Tazkirah Ramadhan 4 : Fasa kedua

Salam Ramadhan Karim...

Kini kita berada dalam fasa kedua dalam Ramadhan,yang dikatakan sebagai fasa keampunan. Ini bererti Ramadhan telah berlalu dan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Nampaknya dari pandangan peribadi insan kerdil melihat Ramadhan kali tidak banyak membawa perubahan kepada masyarakat kita.Jika dahulu masyarakat apabila tiba Ramadhan akan mengubah cari hidup mereka dari jahil kepada benar,gelap kepada cahaya dan derhaka kepada taat namun kita hanya tidak makan dan minum disiang hari serta bersolat tarawikh pada malamnya, yang lain semuanya sama dengan bulan yang lain.

Kita mengharapkan Ramadhan mampu meredakan kesibukan bermaksiat dan melanggar syariatnya, bukan sahaja meredakan malah menjadi momentum untuk menjadi insan soleh atau solehah. Akhbar-akhbar tidak mampu berpuasa daripada melakarkan kisah-kisah benar ketidak taatan manusia di bumi ini. Zina,membunuh dan mencuri tidaklah mengurang dalam masyarakat kita. Malah ada yang menganggap Ramadhan hanya bulan biasa sahaja tiada apa keistimewaannya. Buat apa lapar dahaga sedangkan solat tidak ditunainya. Mana mungkin bangunan dibina tanpa tertegaknya tiang agama.

Kita sudah tidak berperasaan pada biah masyarakat islam. Umat islam dah tidak malu untuk melakukan kesalahan di khalayak ramai,tidak menghormati ramadhan bulan mulia..ketika nilai agama kita tinggalkan jauh kebelakang jauh dari hati dan iman.

Madrasah Pongsu 1000

Ujian Ramadhan

Sekali lagi ujian Ramadhan buat saya dan keluarga….dalam minggu ni, Allah menguji kami sekeluarga bermula dengan Kak Long yang muntah-muntah start hari sabtu ….kemudian adik Fudhail mula muntah dan cirit-birit mengikuti jejak Kak Long…Alhamdulillah nampaknya anak-anak saya semakin elok…semalam giliran saya dan ummi kena dugaan virus tersebut…virus ni datangnya dari nursery anak..sebab tu ramai kawan-kawan saya yang terkena juga penyakit ini…

Saya hanya terkenangkan satu nasyid ketika kanak-kanak dahulu…

" Sayang-sayang orang kaya tak sembahyang…Nabi Sulaiman lagi kaya lagi Sembahyang
sayang-sayang orang tampan tak sembahyang…Nabi Yusof lagi tampan lagi sembahyang
sayang-sayang orang sakit tak sembahyang…Nabi Ayub lagi sakit lagi sembahyang……"

Benarlah maksud lagu tersebut…saya rasa waktu diuji Allah dengan sakit ini menyebabkan aku tak mampu untuk mendirikan ibadah untuk mangimarahkan ramadhan….Dalam diri hanya mampu berdoa untuk Allah berikan kekuatan dalam diri sebagai momentum kepada ibdah ramadhan

Tazkirah Ramadhan 3 : Benarkah begitu?kenapa tidak ditanya?

Salam Ramadhan...

Minggu lalu , saya ada menerima beberapa SMS mengatakan Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia dan mohon dipanjangkan SMS tu kepada kawan-kawan yang lain....terkejut jugak saya membaca SMS tersebut...adakah akan ada lagi kehilangan satu bintang dakwah selepas Ustaz Asri Rabbani? Tanpa melengah waktu saya terus menghubungi sahabat saya yang agak rapat dengan Ustaz Ismail Kamus...sahabat saya kata " malam semalam meninggalnya, tapi pagi tadi Ustaz solat Subuh di Mekah" ohh...rupanya satu SMS palsu. Sebelum ini saya juga pernah menerima SMS berkaitan dengan LINA JOY...dan jugak mohon dipanjangkan, sedangkan maklumat yang diberi adalah salah dan meragukan.


 

Apa yang ingin saya sampaikan adalah mengapa kita memanjangkan sesuatu yang salah kepada orang lain sedangkan kita belum tahui kebenarannya...kenapa ditanya sebelum memanjangkan sms tersebut. Seperti maklumat yang disampaikan oleh media elektronik yang lain...kenapa terus kita percaya kenapa tidak kita mendengar dari pihak yang dituduh atau dikeji tersebut. Sebagai warga Perak, saya pernah terbaca satu artikel dalam akhbar tempatan berkaitan tentang Kerajaan Perak menyerahkan tanah kepada kaum cina di kampong baru...sepanjang artikel itu dijadikan sebagai peluru untuk sebuah kerajaan baru dipimpin oleh DS Nizar..saya terus melayari akhbar alternative dan menghubungi sahabat-sahabat yang berada di Perak...rupanya cerita agak berlainan...tanah untuk kampong Baru cina yang telah lama mereka duduki...dan tanah itu kurang daripada tanah yang dikurniakan kepada penduduk kg tersusun ( majoritinya melayu) tetapi saying cerita tentang kg tersusun dilenyapkan dari artikel akhbar utama Negara...sebab itu kita kena sisat,kaji sebelum mengeluarkan sebarang pandangan.

Waktu saya terpilih menjadi MPP suatu ketika dahulu, tiap hari 5 akhbar say abaca untuk memberikan gambaran sebenar...bukan hanya ikut satu pihak yang banyak penipunya....


 

Pongsu Seribu

Labels: 0 comments | edit post

Tazkirah Ramadhan 2 : Mengikut perasaan atau iman

Dalam melaksanakan segala hukum atau perintah Allah , kekuatan dan momentum iman yang akan mengerakkan segala anggota badan agar mematuhi dan mengikutinya. Tidak hairanlah ramai di kalangan kita tidak dapat melakukannya kerana tidak ada momentum iman yang mengarahkan anggota badan melakukan.

Semalam, saya sempat berbicara dengan seorang senior sewaktu membantu beliau dengan tugasan… dia memberikan satu contoh bahawa keyakinan iman yang ada dalam tubuh badan kita amat berbeza dengan perasaan..sambil dia berseloroh " Kenapa kalau kita kentut kena ambil sembahyang?" kenapa kita tak basuh tempat keluar kentut aje?" dia menambah lagi " itulah beza antara perasaan dan keyakinan iman..kalau ikutkan perasaan mestilah di situ kita akan basuh sebab muka dan seluruh anggota wuduk yang lain tidak terlibat dengan " kentut"…. Tetapi keyakinan imanlah yang menyebabkan kita mengambil wudhuk semula tanpa pernah mempersoalnya." . Amat tertarik saya dengan Hujahnya, Kalau ikut perasaan sudah pasti wanita akan memberikan alasan panas,rambut akan kusut, sakit kepala dan pelbagai alasan lagi apabila diminta untuk bertudung,tetapi apabila kita mempunyai momentum iman, itu semua hanyalah satu dugaan.

Dalam Ramadhan ini, marilah kita membina sebanyak mungkin momentum agar diwaktu lain momentum ini akan mengerakkan seluruh anggota untuk mentaati Allah…


 

Pongsu Seribu

11.35 AM

Labels: 0 comments | edit post

Tazkirah Ramadhan 1 :Pelajarku ...Kalianlah Pewaris Kepimpinan Negara

Ketika ini dunia semakin ketandusan kepimpinan yang melafazkan ketaatan secara ikhlas dan sempurna kepada Rabbul Jalil hinggakan dunia semakin lari dari landasan petunjuk darinya. Ramadhan ini merupakan satu " universiti " iman dan taqwa yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bersifat membina kerapatan dengan Allah dan mencipta akhlak dan peribadi dari acuan agama, maka pelajarku...seruanku kepada kalian jadilah ramadhan kali ini sebagai permulaan untuk kalian membina segala komponen akhlak,sikap dan peribadi seperti yang digariskan oleh Allah agar ia akan menjadi bunga yang sentiasa menguntum dan mewangi dalam hidup kalian.

Lihatlah dunia sekarang, pemimpin semakin lari dari landasan agama...waktu saya membaca kisah seorang pemimpin Islam dari Republik Islam Iran iaitu Ahmedi Neejad daripada buku yang dihadiahkan seorang sahabat kepada saya, maka saya mula memuhasabah diri saya dan melihat pemimpin kita sekarang. Entah berapa ramai yang ikut acuan agama dalam memimpin?? Agak kurang nampaknya, mereka mewah dengan harta rakyat dan merompak segalanya. Bagaimana islam mahu memimpin sekiranya pemimpin islam sedemikian rupa? Lihat di bumi Haramain, pemimpin yang didalamnya 2 tanah haram juga menjadi pemimpin yang mewah.

Pelajarku...mulakan langkah hari ini, semoga kalian bakal memimpin Negara dengan ijazah akhlak dari university ramadhan. Andai kalian tidak sebagai pemimpin,maka kalian mesti berkerja dengan garisan Islam...kalian jadilah jurutera yang patuh agama jangan hingga roboh bumbung stadium angkara manusia tidak beramanah, andai kalian seorang Doktor, nasihatlah pesakit anda dengan nasihat agama dan janganlah hanya pentingkankan kekayaan sahaja.


 

Chemor
12.16 PM

Labels: 0 comments | edit post

Gamitan Ramadhan

Selamat datang Ramadhan…kedatanganmu memanglah dinanti-nanti oleh umat islam yang bertaqwa…kerana di bulan ini umpama pesta ibadah waktu untuk mengumpul sebanyak mana bonus yang diberikan oleh Rabbul-Jalil. Ramadhan kali ini dipenuhi dengan pelbagai dugaan seperti H1N1,pilihanraya Permatang Pasir,Exco Kedah keluar parti,ekonomi yang tidak stabil dan kesihatan , dugaan ini menguji ibadah kita.


 

Bukannya post ini untuk membincangkan dugaan tersebut tetapi ingin memaksa pembaca untuk membuat penilaian kepada kehidupan kita. Puasa merupakan menahan diri daripada melakukan perkara yang dibenarkan oleh Allah pada bulan yang lain seperti makan,minum,bersama isteri/suami dan banyak lagi…kalaulah yang halal pun diminta untuk kita menahannya…sudah pasti yang haram dijauh langsung dari kita. Cuba kita lihat dari luaran kita – adakah pakaian kita memenuhi suruhan agama untuk menutupnya….bukan waktu Ramadhan sahaja kita menitikberat perkara tersebut. Jangan pula kita jadi pelancong dari Jepun yang dipaksa untuk memakai selendang kepala oleh kerana ingin melawat masjid Putrajaya…jangan hanya waktu sembahyang sahaja kita menutup aurat tetapi waktu lain kita lupa akannya. Jangan hanya waktu berada di Masjid sahaja islam itu wujud atau hanya waktu solat sahaja kita kenal apa itu islam. Jangan hanya Ramdhan sahaja kita menjadi islam sedangkan 11 bulan yang lain islam itu disimpan. Harapannya ramadhan kali ini menjadi kekuatan kepada kita untuk berubah kepada yang lebih baik.


 

"Islam sentiasa di hati selagi kita bernyawa bukan diwaktu dan tempat tertentu"

Labels: 0 comments | edit post

Berbicara dengan Anak


Seperti lagu Halim Yazid yang mengisahkan perihal anak-anak yang sering bertanya kepada tentang pelbagai hal.
" Anak Hambo tanyo nak buat ghapo peti sejuk?" hambo groyak kat dio tok seh buwi ike busok"

Ini baru tanya perihal barangan atau alatan belum lagi bertanya tentang aqidah dan tauhid...mesti susah untuk kita menjawabnya.

Sabtu yang lepas, saya melihat astro 611- ceria ruangan Abg Kush bercerita..dalam ruangan tersebut Kush bercerita tentang malaikat. Anak saya , Najihah bertanya kepada saya " Abah..kenapa kita tak boleh tengok malaikat?" puas juga saya memikirkan jawapannya...saya menjawab " malaikat dibuat dari cahaya...jadi kita tak leh nampak" ..( betulkah jawapan ni) Najihah angguk dan menambah lagi dengan nada dia " ohh.. Malaikat ni macam Allah kan abah...kita tak boleh tengok Allah, tapi Allah boleh tengok kita". Terkejut juga dengan jawapan dia, mungkin ummi ada mengajar tentang perihal ini kepadanya dan dia mengaitkan dengan usul malaikat ni.

Ketika dalam perjalanan pulang ke KMPP, dalam kereta Najihah bertanya lagi, kali ni Qada' dan Qadar selepas dia mendengar nasyid "rukun Iman" dari cd yang disukainya. Kali ni , saya terdiam dan kelu nak menjawabnya...nasib baik ummi beri jawapan " Najihah ada tok wan tak?tok wan Shahar dan tok wan Mokhtar pi mana?Mati tu antara qada' dan qadar Allahlah. Tak pasti Najihah faham atau tidak dia terus menangis, katanya teringat tok wan. Ummi minta dia bacakan fatihah untuk disedekahkan kepada Arwah, Najihah teruskan persoalan " kalau dah baca doa, tokwan mai balik ker?" Ummi jawab " kita jumpalah kat syurga tetapi kita kena jadi orang baik dulu"

Mungkin inilah cabaran kita dalam mendidik anak-anak..Ia bergantung kepada jawapan kita kepada mereka.