Menangis kepada Diri

Semalam,
aku seorang pejuang yang merintis jalan pengorbanan,
aku seorang pemimpin membawa mahasiswa ke puncak kegemilangan,
aku sorang penuntut kesana dan kesini bersama buku-buku yang tebal,
aku seorang insan yang bersama sahabat yang sama akalnya maka samalah tindakannya,
aku sering ditegur andai silap,dipimpin andai jatuh,disapa andai bertemu,
ditanya andai tidak tahu,dibasuh andai kotor dan dimarahi andai silap geraknya

hari ni,
aku rindu kehidupan lampau,
bersama rakan perjuang yang cakapnya bahasa indah,ana-anta-anti
malamnya dihidup dengan tahajjud,yang 5 waktu bersapa di Masjid
aku rindu pada kezaliman manusia pengecut dan pembodek yang mematangkan aku
aku kini sepi dan sering jalan tidak bergerak,
aku ingat baiah aku padaMU untuk wakafkan diri demi islam
"dengan darah dan jiwa untuk aku persembahkan bagi Islam"

Esok,
aku harap berubah kembali mencari diriku yang hilang

Benarkah dia.....

Aku nukilkan ini untuk tatapan pelajarku yang bakal bergelar pendidik-

Benarkah itu guruku,
Pakaiannya umpama aku,
malah lebih selekeh dariku...

Benarkah dia guruku,
Semalam ia berbicara tentang ilmu,
Hari ini dia lupa dengannya

benarkah dia guruku...
Katanya islam mengatur cara hidup dengan sempurna
namun dia tahu auratnya tidak dijaga

Benarkah dia guruku,
aku tidak didiknya dengan hati,
tapi diasuh guna gaji
kadangkala macam tidak peduli
apa nak jadi dengan kami

Benarkah dia guruku,
Peribadinya tiada gambaran pendita ilmu,
akhlaknya bukan akhlak pembimbing ilmu
wajahnya bukan dicahayai dengan nur illahi

Guru bukan hanya satu kerjaya
yang cukup bulan gaji diterima,
tetapi guru adalah insan mulia,
kerananya mengatur manusia...


salam pendidik

Lama tetapi sebentar....

Sudah lama tidak aku coretkan dalam blog ini, lantaran kesibukkan dengan tugas pendidik dan kehidupan sebagai ketua keluarga. Walaupun lama tidak mencoret,kesibukan hidup dalam dunia fana ini menyebabkan aku rasa ianya sebentar,aku rasa seumpama baru semalam aku menulis dan mencoretnya di alam maya ini.
esok akan berangkat ke mutiara negeri Kedah ,Pulau Langkawi untuk kursus, sekali lagi aku akan meninggalkan Kolej untuk agenda aku yang sentiasa mengorbankan masa untuk keluarga dan pelajar. Itulah pengorbanan seorang Pendidik..

"Kita benci kepada apa yang kita tidak tahu??

Pagi tadi ana terima 6 email yang berkaitan dengan pemboikotan KFC relevan atau tidak?? Dalam email tersebut terdapat satu surat dari beberapa "orang kuat" KFC. Ana tidak berminat untuk membincangkan isi email tersebut,ana hanya ingin mengajak kita semua berfikir. Waktu awal serangan Regim Zionis terhadap israel,ana maklumkan kepada pelajar ketika kuliah maghrib bahawa apa yang kita nak buat kena pastikan dahulu kebenarannya. Ana pernah terima msg bertulis tentang Lina Joy menang kes mahkamah dan mohon ana menyebarkannya...sebelum sebar ana pun check keshohihannya,rupanya salah..Jadi kalau aku sebarkan maka aku sebarkan benda yang salah...apa hukumnya ye???

fikir-fikirkan

Coretan Awal 2009


Awal 2009,tahun baru yang memberi makna kepada hidup kita. Kita semakin menghampiri ajal yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Aku sempat coretkan beberapa "perkara" yang menarik dan menyedihkan

1. Dunia makin sedar bahawa kita selama ini dikuasai oleh virus regim Israel. Kenapa aku kata begitu?jawapannya mudah sebab waktu pengistiharan boikot barangan yang memberi sumbangan kepada Israel,kita rasa sukar sebab ada yang jadi darah daging kita. Paling terasa anak kecil kita,mereka tak tahu apa yang MILO,KITKAT dan Macdonald buat hingga ibubapa ( termasuk aku) mengatakan mereka jahat dan teruk. Mereka mungkin tak yakin bila kita kata Mickey Mouse yang comel tu JAHAT.

2. Dunia Islam perlu bangun untuk mewujudkan barangan Alternative kepada barangan yang kita boikot. Nak boikot Intel ( aku pun guna Intel sekarang) kita kena ada alternative agar kita tak ketinggalan dalam kemodenan..Apple pun mesti terlibat jugak dengan Regim. kalau KFC, gantinya RFC,Huggies ada Drypers jadi barangan ni mesti kita boikot secara total


3.Dunia terlalu jauh dengan agama dan budaya. Aku cerita masyarakat kita kat Malaysia. Aku bimbang tambah geram apabila sambutan tahun baru di Sunway Lagoon dipenuhi remaja yang memakai pakaian GILA dan jauh terpesong dari jalan budaya. Tak sensitive atau sengaja tak sensitif.

Israel,bangsa dilaknat Allah dicaci Makhluk

Ketika aku menulis tajuk ini, sudah hampir 2 minggu lebih , tentera Laknat Israel menyerang Palestin. Dari kaca mata astro awani dan Bernama-TV,aku selalu mengikuti perkembangan Bumi suci Umat islam yang ketiga itu. Kadang-kadang membaca blog atau website yang menceritakan kisah duka Palestin dan kekejaman tentera Israel. Aku ternanti-nanti kesatuan umat islam yang utuh umpama yang digambarkan dalam Surah Asshaf bergerak membantu Palestin namun yang aku dapat kekecewaan pada Mesir, Arab Saudi dan negara arab lain. Mereka takut dan tunduk kepada Israel dan Amerika. Dalam astro awani memberitahu tentang US bagi 300 tan peluru ke Israel. Mahmud Abas ( PA ) sama dengan pemimpin Arab yang lain..malu kepada PM Venezuela sahaja kita ni.

Semalam waktu layari palestinkini.com,aku gembira sebab aku boleh tahu perkembangan mereka dalam bahasa Melayu,namun aku kecewa apabila dalam ruangan chat ada yang menunjukkan kematangan palsu/kurang cerdik kerana mencaci malah menkafirkan umat islam yang lain. Hizbullah- kumpulan pejuang dari Lubnan dicaci kerana mereka Shiah. Inilah dunia islam,aku mungkin tak mahu sangat respon sebab bukan tahu sangat hal-hal ni..mungkin kita ada sikap yang mengatakan kita sahaja yang betul yang lain, salah.Bagi aku mudah,daripada aku menghukum perkara yang aku tak tahu baik aku mendiamkan diri supaya aku tak di"claim" sesiapa di Akhirat kelak. Aku menunggu setiap saat bilalah HAMAS dan HIZBULLAH akan memenangi peperangan ini..supaya ianya menjadi BOM ATOM kepada negara pengecut Arab yang lain.

"MinMakhlukIlalMakhluk"

Biasa pada luarbiasa

Semalam ketika bertemu dengan sahabat-sahabat, aku memulakan bicara tentang manusia yang tersasar dari landasan agama. aku menggunakan bahasa terlanjur kepada mereka yang berpegangan tangan dan bersentuhan antara berlainan jenis yang dihalalkan bagi mereka nikahi. Kebanyakan sahabat-sahabat tidak bersetuju malah mengatakan bahasa yang kasar kerana mereka masih belum mengadakan hubungan seks.Malah ditambah suara yang menghina para dai'e yang dikatakan sering menggunakan bahasa yang kasar untuk menawan hati madhu'. Mungkin benar telahan sahabat aku ni, islam perlu mendekatan yang lembut dan berhikmah. Dan inilah sebabnya apabila berlaku sesuatu golongan insan yang sayangkan agama melakukan "OPS" atau "SQUAD CEGAH MASIAT seperti jabatan agama yang menyerbu pusat-pusat hiburan, mereka akan dan sering dipersalahkan kerana dikatakan mereka tidak berhemah.

Pencegahan dalam islam bolehlah dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu pendidikan (pemberian ilmu) dan hukuman ( penguatkuasaan). Islam menyeru umat bersembahyang dari umur 7 hingga 10 tahun sebagai langkah pendidikan namun andai ianya tidak membina maka rotan digunakan erti kata yang lain satu bentuk hukuman untuk memastikan makruf itu berjalan. Ilmu sentiasa diberikan dengan sistem pendidikan negara,kalau kita hitung tahunnya dari tahun aqil baliqh ( secara purata 13 tahun) hingga ke tingkatan 5, hampir lima tahun proses pendidikan diberikan,berbuih mulut pendidik agama membincangkan dan menerangkan perihal agama. Kini biarlah penguatkuasaan pula mengambil tempatnya sebagai alat pencegahan. Jangan kita persalahkan mereka yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil langkah ini,Jabatan agama islam setiap negeri,NGO yang mendokongi ISLAM yang menjalankan urusan fardhu kifayah ini seharusnya diberi sokongan dan bantuan. jangan pula ada "tangan ghaib" yang mengganggu proses ini....
Bahasa pendakwah mungkin nampak kasar apabila bahasa lembutnya tidak berfungsi, kasar itu sebenarnya berhemah ketika itu. Yang sepatutnya kita bincang adalah " si pembuatnya tapi yang di"highlight"kan si pencegahnya. Media pula menjadi batu api dan teguh mempertahankan kita perlu berdakwah secara hikmah dan membebaskan si pembuatnya. Kita biasa melihat maksiat remaja berpegangan tangan ,berpelukan dan bermesraan , sepatutnya ia sebenarnya luar biasa kepada masyarakat islam. Kita luarbiasa kepada remaja yang berimejkan islam dan menghayati cara hidup islam walaupun sepatutnya ia biasa bagi masyarakat islam.