Biasa pada luarbiasa

Semalam ketika bertemu dengan sahabat-sahabat, aku memulakan bicara tentang manusia yang tersasar dari landasan agama. aku menggunakan bahasa terlanjur kepada mereka yang berpegangan tangan dan bersentuhan antara berlainan jenis yang dihalalkan bagi mereka nikahi. Kebanyakan sahabat-sahabat tidak bersetuju malah mengatakan bahasa yang kasar kerana mereka masih belum mengadakan hubungan seks.Malah ditambah suara yang menghina para dai'e yang dikatakan sering menggunakan bahasa yang kasar untuk menawan hati madhu'. Mungkin benar telahan sahabat aku ni, islam perlu mendekatan yang lembut dan berhikmah. Dan inilah sebabnya apabila berlaku sesuatu golongan insan yang sayangkan agama melakukan "OPS" atau "SQUAD CEGAH MASIAT seperti jabatan agama yang menyerbu pusat-pusat hiburan, mereka akan dan sering dipersalahkan kerana dikatakan mereka tidak berhemah.

Pencegahan dalam islam bolehlah dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu pendidikan (pemberian ilmu) dan hukuman ( penguatkuasaan). Islam menyeru umat bersembahyang dari umur 7 hingga 10 tahun sebagai langkah pendidikan namun andai ianya tidak membina maka rotan digunakan erti kata yang lain satu bentuk hukuman untuk memastikan makruf itu berjalan. Ilmu sentiasa diberikan dengan sistem pendidikan negara,kalau kita hitung tahunnya dari tahun aqil baliqh ( secara purata 13 tahun) hingga ke tingkatan 5, hampir lima tahun proses pendidikan diberikan,berbuih mulut pendidik agama membincangkan dan menerangkan perihal agama. Kini biarlah penguatkuasaan pula mengambil tempatnya sebagai alat pencegahan. Jangan kita persalahkan mereka yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil langkah ini,Jabatan agama islam setiap negeri,NGO yang mendokongi ISLAM yang menjalankan urusan fardhu kifayah ini seharusnya diberi sokongan dan bantuan. jangan pula ada "tangan ghaib" yang mengganggu proses ini....
Bahasa pendakwah mungkin nampak kasar apabila bahasa lembutnya tidak berfungsi, kasar itu sebenarnya berhemah ketika itu. Yang sepatutnya kita bincang adalah " si pembuatnya tapi yang di"highlight"kan si pencegahnya. Media pula menjadi batu api dan teguh mempertahankan kita perlu berdakwah secara hikmah dan membebaskan si pembuatnya. Kita biasa melihat maksiat remaja berpegangan tangan ,berpelukan dan bermesraan , sepatutnya ia sebenarnya luar biasa kepada masyarakat islam. Kita luarbiasa kepada remaja yang berimejkan islam dan menghayati cara hidup islam walaupun sepatutnya ia biasa bagi masyarakat islam.
1 Response
  1. anak-anak sedari usia yg masih kecil sewajarnya diterapkan dgn sifat malu agar bisa menjadi benteng dan perisai diri mereka..betul tak abu fudhail...