Tahun ni merupakan tahun pertama saya tidak mengajar mana-mana praktikum setelah BMKPM menyatakan semua penolong pengarah tidak mengajar dan hanya menumpukan kepada pengurusan. Tahun ini amat berbeza hidup saya, dari seorang berjiwa pendidik terpaksa mengubah " setting" ke mode mengurus,dari "tutorial room " ke " meeting room" dan dari matematik bertukar ke akta 174.
Dahulu ramai yang menghantar sms mengucapkan aidilfitri dan memohon restu ketika syawal sekarang hanya exstudent ( kalau diaorang masih ingat ) yang mengirimkannya. Seorang pendidik tidak mengharapkan balasan sebegitu dari pelajarnya tetapi balasan kejayaan pelajar samaada kejayaan dunia atau kejayaan akhirat. Namun itulah satu kehilangan yang saya rasai. Dahulu saya mengenali ramai pelajar dan mereka juga rapat dengan saya...mereka yang pernah dididik oleh saya pasti mereka tidak kekok bercakap dan bermesra dengan saya berbanding sekarang saya lebih dikenali sebagai seorang yang garang,bengis,brutal dan pemarah kerana tanggungjawab sebagai penolong pengarah HEP ini melayakkan status itu kepada saya. Kalau dahulu,bekas pelajar saya tahu prinsip saya " orang yang baik mesti diberi layanan kelas pertama, yang nakal perlu diubah dengan layanan kelas ketiga".
Semalam saya menerima jemputan FB daripada seorang pelajar yg kini berada di UK. Inilah pelajar kebanggaan saya..ketika mula masuk ke kelasnya...dia tanpa segan silu mengatakan " saya dilahirkan bersama darah yang membenci matematik" tetapi kini dia antara orang yang "bebas" dari subjek matematik setelah memperolehi markah yang tinggi dalam ujian matematik awal ketika berada di UK ( 10 daripada 200 orang). Saya bangga kerana dia antara pelajar yang saya asak untuk memahami matematik sekarang dia telah berjaya.
Bulan 11 nanti, saya akan mengajar semula setelah saya membuat rayuan untuk mengajar agar ilmu tidak berkurangan...jiwa guru..tetap guru
Pagi-pagi lagi saya telah ke market Kepala Batas mencari bahan untuk bulan puasa dan jamuan keluarga sempena birthday Najihah. Hari ini berlainan sikit berbanding dengan hari-hari sebelumnya kerana saya dapat melihat bagaimana lalainya umat islam sekarang mencari makanan yang halal. Bagaimana umat islam mengambil fishball,fishcake,mee dan kuehtaw yang dibuat oleh bukan islam sedangkan di Kepala Batas ni banyak bahan-bahan yang dibuatoleh bumiputera islam berbanding dengan tempat lain.
Makanan yang dibuat oleh orang cina sudah pasti tidak halal kerana mereka tidak tahu apa itu halal bagi umat islam. Daging yang halal bukan sahaja bergantung kepada jenis daging tetapi juga total prosesnya. Apabila makanan yang tidak halal ini diproses oleh enzim-enzim di dalam badan untuk menukarkan makanan kepada tenaga dan zat yang lain, maka akan lahir tenaga yang dihasilkan dari makanan yang halal maka tiada keberkatan...inilah lahirnya akhlak yang buruk.
Makanan ( Haram ) --> Enzim dirembeskan untuk proses pencernaan -->tenaga ( tiada keberkatan)
oleh itu saya menyeru kepada semua yang membaca blog ini agar berusaha membeli yang halal, tunjukkan bahawa kita betul-betul menjaganya misalnya saya di Perak selalu bertanya kepada pemilik kedai makan sebelum saya membuat pesanan...sekiranya jawapan yang diberikan mee/kuehtaw yg meragukan maka saya akan beredar...biar mereka sedar, bahawa ini adalah tanggungjawab semua.
Minggu ni dua kali saya memberikan kata-kata teguran kepada 2 badan induk pelajar di KMPP..iaitu JPP dan AJK Surau...Teguran ini dibuat setelah saya meneliti perjalanan dua badan induk ni suam-suam air sahaja sejak kebelakangan ini. Teguran ini bukan untuk menjatuhkan dan memperkecilkan mereka tetapi sebagai satu momentum untuk mereka menjadi pemimpin masa depan. Nampaknya mereka masih seperti pelajar sekolah menengah yang perlu ditunjuk itu dan ini,tidak mampu berdiri dan berjalan menggunakan kaki sendiri. Mungkin mereka takut atau kurang jelas dengan metlamat dua badan induk ini.
Dari sudut itulah...saya tekankan satu perkatan untuk mereka hadamkan iaitu "proaktif" , seorang pemimpin kena proaktif,bertindak mendepani isu dan keadaan, jangan mengharapkan sesuatu tetapi fikir sesuatu untuk mencapai sesuatu dan jangan putus asa. Ketika Saidina Ali melontar kata-kata " kebaikan yang tidak terancang akan musnah kepada kemungkaran terancang" sebagai motivasi kepada semua bahawa kita seharus kemas perancangan kita agar peerlaksanaannya jugak baik .
AJK SURAU
Anda merupakan imej gerakan islam di bumi KMPP, anda seharusnya menjadi qudwahtul hasanah dan pembawa panji islam...bergerak kalian untuk melaksanakan tugas tersebut.
JPP
Anda badan induk KMPP...janglah leka dengan bilik berhawa dingan ini lupa ada tanggungjawab dibahu anda..
Sesungguhnya Al-Quran diturunkan dalam bulan yang penuh rahmat dan berkat Ramadhan. Banyak maknanya Al-Quran ini dalam kehidupan manusia terutama sebagai petunjuk dan kebenaran kepada kita.
Setiap kali menjelang Ramadhan, antara aktiviti wajib adalah musabaqah peringkat antarabangsa..mendengar bacaan Al-Quran yang mengasyikkan terutama daripada Indonesia,Thailand dan Iran. Dalam kesempatan tempoh hari, saya berkesempatan untuk meneliti beberapa biografi Qari dan qariah....apa yang menarik perhatian saya adalah Qari-qari daripada Republik Islam Iran yang terdiri daripada para cendiakawan dan profesional yang hebat. Antara mereka ada yang pakar bedah, jurutera,arkitek,doktor,ahli kimia,pakar nuklear dan pelbagai lagi berbanding dengan qari dan qariah daripada negara kita yang terdiri daripada para ustaz dan ustazah. Alangkah indahnya kalau kita mampu untuk melahir qari daripada para cendiakawan ini...
Sebenarnya, melagukan Al-Quran dengan alunan lagu ( bayati,nahwan,hijjaz dan dll) tidaklah sepenting melaksanakan segala tuntutan Al-Quran. Kebanyakan kita telah lama meninggalkan suatu perkara penting iaitu mentadbur Al-Quran dengan menjelmakan Al-Quran dalam kehidupan kita. Ketika menerima panggilan penempatan ke Matrik pada tahun 2003 yang lalu sudah tergambar dalam fikiran saya untuk membawa para pelajar saya yang tinggi nilai inteleknya untuk mengimbangi ilmu dunia dan akhirat. Jalan itu boleh disusri dengan USRAH yang menekankan segala aspek akademik dan tarbiah. Biarlah dalam satu batch, saya mampu untuk membawa 20 oarang pelajar untuk memhami maksud ini..kerana kualiti lebih penting daripada kuntiti.
Semoga Ramadhan kali ini membawa kekuatan kepada saya untuk menggerakkan segala anggota badan berintima' dengan harakah islamiyah dengan ikhlas.
Madrasah Usrati,Pongsu 1000