Bermusafir untuk menuntut ilmu

Musafir kali ini bukanlah diri sendiri tetapi seorang sahabat seperjuangan di bumi Minden. Baru-baru ni kat Shah Alam dapat bertemu dengan dia walaupun hanya seketika sebelum beliau berangkat ke bumi asing. Paling kagum dengan dia adalah semangat dia dalam menuntut ilmu...bermula dengan Diploma Teknologi Makmal ( DTM ) kemudian sambung juga di USM dalam Sains Kajihayat...kemudian sambung sarjana..sekarang berada di US bagi PHD. Untung belia kerana dapat penajaan untuk tenaga pengajar USM...ini bermakna USM juga untung bakal mendapat pensyarah yang komited, bermotivasi dan beragama...bagi saya satu persoalan timbul..
." tak bosan ker belajar lama?" awabnya mudah... kata Junjungan " Minnal Mahdi Ilallahdi"...dari lahir hingga ke liang lahad...kiranya dia ni ikut saranan nabi. Dia selalu lepak kat bilik waktu di 1st year ( saya time tu 3rd year ) umur sama tapi semangat dia lebih dan sayang dia pada ilmu lebih . Banyak pengalaman bersama dia ni..termasuk minum air feri-feri ( nama lain bagi air dari cafe harapan yang dibeli untuk disedekahkan dalam bilik) dan berbincang soal perjuangan.

untuk Wan Zaki:Moga terus berjaya dan terus istiqamah dengan perjuangan..





buat pelajarku : jadikan sahabat saya sebagai satu bentuk motivasi kepada anda..
0 Responses