Selamat Hari Bapa...

Selamat Hari Bapa...My Hero is my father...

Inilah ucapan-ucapan sempena hari bapa, melahirkan kata-kata ikhlas untuk menyatakan terima kasih kepada bapa yang banyak berkorban untuk kita..Bukan ucapan itu yang diminta dari kasihnya bapa dan bukan balasan itu yang mereka pohon atas pengorbanan mereka...

Bulan ini hari bapa dan bulan ini jugalah mengingatkan pemergian abah tercinta setahun yang lalu. Pengorbanan abah tidak dapat ku balas. Abah pergi ketika kami belum dapat menyempurnakan tanggungjawab kami sebagai anak. Ketika di tingkatan 2, abah jatuh kena serangan "ahmar", dan sejak itu abah tidak dapat meneruskan tugasnya yang bagi kami hebat dan sangat memberangsangkan. masih ingat dalam minda , abah belikan kereta control waktu pulang dari haji walaupun sumber kewangan abah bukanlah mewah ketika itu. Kalau nak ditulis kenangan-kenangan abah sudah pasti penuh blog ni dan basah baju dengan airmata..tapi yang paling penting, doa dan amalan yang mampu dikirimkan buat insan bergelar abah yang setahun meninggalkan kami......

"Al-Fatihah buat abah tercinta Shahar Murshid b Abu bakar
1 Response
  1. Riyahah Says:

    Doakan untuk abah...