Sekali lagi dalam karnival Kokurikulum Matrikulasi ( KAKOM) , saya ditugaskan untuk membawa pasukan sepaktakraw KMPP. Sudah tentu sasaran takraw emas kerana selama ini takraw penyumbang emas KMPP. Tahun ni hanya ada wakil daerah sahaja, tu pun sorang aje...yang lain ada bakat cuma kita kena pertingkatkan mereka...terima kasih kepada Zaim atas pertolongan melatih pasukan KMPP.
Sampai kat KMP, rupanya banyak kolej ada pemain negeri terutama Perlis, Melaka , Perak dan Negeri Sembilan...gerun pemain KMPP...saya hanya mampu memberi semangat : Depa dengan kita sama aje...2 telinga , 2 tangan , 2 Kaki dan satu kepala...kita dah latih potensi kita..kita kena buktikan sahaja.
Dalam keputusan itu :
Peringkat pusingan : KMPP lwn KMJ 2-0 KMPP lwn Perak 2-0 KMPP lwn KMP 2 -0
Pusingan 2 KMNS lwn KMPP 0-2 KMPP lwn KML 1-2 ( saya bagi simpanan masuk dan main enjoy sebab dah johan kumpulan )
Separuh akhir KMPP lwn KMM 2-1
Akhir KMPP lwn KMP 0-2
Perlawanan akhir, penyokong KMP ( tuan rumah ) 300 orang manakala KMPP 40 orang, kalah dengan bola servis kuda KMP ( peringkat pusingan servis kuda dia tak jadi ), Saya rasa bersalah kerana tahun ni tak mengajar guna raket tennis untuk "first ball " servis kuda..
KMPP dapat tempat ke-4 namun pencapaian memang antara yang terbaik... Emas: Catur Lelaki , Nyanyian tradisional dan Pingpong beregu Perak Sepaktakraw dan Tennis Gangsa Tennis, Pingpong,Bola keranjang lelaki, Pidato BI dan Bola Sepak.
tahun depan ...insyaallah akan dibuat di KML , kalau bukan KML ...KMPP menanti
KMPP menyambut hari guru 2009 selepas 2 bulan tarikh sebenar hari guru iaitu 16 Julai 2009. Sambutan kali ini meriah kerana terdapat 3 gabungan acara iaitu watikah JPP, Hari guru dan penyerahan bendera untuk kontigen KAKOM yang dibuat sehari selepas pelajar PST bertempur untuk UPS. Minggu tu KMPP ada pelbagai aktiviti seperti post saya sebelum ni. Bermula daripada JPP membaca ikrar hingga ke ucapan Pengarah KMPP semuanya diatur kemas. Nasib baik AJK saya ada pensyarah berpengalaman...walau sekejap sahaja perancangannya hari guru tahun ni nampak meriah.
JPP sedang membaca IKRAR yang saya karang......tanda bermulanya amanah ( teringat waktu jadi MPPUSM )
Dikir Barat sempena hari guru...teringat kat USM dulu...lagu untuk guru depa buat...classsss
Kami Guru Malaysia...berikrar dan berjanji.....
Atlit KAKOM bersemangat...chaiyok KMPP
Gadis Pan-Asia ( darah campur)...Depa yang tolong kami Semoga Hidayah untuk depa tutup aurat
Geng PA system...thanks a lot ......
Barisan JPP KMPP 09/10
Terima Kasih atas segalanya buat AJK Program...tahun depan kita buat lagi
Hampir 4 hari blog ini tidak diupdatekan…kerana sibuk dengan urusan yang lebih penting. Semalam bumi Allah ini ditimba hujan sepanjang hari,bergembira segala makhluk Allah seperti tumbuhan dan haiwan setelah hampir 2 bulan panas terik. Inilah kasih sayang Allah kepada makhluknya. Minggu lepas banyak perkara yang terjadi dalam hidup, ditimba masalah dan dilonjak rasa gembira…semuanya dari Allah untuk kita menikmatinya.
Minggu ni pelajar ambil UPS,semoga kalian Berjaya dengan cemerlang..minggu ni juga ada hari guru peringkat KMPP berserta dua majlis lain…ISO pun nak mai minggu ni nak siasat pensijilan….kiranya minggu penting juga untuk kami di KMPP.
13/7/09
Mesyuarat APC Kertas Kerja Ceramah Latih Sepaktakraw KAKOM UPS
14/7/09
Ceramah di MRSM Balik Pulau UPS Latihan KAKOM
15/7/09
Audit Sirim UPS Latihan KAKOM Raptai Hari Guru Kem Sorak KAKOM
16/7/09 Hari Guru/Watikah JPP/Serah Bendera KAKOM audit SIRIM Kem Sorak KAKOM Ambil Mak Mentua di Chemor
17/7/09 Lawatan Sekolah dari Kelantan audit SIRIM KAKOM di Perlis
"Semoga Hari yang mendatang lebih baik dari hari yang dilalui"
Sebagai warga pendidik, saya melafaz kesyukuran atas keputusan kabinet yang memansuhkan PPSMI walaupun matrikulasi masih menggunakan BI. Itulah " berfikir sebelum bertindak". Warga pendidik yang selama ini akur dalam paksa, tersenyum kerana kenikmatan pengajaran akan kembali dalam kehidupan mereka. Warga matrikulasi dan tingkatan 6 akan terus berada dalam keadaan tertekan tetapi saya tetap yakin ia akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Mengapa perlu tunggu perhimpunan "mansuhkan PPSMI" untuk buat keputusan? Mengapa waktu nak buat polisi baru ini tiada meja bulat untuk rundingan?Mengapa pelajar kita lemah english, sains dan matematik dipersalahkan? Saya merasakan jawapan itu ada dalam diri pembuat polisi tetap ego mereka telah melenyapkan jawapan tersebut. Guru English perlu berkerja kuat sebenarnya kerana bahasa adalah subjek tanpa sukatan. Saya lihat guru English tidak segagah guru sains dan matematik, seperti saya berada disekolah dahulu..Andai subjek Matematik dan Sains gagal atau teruk resultnya, maka berkerja keraslah guru tersebut .Di sekolah saya dulu guru matematik buat satu program "Program Skor A matematik" ( terima kasih cikgu ) untuk mempertingkat pencapaian kami. Andai English lemah , apa tindakan guru English? Jawapannya tanyalah guru-guru English tersebut..wallahualam
Memandangkan Isra' dan Mikraj tahun ni berada dalam cuti KMPP, maka hasil perbincangan saya dan beberapa orang Ustaz memutuskan untuk menganjurkan satu talk berkaitan dengan peritiwa penting dalam islam. Dr Jamnul Azhar Mulkan yang baru pulang dari bumi Nabi di "isra' dan mikraj"kan menjadi pilihan agar pendedahan kezaliman Regim Israel laknatullah ke atas umat islam Palestin kepada pelajar KMPP.
Moga-moga cerita tentang peristiwa-peritiwa yang menggambarkan siksaan-siksaan ke atas penderhaka Allah sewaktu peristiwa Mikraj dapat melahirkan keinsafan dalam diri mereka. Semoga Khamis 16 Julai 2009 membawa satu lembayung hidayah buat mereka yang tergelincir.
Semalam jadual saya untuk sessi pengajian di surau An-Nur, saya mulakan kuliah dengan muqadimah yang agak panjang berkaitan tentang ujian dari Allah. Kebetulan saya juga diuji Allah dalam minggu ini dengan kes kecurian. Apabila kita menyebut ujian atau dugaan terbayang dalam diri kita kesengsaraan dan kedukaan, sedangkan ujian dan dugaan juga merupakan kemewahan,kegembiraan dan keselesaaan.
Saya cuba mengaitkan ujuan itu dengan UPS yang bakal mereka hadapi iaitu keputusan yang kita perolehi itu merupakan tahap kedudukan kita. Sekiranya kita Berjaya dalam UPS dengan cemerlang adakah kita bersyukur kepadaNYA dengan melipatganda usaha dan membantu kawan-kawan kita yang diuji kegagalan atau dalam hati kita hanya riak yang tinggi. Dalam AlFurqan sentiasa memberitakan tentang hanya segelintir sahaja yang bersyukur kepada Allah, orang yang kaya dan senang sering melupakan Allah sedangkan Nabi Allah Sulaiman a.s lebih kaya dari kita tetap dengan ketaqwaan kepada Allah malah makin bertambah-tambah kesyukuran kepada Allah.
Untuk sessi buku "maza yakni " yang telah masuk bab ke 2,saya cuba kaitkan Ibadah dan Aqidah..Ustaz Fathi yakan telah mengariskan bab kedua ni bab ibadah selepas bab pertama berbincang berkisar keimanan dan aqidah. Setelah kita yakin dan beriman dengan apa yang diperintahkan oleh Allah maka bukti atas pengakuan kita adalah IBADAH dan ibadah bukanlah berkisar hanya ibadah khusus sahaja. Jangan kita mengasingkan setiap apa yang diaturkan dalam islam dengan kehidupan kita.
Pernahkah kita melihat barang yang mahal dan berharga dibiarkan oleh pekedai tanpa disimpan dengan baik? Sudah pasti sesuatu yang baik perlulah dipelihara mengikut tatacara penjagaannya. Begitu juga dengan manusia, keindahan tubuh badan yang dicipta oleh Allah bukan untuk tayangan manusia yang tidak sepatutnya kerana tinggi harganya dan istimewa nilainya.
Pelbagai alasan selalu diberikan oleh insan yang tidak memelihara aurat ini seolah-olah alasan itu membolehkannya menderhaka kepada tuhan pencipta sehingga kadangkala alasan itu seolah-olah satu tiket yang akan menyelamatkan diri mereka dari siksaan yang dijanjikan oleh Allah[alasan dan jawapan untuk mereka]. Satu ketika terjadi satu kes rogol dan bunuh kepada seorang jurutera wanita yang bertudung, maka ada manusia-manusia berjiwa kotor mengeluarkan pandangan jijik mengatakan " siapa kata tudung (aurat) boleh menghalang dari perbuatan ini (rogol) ?" dalam erti kata yang lain ia merujuk kepada dakwah dan seruan para ulama' berkaitan tentang aurat. Allah mengungkapkan kalimah ini dalam Al-Furqan
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Al-Ahzab 59
Dalam ayat di atas,Allah telah mengariskan satu kewajiban iaitu menutup aurat bagi wanita yang di dalamnya ada 2 perkara yang lahir apabila kewajiban ini dilaksanakan.
1. "...cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik)....."
Satu jenama bagi orang yang baik, namun ada orang mengatakan "orang pakai tudung pun buat maksiat"
kepada siapakah yang ditujukan ungkapan itu?kepada orang yang pakai tudung atau kepada syariat memakai tudung itu?
Indah sebenarnya kewajiban ini. Kita tidak memerlukan satu tandanama di badan atau perlu bersuara untuk mengatakan kita islam kerana menutup aurat itu sudah mengambarkan kita islam. Dengan sendirinya apabila kita berpakaian begitu akan menjadi satu batu penghalang kepada perbuatan maksiat. Macam saya seorang pendidik, label pendidik menyebabkan saya agak berhati-hati dalam kehidupan.
Pernah sekali saya menghadiri satu kursus, seorang penceramah bertanya kepada kami " Orang pakai tudung bukan baik pun,tapi orang yang tak pakai tudung tak semestinya teruk,apa pandangan kamu semua?" senang soalannya tapi jawapannya susah.Ramai yang bersetuju dengan kenyataan itu berdasarkan persekitaran kita.Ada orang yang bertudung tetapi berkepit tanpa ikatan,berbonceng tanpa segan silu dan banyak lagi persekitaran mengajar kita tentang ungkapan tadi. Saya memberikan jawapan yang hampir sama cuma saya takrifkan bahawa bertudung bagaimana?ikut syariat ke tudung itu?atau tudung kerana fesyen?sekiranya tafsiran tudung itu ditukar kepada menutup aurat secara sempurna saya kurang bersetuju. Saya kira jawapan saya beri itu agak menyakinkan namun jawapan penceramah lagi memberangsangkan iaitu " kenapa perlu kita mengukur semua ini dengan ukuran manusia, kenapa kita tak mengikut ukuran ALLAH? , adakah Allah pandangan Allah sama dengan pandangan manusia??" beliau menambah lagi " dalam Al-Quran banyak mengatakan andainya kita melanggar apa yang diperintahkan oleh Allah, mereka adalah golongan yang tidak bersyukur,jahat dan menderhaka. Syariat aurat Allah suruh ke tak? kalau suruh orang ingkar maka jahat bagi pandangan Allah".
Benar dan bernas hujah beliau..kalau sudah menutup aurat dengan sempurna tetapi melakukan perbuatan tak elok maka yang salah dan silap adalah diri dia yang gagal dalam ujian Allah bukan syariat yang dia sempurnakan itu.(bersambung pada siri 2)