlu sehati sejiwa dalam proses ini, jangan hanya seorang dua yang bertindak yang lain menyerahkan kepadanya tanpa memberi sumbangan untuk itu. Saya sentiasa berdoa agar biah solehah boleh wujud di bumi ini.

Mengapa ketika percintaan kepada berlawanan jantina, menyebabkan sirnanya cinta kepada pencipta perasaan cinta itu, mengapa cinta yang lestari menjadi kotor dan hina kerana penderhakaan kepada Rab? Mereka lupa dengan ibubapa hingga mereka menangis ketika saya maklumkan untuk memberitakan perihal mereka kepada ibubapa, kata mereka si ayah sakit jantung...si ibu darah tinggi dah sebagainya...kenapa tidak terlintas ketika mereka melakukannya. Itulah dunia percintaan ...kerana cinta ciptaan yang membutakan mata dari melihat keburukannya.
Labels: , 0 comments | edit post

Wajarkah aku??

Inilah tajuk satu sajak yang saya pernah nukilkan untuk satu program muslimah "kembali bersama islam" menjana muslimah penggerak haraki"....seingat saya sajak ini merupakan satu luahan rasa seorang lelaki yang memandang sedih wanita yang tidak menutup aurat dan tidak berpakaian dengan pakaian iman dan taqwa.

Wajarkah aku? ( buat wanita itu.....antara kata dan mata ...aku memilih kata dan biarlah ia pergi bersama ribut taufan)

Bukan aku membaitkan sajak-sajak ini
untukku pinta serangkap pujian
bukan juga untuk sekalung bunga penghargaan
tapi hanya sekadar lirikan dakwah kata
yang mungkin sukar difahami
tapi harus difikirkan dan diselami
kalau tidak mampu bagimu,
lihatlah melalui hati
bersama pejaman mata
umpama mentari yang kian membenamkan diri

Wajarkah aku...
kupakaikan kepada dirimu jubah itu
dengan warna-warna kesukaanku ( warna keimanan....)
biarlah ianya terus melekat ditubuhmu
menjadi benteng dari panahan mata dan nafsu durjana
dan izinkan aku mengulit rambut ikalmu
dengan jilbab-jilbab penenang jiwa
agar aku mampu tersenyum
memerhatikanmu ( berdosakah aku?)

Wajarkah aku
mempunyai perasaan yang lunak
kepadamu
memikirkan nasibmu nanti
menyeksa diri mengubah peribadimu

Wajarkah aku..
mengukir langkahmu dengan langkah serikandi syurga
segagah langkah Khatijah yang melangkah demi agama
atau kupahatkan peribadi Fatimah yang berkorban
setelah terkorban
atau ku solekkan wajah si Mashitah
dengan muka suci dan berani
walaupun di depannya Firaun, raja yang zalim
atau ku biarkan dirimu membentuk sendiri
peribadi Asiah....
mereka cinta dan rindu
pada pulau yang abdi.

wajarkah aku
terus mendiamkan diri melihatmu,
menerima hidayah dariNya
tanpa aku bergerak
walaupun sejari panjangnya..
tapi risikonya tinggi...
akan pasti jubah yang warnanya indah
akan kotor berdebu
jilbab akan tergantung keseorangan

kini lenaku tercalar
engkaulah mengelar
engkau masih engkar
aku tercabar....
biarlah kau temu kebenaran
dengan minhaj islam yang sebenar...

( cerianya jubahmu...ceria lagi hatiku
putih gebu jilbabmu..putih lagi hasratku)

bagi minggu"kembali Bersama Islam"

2002



Birthday Najihah ke 3

2 hari sebelum ulangtahun kelahiran puteri sulongku..saya dan isteri mula memikirkan tentang hadiah yang boleh membahagiakan hatinya. Kepetahan Najihah mengatur kata-kata dan menyusun setiap kata-katanya menyebabkan hati saya sentiasa terusik dengan Najihah. Pertanyaan dan kata-katanya kadang-kadang melebihi umurnya. Akhirnya kami sepakat untuk menghadiahkan sebuah basikal kepadanya memandangkan dia inginkan basikal seperti sepupu-sepupunya.

Walaupun usianya baru 3 tahun,saya mengimpikan dia bakal bergelar pakar dalam bidang-bidang kritikal dan bergelar seorang hafizah. Saya amat mengharapkan anak-anak saya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Allah dan ajaran Rasulullah. Biarlah benih-benih agama mula ditanam dalam diri Najihah. Tahun depan, insyaallah dia bakal belajar di PASTI..biarlah dia didedahkan dengan asas-asas islam.Selamat Hari Lahir Puteriku...Abah doakaa dirimu sentiasa berada dalam lindungan Allah

( dicatat dalam diari 13 september 2009)

Lama tidak berkarya

Hampir kurang 2 minggu, saya tidak dapt meng"update" sesuatu dalam blog ini. Kekangan waktu dan masa menyebabkan saya tersungkur lemah untuk melakarkan sedikit maklumat dan berkarya di halaman maya ini.Dalam keletihan, hati sentiasa berfikir ..bilalah agaknya kekuatan untuk menulis barang satu atau dua cerita,mungkin juga berkarya di blog...namun saat itu hanya tiba hari ini...ketika saya sibuk menyelesaikan 2 kertas kerja untuk kursus dan bersiap untuk presentpaper...pembelajaran melalui ICT untuk pensyarah baru KMPP. Maaf kepada pembaca kerana tidak dapat memenuhi pertanyaan melalui sms " bertanyakan bila nak mengupdate blog...itulah saya, lemah dan dhaif...banyak yang berlaku dalam ramadhan dan syawal kali ini...dan saya akan cuba menungkai semuanya satu persatu semampunya selepas ini...mohon dimaafi.

Syawal seorang Pendidik

Tahun ni merupakan tahun pertama saya tidak mengajar mana-mana praktikum setelah BMKPM menyatakan semua penolong pengarah tidak mengajar dan hanya menumpukan kepada pengurusan. Tahun ini amat berbeza hidup saya, dari seorang berjiwa pendidik terpaksa mengubah " setting" ke mode mengurus,dari "tutorial room " ke " meeting room" dan dari matematik bertukar ke akta 174.

Dahulu ramai yang menghantar sms mengucapkan aidilfitri dan memohon restu ketika syawal sekarang hanya exstudent ( kalau diaorang masih ingat ) yang mengirimkannya. Seorang pendidik tidak mengharapkan balasan sebegitu dari pelajarnya tetapi balasan kejayaan pelajar samaada kejayaan dunia atau kejayaan akhirat. Namun itulah satu kehilangan yang saya rasai. Dahulu saya mengenali ramai pelajar dan mereka juga rapat dengan saya...mereka yang pernah dididik oleh saya pasti mereka tidak kekok bercakap dan bermesra dengan saya berbanding sekarang saya lebih dikenali sebagai seorang yang garang,bengis,brutal dan pemarah kerana tanggungjawab sebagai penolong pengarah HEP ini melayakkan status itu kepada saya. Kalau dahulu,bekas pelajar saya tahu prinsip saya " orang yang baik mesti diberi layanan kelas pertama, yang nakal perlu diubah dengan layanan kelas ketiga".

Semalam saya menerima jemputan FB daripada seorang pelajar yg kini berada di UK. Inilah pelajar kebanggaan saya..ketika mula masuk ke kelasnya...dia tanpa segan silu mengatakan " saya dilahirkan bersama darah yang membenci matematik" tetapi kini dia antara orang yang "bebas" dari subjek matematik setelah memperolehi markah yang tinggi dalam ujian matematik awal ketika berada di UK ( 10 daripada 200 orang). Saya bangga kerana dia antara pelajar yang saya asak untuk memahami matematik sekarang dia telah berjaya.

Bulan 11 nanti, saya akan mengajar semula setelah saya membuat rayuan untuk mengajar agar ilmu tidak berkurangan...jiwa guru..tetap guru

Catatan Raya

Satu syawal bukan merupakan satu hari yang sedih lantaran kita meninggalkan ramadhan...syawal bulan kegembiraan dan bulan ukhwah ....kerana itu syawal atau lebih dikenali sebagai raya perlu diraikan.....

Raya tahun ni, saya bersama keluarga dapat bergambar keluarga di studio...tanpa arwah abah. Tahun ini juga saya sempat ke kampung mentua di Bota...bertemu dengan adik kepada opah isteri..tahun ni jugak kembara aidilfitri batch smkasr1998 masih berjalan seperti biasa..Alhamdulillah...sekadar catatan awal syawal..blog ni lama tidak diupdate jadi sahaja mencatat catatan raya saya tahun ni..



Nur Iffah Najihah bergaya sebelum balik rumah opah di chemor
Tengah hantar Abg An balik Selangor

Lawa tak baju kami?

Aidilfitri Suatu Kemenangan

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua,tangan disusun tanda memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kekhilafan. Sebenarnya aidilfitri merupakan majlis konvokesyen untuk penyampaian ijazah taqwa yang Allah janjikan dalam Al-Furqan. Kegembiraan pada hari raya adalah sesuatu yang dituntut tetapi ianya mestilah selari dengan landasan yang disediakan oleh Maha Pencipta bukannya kita bersukaria dengan bergelumang dengan maksiat dan dosa. Lihat konsep rumah terbuka yang disalah erti oleh artis muda AF ( dalam ASTRO) penuh dengan perkara yang terpesong jauh dari landasan syariat dan adat,andai ada yang menegur jawabnya mereka ini akan dicop sebagai extremis atau pembangkang sedangkan mereka menjalankan tanggungjawab " amar makruf nahi mungkar". Adakah kita lupa tentang tarbiah ramadhan?kita alpa pada suruhan Allah? Atau kita sengaja mencabar rabbul izzati?

Mencari yang halal

Pagi-pagi lagi saya telah ke market Kepala Batas mencari bahan untuk bulan puasa dan jamuan keluarga sempena birthday Najihah. Hari ini berlainan sikit berbanding dengan hari-hari sebelumnya kerana saya dapat melihat bagaimana lalainya umat islam sekarang mencari makanan yang halal. Bagaimana umat islam mengambil fishball,fishcake,mee dan kuehtaw yang dibuat oleh bukan islam sedangkan di Kepala Batas ni banyak bahan-bahan yang dibuatoleh bumiputera islam berbanding dengan tempat lain.

Makanan yang dibuat oleh orang cina sudah pasti tidak halal kerana mereka tidak tahu apa itu halal bagi umat islam. Daging yang halal bukan sahaja bergantung kepada jenis daging tetapi juga total prosesnya. Apabila makanan yang tidak halal ini diproses oleh enzim-enzim di dalam badan untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan zat yang lain, maka akan lahir tenaga yang dihasilkan dari makanan yang halal maka tiada keberkatan...inilah lahirnya akhlak yang buruk.

Makanan ( Haram ) --> Enzim dirembeskan untuk proses pencernaan -->tenaga ( tiada keberkatan)

oleh itu saya menyeru kepada semua yang membaca blog ini agar berusaha membeli yang halal, tunjukkan bahawa kita betul-betul menjaganya misalnya saya di Perak selalu bertanya kepada pemilik kedai makan sebelum saya membuat pesanan...sekiranya jawapan yang diberikan mee/kuehtaw yg meragukan maka saya akan beredar...biar mereka sedar, bahawa ini adalah tanggungjawab semua.

ProAktif

Minggu ni dua kali saya memberikan kata-kata teguran kepada 2 badan induk pelajar di KMPP..iaitu JPP dan AJK Surau...Teguran ini dibuat setelah saya meneliti perjalanan dua badan induk ni suam-suam air sahaja sejak kebelakangan ini. Teguran ini bukan untuk menjatuhkan dan memperkecilkan mereka tetapi sebagai satu momentum untuk mereka menjadi pemimpin masa depan. Nampaknya mereka masih seperti pelajar sekolah menengah yang perlu ditunjuk itu dan ini,tidak mampu berdiri dan berjalan menggunakan kaki sendiri. Mungkin mereka takut atau kurang jelas dengan metlamat dua badan induk ini.

Dari sudut itulah...saya tekankan satu perkatan untuk mereka hadamkan iaitu "proaktif" , seorang pemimpin kena proaktif,bertindak mendepani isu dan keadaan, jangan mengharapkan sesuatu tetapi fikir sesuatu untuk mencapai sesuatu dan jangan putus asa. Ketika Saidina Ali melontar kata-kata " kebaikan yang tidak terancang akan musnah kepada kemungkaran terancang" sebagai motivasi kepada semua bahawa kita seharus kemas perancangan kita agar peerlaksanaannya jugak baik .

AJK SURAU
Anda merupakan imej gerakan islam di bumi KMPP, anda seharusnya menjadi qudwahtul hasanah dan pembawa panji islam...bergerak kalian untuk melaksanakan tugas tersebut.

JPP
Anda badan induk KMPP...janglah leka dengan bilik berhawa dingan ini lupa ada tanggungjawab dibahu anda..


Afi dan Abah

Bagi sesiapa yang mempunyai ASTRO CERIA, satu drama komedi kanak-kanak yang agak popular di situ adalah Afi dan Abah. Kisah Afi yang sentiasa berlumba dengan jirannya tentang kehebatan ayah masing-masing. Semalam ketika saya menemani Najihah melihat cerita tersebut terdetik dalam diri saya mengenai " supermodel" yang dijadikan oleh anak-anak…bagi mereka " My Father is My Hero" dan ayah merekalah sumber kekuatan mereka.

Sekiranya Afi selalu menceritakan kehebatan ayahnya bercerita,menyanyi,bermain dan banyak lagi dalam filem tersebut,bagaimana anak kita nanti…adakah anak kita jugak akan menceritakan kehebatan seperti itu? Saya dan abah-abah yang lain adalah kehebatan mereka..alangkah baik sekiranya mereka menceritakan tentang kehidupan islam yang dibentuk dalam keluarga mereka…mungkin mereka bersaing untuk membaca Al-quran bersama keluarga mereka, bersaing solat bersama keluarga dan pelbagai lagi…

Kita adalah manusia biasa yang tidak mungkin dapat lari dari kesilapan…cumanya kita mesti cuba sedaya upaya kita untuk mendidik diri kita agar nanti anak-anak kita bangga dengan kita dari sudut islamnya .

Saya juga bangga dengan Arwah abah saya yang mengajar dan menunjukkan kepada kami sekeluarga jalan yang diajar oleh islam…walaupun abah bukanlah seorang ustaz hanya mengajar BI namun ajarannya cukup mudah…islam itu kan mudah..masih saya ingat ketika ditawarkan ke SBP di Kuala Pilah selepas UPSR…guru sekolah rendah saya datang untuk menghantar ke rumah…katanya hanya 2 orang sahaja dari sekolah itu yang dapat SBP….abah hanya senyum aje..saya tahu bahawa itu bukan tujuan saya kerana abah sentiasa ingin memastikan bahawa anak-anaknya mendapat didikan sekolah agama dahulu sebelum menceburi aliran lainnya…itulah ketegasan abah dalam memastikan kami sekluarga sentiasa berada dalam penghayatan islam.

Nuzul Al-Quran

Sesungguhnya Al-Quran diturunkan dalam bulan yang penuh rahmat dan berkat Ramadhan. Banyak maknanya Al-Quran ini dalam kehidupan manusia terutama sebagai petunjuk dan kebenaran kepada kita.


Setiap kali menjelang Ramadhan, antara aktiviti wajib adalah musabaqah peringkat antarabangsa..mendengar bacaan Al-Quran yang mengasyikkan terutama daripada Indonesia,Thailand dan Iran. Dalam kesempatan tempoh hari, saya berkesempatan untuk meneliti beberapa biografi Qari dan qariah....apa yang menarik perhatian saya adalah Qari-qari daripada Republik Islam Iran yang terdiri daripada para cendiakawan dan profesional yang hebat. Antara mereka ada yang pakar bedah, jurutera,arkitek,doktor,ahli kimia,pakar nuklear dan pelbagai lagi berbanding dengan qari dan qariah daripada negara kita yang terdiri daripada para ustaz dan ustazah. Alangkah indahnya kalau kita mampu untuk melahir qari daripada para cendiakawan ini...

Sebenarnya, melagukan Al-Quran dengan alunan lagu ( bayati,nahwan,hijjaz dan dll) tidaklah sepenting melaksanakan segala tuntutan Al-Quran. Kebanyakan kita telah lama meninggalkan suatu perkara penting iaitu mentadbur Al-Quran dengan menjelmakan Al-Quran dalam kehidupan kita. Ketika menerima panggilan penempatan ke Matrik pada tahun 2003 yang lalu sudah tergambar dalam fikiran saya untuk membawa para pelajar saya yang tinggi nilai inteleknya untuk mengimbangi ilmu dunia dan akhirat. Jalan itu boleh disusri dengan USRAH yang menekankan segala aspek akademik dan tarbiah. Biarlah dalam satu batch, saya mampu untuk membawa 20 oarang pelajar untuk memhami maksud ini..kerana kualiti lebih penting daripada kuntiti.

Semoga Ramadhan kali ini membawa kekuatan kepada saya untuk menggerakkan segala anggota badan berintima' dengan harakah islamiyah dengan ikhlas.

Madrasah Usrati,Pongsu 1000

Hasrat Seorang Pendidik

" Perbaikilah rumah yang buruk itu kerana ada orang yang ingin berteduh,mungkin juga penghuninya akan mengubah nasibnya nanti..robohlah andai ianya tidak mampu diperbaiki supaya tidak jelek pandangannya"

Tidak ramai akan memahami ungkapan yang dilafazkan oleh thiatumpangsat, seorang sasterawan. Ungkapan khas untuk manusia bergelar pendidik.

Saya merupakan seorang pendidik yang dalam diri ingin mengapai bintang dan menyelusuri pelangi indah buat anak didikku. Dalam usia begini pelbagai harapan ditulis dalam lembaran hati untuk saya jadikan sebagai tujuan seorang pendidik yang bermusafir di bumi Allah ini. Melihat suasana pelajar kini cabaran "KAMI" semakin besar dan perit,namun keperitan itu tidak mungkin menandingi kepayahan manusia yang bergelar KEKASIH ALLAH dalam menyampaikan dakwahnya.

Hasratku yang pertama :
Biarlah saya mampu membawa pelajar saya berada di bawah langit ketaqwaan dan sentiasa berpijak pada bumi keimanan. Saya yakin dan percaya ia akan membawa kepada kejayaan yang gemilang di akhirat kelak. Thiatumpangsat mengatakan rumah itu adalah pelajar atau akhlak pelajar...andai ada dikalangan pelajar kita yang tercicir pada jalan perjuangan ilmu ini,maka kewajiban kepada kita untuk membina semula peribadi mereka kerana mungkin dengan usaha kita, mereka mampu berubah untuk membina kehidupan yang cintakan Allah. Tetapi inilah kita,insan biasa yang tidak mampu mengubah orang dengan sekelip mata...kita belum tentu berjaya...andailah pelajar kita ini sudah tidak mampu bagi kita dan ia menjadi barah kepada pelajar yang lain...maka jalannya adalah meroboh aje rumah itu.

Hasratku kedua
Mereka berjaya jauh lebih baik dariku..... Sebab itu saya acapkali mengatakan kepada mereka hanya ilmu akan mengubah kamu dari seorang petani kepada seorang pengusaha, dari juruteknik kepada jurutera, dari pelajar kepada pendidik dan kerani kepada pegawai. Biar mereka ini baik kerjanyabaik pula akhlaknya.

Hasratku ketiga.
Menjadi warganegara Islam dan Malaysia yang unggul..berterima kasih kepada manusia yang berbakti kepada kita dan bersyukur dan bertaqwa kepada urusan agama. Biarlah masyarakat kita merasai segala "sumbangan" pelajar-pelajar ini dalam membina negara. Berterima kasihlah kepada seluruh rakyat yang mengeluarkan cukai yang banyak menyara kehidupan pelajar...jangan kita hanya melihat kepada gaji yang besar tapi melihat pengorbanan ini...


pongsu 1000

Tazkirah Ramadhan 4 : Fasa kedua

Salam Ramadhan Karim...

Kini kita berada dalam fasa kedua dalam Ramadhan,yang dikatakan sebagai fasa keampunan. Ini bererti Ramadhan telah berlalu dan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Nampaknya dari pandangan peribadi insan kerdil melihat Ramadhan kali tidak banyak membawa perubahan kepada masyarakat kita.Jika dahulu masyarakat apabila tiba Ramadhan akan mengubah cari hidup mereka dari jahil kepada benar,gelap kepada cahaya dan derhaka kepada taat namun kita hanya tidak makan dan minum disiang hari serta bersolat tarawikh pada malamnya, yang lain semuanya sama dengan bulan yang lain.

Kita mengharapkan Ramadhan mampu meredakan kesibukan bermaksiat dan melanggar syariatnya, bukan sahaja meredakan malah menjadi momentum untuk menjadi insan soleh atau solehah. Akhbar-akhbar tidak mampu berpuasa daripada melakarkan kisah-kisah benar ketidak taatan manusia di bumi ini. Zina,membunuh dan mencuri tidaklah mengurang dalam masyarakat kita. Malah ada yang menganggap Ramadhan hanya bulan biasa sahaja tiada apa keistimewaannya. Buat apa lapar dahaga sedangkan solat tidak ditunainya. Mana mungkin bangunan dibina tanpa tertegaknya tiang agama.

Kita sudah tidak berperasaan pada biah masyarakat islam. Umat islam dah tidak malu untuk melakukan kesalahan di khalayak ramai,tidak menghormati ramadhan bulan mulia..ketika nilai agama kita tinggalkan jauh kebelakang jauh dari hati dan iman.

Madrasah Pongsu 1000

Ujian Ramadhan

Sekali lagi ujian Ramadhan buat saya dan keluarga….dalam minggu ni, Allah menguji kami sekeluarga bermula dengan Kak Long yang muntah-muntah start hari sabtu ….kemudian adik Fudhail mula muntah dan cirit-birit mengikuti jejak Kak Long…Alhamdulillah nampaknya anak-anak saya semakin elok…semalam giliran saya dan ummi kena dugaan virus tersebut…virus ni datangnya dari nursery anak..sebab tu ramai kawan-kawan saya yang terkena juga penyakit ini…

Saya hanya terkenangkan satu nasyid ketika kanak-kanak dahulu…

" Sayang-sayang orang kaya tak sembahyang…Nabi Sulaiman lagi kaya lagi Sembahyang
sayang-sayang orang tampan tak sembahyang…Nabi Yusof lagi tampan lagi sembahyang
sayang-sayang orang sakit tak sembahyang…Nabi Ayub lagi sakit lagi sembahyang……"

Benarlah maksud lagu tersebut…saya rasa waktu diuji Allah dengan sakit ini menyebabkan aku tak mampu untuk mendirikan ibadah untuk mangimarahkan ramadhan….Dalam diri hanya mampu berdoa untuk Allah berikan kekuatan dalam diri sebagai momentum kepada ibdah ramadhan