Jaga Makanan Anda

Sewaktu sibuk menguruskan kelahiran puteraku ke bumi yang penuh pancaroba ini, sibuk mencari makanan yang sesuai untuk dijadikan makanan untuk permaisuri hati yang berkorban untuk zuriatku yang putera ini di Pasar Basah Tg Rambutan membuatkan ku terfikir tentang makanan HALAL yang menjadi kewajiban umat islam. hanya sebuah gerai yang menjual mee,kuehtaw dan fishball/kek keluaran bumiputera islam...yang lain,jual yang keluaran bukan islam. kenapa ye??masih ingat kisah sosej ayam/daging yang mengunakan "part of K*****R" sebagai bahan tambahan???masih ingatkah mee/bihun yang disita kerana kilangnya kotor dan dipenuhi dengan anjing??kita tak ingat dan tak mahu ingat kerana kita kurang prihatin.
Bulan 12 ni ulangtahun singahsana perkahwinanku yang ketiga bererti hampir tiga tahun jualah tak menjamah makanan merupakan mee/kuehtaw di kawasan mertua. Sebab tiada satu gerai pun mengunakan bahan tersebut yang keluaran ISLAM. Setiap kali nak beli mesti tanya mee ni siapa yang buat???hingga pernah dipandang serong atas usaha untuk menjaga makanan. Peniaga yang sama bangsa sama agama dengan kita tidak menjaga perihal ini sepatutnya kita boikot mereka...
0 Responses