Antara Ilmu yang difahami dan Ilmu yang dituntut

Hari ni, aku membaca beberapa petikan daripada buku karya seorang ulama dan buku karya seorang sasterawan...bunyinya berbeza tapi maksudnya sama...

Ini dibincangkan ketika aku sedang memikirkan kenapa dan mengapa " walaupun kita mempelajari ilmu sesuatu tetapi masih ramai yang tidak memperaktikan...

Ulama tersebut mengatakan sesunguhnya ilmu yang dituntut tapi disuluhi hidayah dari Rabul Jalil maka tidak diberikan kuasa tindakan kepada anggota mereka untuk mengikutinya.
Fikiran mereka tidak memproses ilmu tersebut dengan lunas islam.

Sasterawan pula mengibaratkan ayam dan manusia...seekor ayam duk di atas jendela rumah..dalam rumah tersebut ada seorang manusia sedang menonton tv rancangan berita
" di kawasan anda akan berlaku ganguan bekalan air" ayam itu dengar,manusia itu pun dengar.
si manusia mula menyimpan air untuk langkah berjaga-jaga,tapi ayam masih begitu...inilah beza antara ilmu dan maklumat..si manusia tadi ambil sebagai ILMU iaitu ia berguna untuknya,manakala si ayam ambil sekadar MAKLUMAT...

aku faham rupanya inilah jawapan yang mudah kepada graduan dan mahasiswa yang lahir dari sistem agama tapi masih tidak mengamalkan


"berubah biar dari dalam"
12.05 am
Labels: edit post
0 Responses